Wednesday, June 27, 2012

Moh! Melawat Perak

Promosi sikit....tahun melawat negeriku terchenta...Visit Perak 2012 
Moh ramai-ramai datang ke Perak wehhh


Hutan Belum - Angah teringin sangat nak ke sini, belum tercapai lagi  - Insyaallah one day

 Pulau Pangkor - dah beberapa kali pergi, tapi asik ke Teluk Nipah aje, Teluk lain belum habis pusing lagi....Insyaallah akan pergi lagi

Bukit Larut, Taiping - dah beberapa kali sampai ke kaki bukit - atas bukitnya belum sampai lagi...angah mau!

Bukit Merah, Taiping - pun beberapa kali pergi, tapi belum sampai ke Pulau Orang Utan...angah mau juga!

ini sebahagian sahaja
...banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi....

SILA LAH!!!

Monday, June 25, 2012

Dihari Genap Usia Hari Lahirku




Alhamdulillah..Allahuakbar
syukran Ya Allah dengan rahmatMu
masihku menghirup udara maya fana ini

Biarpun aku belum sempurna
aku mengharap masih ada masa
mengecap segala nikmat sebagai hamba

Sebolehnya kini
aku  mahu lebih merenung pada yang kurang
agar aku selalu merasa beruntung dengan apa yang aku ada

Sebolehnya kini
aku tidak mahu lagi mengira-ngira keuntungan orang
dan memberbanding kekurangan diri
agar aku tidak terkhilaf hati
dalam meladeni takdir sendiri

Hari ini
aku memilih menaiki bas
untuk ke pejabat
padahal boleh saja dihantar Che Din
dengan EX5 atau sang kancil
tak mengapa
kerana aku mahu menyorot lampau
nyatanya aku bermula dengan susah
dan kini diberi sedikit kesenangan
aku mahu menginsafi dan mensyukurinya

Aku menelefon Mama
maka aku mendapat hadiah
nyanyian Happy Birthday…
tapi mama lupa umurku berapa hihiihi…

Terima kasih Mama, Abah dan adik-beradik
terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraanku

Untuk teman-teman seperkongsian hari lahir:

Norlida Ahmad, Nora Ishak, Jillian Oii dan hero korea ku Bi Rain
Salam ulangtahun kelahiran
semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya…

Friday, June 22, 2012

Ermmm...alahai..gagal

Nampak macam rock kapak, ranggi tapi test JPJ gagal kikikiki....apa da..

Ni semua berdebar punya pasal, angah dah jenuh berzikir tapi tak boleh tenang jugak, ntah apa kena nye. Setengah jam sebelum test 3 kali ke toilet sebab rasa nak terkucil...punyalah lemah semangat..

Ekceli parking ngan 3 penjuru tak sempat buat sebab dah gagal kat bukit. Masa naik ok, berhenti pun ok, tayar ngam-ngam dalam garisan kuning. Ingat dah selamat dah... sekali masa turun handbreak nak turun bukit...tu diaaa..turun juga... tapi turun mengundur ke belakang... punya la down masa tu dengan malu lagi...

pergi pulak menunggu giliran untuk jalanraya, masa ni berdebar bertambah kencang, dengan perasaan down lagi...ermmm redah je la...

Sementara tunggu giliran tu, dah dengar dah calon-calon lain komplen, staf JPJ bengkeng gile...ada yang kena  turun kereta semacam kena 'halau'...betui ker? Ya Allah takutnye....

Akhir nya sampai giliran angah, bukak pintu kereta tangan mengigil, Pak Cik JPJ tu buat dek aje, angah bagi salam, masuk buat yang basic-basic apa yang patut, ok start....

Tak jalan pulak kereta, 2 kali mampuih enjin, maklum le training ngan kancil, waktu test dapat viva...lain le cluc dia...hahaha...yang best tu pakcik tu buat dek aje...rasa nak nangih dah, kali ke 3 baru jalan. Alhamdulillah....selekoh pertama lepas, selekoh kedua lepas, naik bukit lepas, sampai kat isyarat berhenti, enjin mampuih lagi..jeng jeng jeng...start balik mampuih lagi...masa ni dah tak ingat apa, panic gile, signal tak bagi, handbreak tak angkat. Start lagi, mampuih juga...last-last tu pakcik tu bersuara...."dik, udah le tu, ramai lagi calon menunggu..., tadi dah makan jalan sebenarnya tapi saya pejam mata je, ni asik mati enjin je...macam mana...takkan saya nak ajar pulak..." yang bagusnya pakcik ni tak marah-marah macam yang calon lain kena...huhuuuhu..

Dah dia bercakap dengan berhemah, angah pun ngadu le kat dia.."pakcik saya ni training ngan kancil, naper test ngan viva pulak...lain la acik oii...tak pandai le saya"

"mana ada lain nya...sama je mana-mana kereta pun dik..." dia siap demo lagi cara nak naikkan cluc viva tu, rupanya cluc viva tu tinggi sikit berbanding kancil....ye la pakcik...ngulang le saya ni ye..

kui kui kui...melayang lagi RM...

Tuesday, June 19, 2012

Test JPJ...Doakan Angah Lulus Ya!

Setelah 20 jam training, akhirnya esok pagi , jam 8 angah akan ke Batu 10, Cheras untuk Ujian Memandu dengan  JPJ....Ya Allah...berdebor wehh...

Kawan-kawan semua tolong doakan agar angah tenang dan dapat memandu dengan yakin dan betul....TQ semua... muahhh...

Saturday, June 16, 2012

Maafkan Kamu...Maafkan Aku Juga

Assalamualaikum..


N3 lepas bunyik macam emosi benor ye...maafkan lah angah ye kawan-kawan, mungkin ada perkataan yang agak kasar dan kurang sesuai...


Angah juga mahu maafkan semua orang yang terlibat dalam insiden-insiden seperti yang angah tulis tu. Semoga Allah mengampuni kita semua.


Angah kalau boleh tak mahu hirau kata-kata orang  lagi, tak mahu berkeluh kesah lagi, tak mahu banyak fikir lagi...apa yang disuratkan untuk kami, angah mahu terima sahaja...boleh kan? harap-harap hati ini selalu redha...


Hidup di dunia ni pun sekejap saja, entah esok, entah lusa nyawa akan diambil oleh  tuhan yang  maha pencipta.


Mau berharap yang baik-baik aje...mudah-mudahan..

Wednesday, June 13, 2012

Bukan lah mudah tapi tidak lah juga susah..


Orang selalu kata
hidup kami nampak  mudah
hidup kami sangat mudah
hidup kami terlalu mudah
Alhamdulillah, semoga ia menjadi doa untuk kami

Tapi apakah maksud mudah bagi mereka?
Adakah mudah pada mereka, akan juga mudah pada kami?

Betullah, kata-kata tak dapat merangkum makna hakikat
Kata-kata hanya kata-kata yang kadangkala tak punya makna
Ia hanya tanggapan

Jadi, kami biarkan mereka berkata-kata
Kerana mereka tak pernah cuba faham akan sebuah makna

Adui la, bunyik serius je angah ni kan hihihihi….

Apa perasaan korang bila;

Korang jalan-jalan, joli-joli katak dihujung minggu, ada orang sound “amboi cuti hujung minggu pun sempat jalan-jalan, rajin betullah! Aku  hujung minggu la masa nak mengemas rumah, basuh kain baju…ko tak apa lah… Senang….anak pun tak ada

Korang pakai baju baru atau tudung baru, ada orang tegur “asik beli baju baru je…banyak betul duit, Untunglah..duit tak ke mana…anak pun tak ada

Korang bawak kerja pejabat balik rumah, ada orang kata “sempat buat kerja opis di rumah ek?  Aku jangan harap, ko tak pa lah tak de sape nak kacau…anak pun tak ada

Korang tengok wayang pada petang atau malam hari bekerja, ada orang geleng kepala sambil kata “mak aih…sempat tengok wayang, ye la…tak ada apa nak buat kan…anak pun tak ada

Hahahha….rupanya mereka ni nak kata, hidup kami mudah kerana kami tak ada anak… masyaallah…habis yang korang beranak banyak-banyak tu buat apa???

Rafla jingga lah hangpa ni…tak de anak korang nak anak, dah Allah bagi korang anak duk la compare-compare ngan angah yang tak de anak ni haiii donia-donia..

Boleh tak bersyukur je dengan apa yang korang ada? 


Korang tahu tak, kalo korang tak dapat holiday ka, tak dapat soping ka, tak dapat tengok wayang ka…korang tetap lebih untung daripada kami….so lebih baik korang diam! 

Monday, June 11, 2012

Senja Di Telok Cempedak

Sabtu baru ni angah ke Pahang lagi, pergi ngan Che Din, Che Na & Hubby serta Che Adik Eja.  Jenjalan kali ni, lebih kepada nak melayan Che Adik, sebab esoknya dia nak terbang semula ke Sabah.  Permulaan cuti sekolah hari tu dah ke Bukit Tinggi, nak menutup cuti ni pergi pulak menghadiri kenduri kawen Addy di Bentong. Addy ni  senior Che Adik di UPSI.


Dari KL dalam jam 11 pagi, sampi ke Kampung Addy di  Felda Mempaga 2 lebih kurang jam 1 petang, patut le rasa jauh, perkampungan felda rupanya. Masa kami sampai, pengantinnya belum tiba lagi dari rumah pengantin perempuan, sebab dah lapor kami bedal nasi dulu, uii sedapnya makan, nasik minyak ada, nasik putih pun ada, lawan dengan ayam goreng, kari daging, paling bes kerabu perut..mak aihhh rasa nak nambah nasik plak, tapi segan…penutup nya layan cendol peghh…terbaik lah makan kat kenduri Addy ni.




Selesai makan,kami duduk-duduk kat halaman jiran Addy sementara tunggu pengantin sampai, tuan rumah tu siap suruh masuk rumah lagi…alaa baiknya mak cik tu…’tak pe la makcik, kami duduk kat luar je’ kata kami berbahasa-bahasi…tapi kalo masuk rumah dapat bantal sebijik sedap ni….bersantai macam kenduri kat kampong sendiri hahaha..



Akhirnya pengantin yang ditunggu pun tiba, snap le sekeping dua gambor Che Adik ngan Addy suami isteri pas tu kami pun mintak diri dengan perut kenyang dan suka hati dapat goodies bag yang ada Tupperware Apple Lady dalam nye..gembira macam kanak-kanak yang dapat gula-gula..bole..gitu




Dah alang-alang ke Pahang, kami memang stanby baju untuk mandi manda di laut, destinasi nya yang decide adalah ke  Telok Cempedak (TC). Singgah kat Hentian Gambang solat dan menyalin baju, sekali angah sorang je yang nyalin baju, Che Na ngan Che Adik kununnye sampai ke TC baru nak nyalin, lantak kome le.

Sambung perjalanan….Cehhh mula-mula excited lepas tu semua buat muka kuyup sebab terasa jauh sangat nak sampai ke tempat dituju, naik kebas badan terperenyuk dalam kereta. Dekat jam 5 lebih baru kami sampai. Wahhhh havoc giler arr TC, banyak gerai, banyak acara, masa kami sampai tu sedang berlangsung pertandingan karaoke..rasa nak daftar joint sekali huhuhu acah je

 sopink..

ni dua peserta yang paling sedap nyanyi

Budak yang excited nyalin baju tadi dah terjun laut ke mandi manda...? harammmm…tengok air laut keroh semacam, tak jadi nak mandi. So kepada sesape yang nak pergi TC, tak yah plan nak mandi manda ye…tengok warna air je dah rasa gatal seluruh badan.

 model of the year



Tetapi jangan bimbang sebagai ganti anda dihidangkan dengan panorama yang  sangat indah…bole lah cuci mata, pantai berpasirnya sangat luas sesuai untuk lepak-lepak bentang tikar, berkelah-kelah gitu..







nak layan perasaan pun bole macam budak di bawah ni…


Selamat kembali ke Sabah Dik...

Wednesday, June 06, 2012

Macam-Macam Rasa


Rasa macam banyak;
banyak benda yang nak dibuat

Tapi…

Rasa macam tak tahu;
tak tahu nak berbuat apa-apa

Lama-lama…

Rasa macam-macam;
macam-macam benda nak dibuat

Akhirnya…

Rasa macam tak berbuat;
tak berbuat apa-apa

..haish…ntah apa-apa ntah!


Monday, June 04, 2012

Cuba Berlapang Dada




Tatkala rasa gembira ditarik angin
Tatkala rasa ceria dipimpin pergi
Yang tinggal hanya gundah gulana
Di rimba jiwa

Bukan mahu menyanggah takdir
Tetapi  terkadang kita terfikir
Kenapa dan megapa sesuatu perkara itu
Berlaku pada diri kita?

Selalunya perkara yang buruk lah
Membuat kita tertaya-tanya
‘apa salah aku’
‘apa dosa aku’
Kalu perkara yang gembira
Kita tak akan fikir dah
Melompat setinggi boleh
Bergembira semahunya….

* kalau sedang dilanda duga, cuba pandang di sekeliling – mungkin ada orang lain yang lebih parah deritanya..