Friday, April 09, 2021

Selamat Ualngtahun Pertama PKP! (II)

Salam,

Susah rupanya nak sambung cerita.

Kalian,

Dalam kadar ringkas; aku melalui PKP dan WFH dalam keadaan sangat depresi, setiap 2 minggu bila 'Pakngah' umum PKP bersambung, depresi aku meningkat.

Aku dua kali  curi-curi masuk pejabat kerana keperluan kerja, yang tidak dapat aku urus dari rumah. Ahh..malas ceritalah, tak best.

Biar aku cerita perihal ini, yang mungkin bermanfaat kepada kalian;

18 Mac 2021, pada ulangtahun pertama lockdown, seawal jam 9.00 pagi aku sudah berada di depan kaunter swab, Kecemasan PPUM untuk shoping.



eh..tak kan..

aku kena swab la korang!

ni gara-gara comrade   aku yang positif covid yang terjangkit ketika berkumpul bersama keluarga. Elok saja di umum boleh merentas daerah dua minggu sebelum ulangtahun ni. semua gatei perut nak berjalan, nak balik kampung, nak berparti nak berkenduri, ke jadah apa? (agak marah masa ni...tapi aku dah terima takdir..)

ok, faham kau rindu mak bapak, tapi janganlah lupa sop....dah setahun kau dengar nasihat demi nasihat tapi apa kau kesah, yang akhirnya menyusahkan rakan sekeliling kau...ketakbolehbrainan betul!

paling tak boleh brain and brain, dah tak sihat beberapa hari selepas berparti kau masih datang pejabat, sebab ingat demam biasa, ehh? selain nasihat ikut sop, tetiap hari ada saranan saranan tentang simtom covid diwar-warkan, tak endah ye?

Nak kata pentingkan diri pon tepat juga ni. 

Dipendekkan cerita kau positif covid, habis satu pejabat kena hamput buat swab, sebab semuapun kontak rapat sementelah dah satu pejabat, satu pantry satu surau....eimokkk tertekan hidup aku!

Korang,

kalau rasa nak berkumpul ramai-ramai...ingat satu perkara, kalau kau positif kau akan menyusahkan orang keliling kau....walau orang ucap selamat, wish cepat sihat, wish semoga tabah...kepada kau, simpati bagai, tapi di belakang orang tetap marah kau...bayangkan orang yang kau jangkiti itu ada anak yang ramai, ada anak yang masih baby, semua perlu lalui saat swab yang sangat menyakitkan...SAKIT, aku ulang sakittttt

Ahh...penat aku melayan rasa marah ini.

Aku marah sebab swab tu sakit dan jangkitan ini menyebabkan aku kena kuarentin di rumah 10 hari, susah aku nak buat kerja dari rumah kau tahu tak..., 

Berbalik pada SWAB;

ada orang tak sakit, untungla..aku rasa sebab bentuk hidung dan tahap kesihatan ENT...kalau yang ada sinus macam aku, swab itu sangat menyakitkan, dah lah buat di PPUM...lambat dek nak selesai, kena tunggu khemeh penuh la, kena buat ikut batch penswab la..adeh..

11.50am hidung aku dikorek, usai maghrib, kepala aku masih berdengung, mata masih berair, hidung masih melelehkan hingus cair...I is seksa...oh hidung jambu ku,,,

Pun..alhamdulilah, 24 jam dapat result negative, tapi malang ada yang positif....dan kalutlah kami satu pejabat kena kira balik nak kuarentin pula dengan rakan-rakan yang positif selepas kau tu...kan..

Kalian,

memang kita tak minta covid menjangkiti kita, tapi tolonglah, tolonglah perihatin pada orang sekeliling! covid ada di keliling kita, bersedia menjangkiti sesiapa yang alpa. Anda cuai anda punca!

Adios.


~kenanagan berswab test~ harap tidak melalauinya lagi...




6 comments:

dear anies said...

adoiiii benci betul laa jenis yg pentingkan diri ni...

dear anies said...

btw salam ramadan buat angah sekeluarga��

Angah said...

Hi Anies...Selamat berpuaasa, semoga sihat sejahtera selalu..

Wak Lat said...

salam ramadhan kareem cikkak angah... 😅

Kamsiah yusoff said...

Akak yg baca org buat swab ni pun dh terasa ngilu

Angah said...

Salam Ramadan Wak Lat..

Kak Kamsiah...betui tu, ngilu, kalo boleh elak, elakkanlah..