Sunday, June 16, 2013

Doa Untuk Yang Terkasih II

Happy Father's Day Abah...



"Ya Allah Ya Tuhanku, Pelihara dan kasihanilah Abahku, Mudahkan segala urusannya Dan sihatkanlah tubuh badannya.
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang budiman
agar dapat sentiasa  berbakti dan menyayanginya sehingga ke akhir hayatku





* setelah berulang alik ke hospital, ditebuk di laser kerana sakit batu karang, akhirnya abah akan dibedah pada 25 Jun nanti. Angah pohon  dari kawan-kawan untuk doakan keselamatan dan kesihatan abah angah...

TQ

Monday, June 10, 2013

Cameron Highland...lagi

Assalamualikum kawan-kawan...

Mari berkongsi keceriaan ketika angah pergi ke Cameron Highland (CH), pada cuti sekolah yang  baru lalu...
Cak! macam biasa kami pergi gamble je, tanpa perancangan awal. Dalam perjalanan pergi baru sebok call no. telefon hotel. Kalau dah walk in cenggini, memang le banyak penginapan dah penuh. Tapi angah bernasib baik dapat juga sebuah apartment 3 bilik yang masih kosong di Berinchang. Dah dapat penginapan , call adik-beradik di kampung, ajak dorang joint.



Sementara tunggu orang kampun sampai, kami berdua melawat Taman Lavender...Asyik Sekali Melihat Keindahan Bunga-bungaan di Sini


Ermm..Sedondon Pulak Dengan Bunga-Bunga...





Akhirnya, Adik, Abah dan Mama Saje Yang Free...Che Na dan Hubbynye Ada Urusan Di Tempat Lain, Begitu Juga Dengan Abang dan Adik Lelaki angah

Diaorang Sampai je, Terus Bawak Pergi Ke Penginapan, Jenuh Nak Sampai, Jammed.

Bilik Selesa Dan Luas...

Aduh...Patut  la Jem, Lupa Aih... Cuti Sekolah...Jalan Sesak Memanjang...

Kami Lepak Je Kat Apartment Hingga Ke Maghrib. Cadangnya Bila Jalan Clear Sikit, Kami Nak Meneroka Pasar Malam Brinchang. 

Dalam Jam 8.30 Malam  Kami Pun Turun Dari Apartment, Berkobar-Kobar Nak Gi Pasar Malam. Tapi Akhirnya Kami 'Berkelah' Dalam Kereta je....Langsung Tak bergerak, Punyala Jammed..Masya'allah. Ermm...Patah Balik ke Aparment, Lepak Depan TV Je La

Pagi Esoknya, Awal-Awal Lagi Dah Turun Dari Apartment....

First Time Gi CH Dengan Abah Dan Mama

Happy Time...Shopping!

Abah Dan Mama..Sebok Cari Cenderahati Untuk Kaum Kerabat di Kampung

Huhu..Mesti Cari Ni


 Cuci Mata...


Haha..Sampai Melopong Mulut Adik...Rambang Matala Tu...

Dah Shopping...Jom Balik. Abah dan Mama Ada Kenduri Kahwin Yang Perlu Dihadiri Di Kampung, Dalam Jam 9.30 am Diaorang Kena Beransur Pulang..



Di hadapan Hotel Penginapan

Lepas Shopping, Kami Berpisah Untuk Kembali ke Destinasi Masing-Masing.  Adik, Mama Dan Abah, Balik Ikut Simpang Pulai, Angah dan Che Din, balik Ke KL ikut Tapah

Angah Dan Che Din Sempat Singgah Merata-Rata Tempat Yang Menarik, Di Sepanjang Jalan Ketika Balik tu..


Ladang Teh...Tempat Yang Harus Dilewati Kalau Ke CH

Saujana mata memandang


Gitu La Ceritanya....Sampai Jumpa Lagi..Insyaallah

Tuesday, June 04, 2013

Assalamualaikum

hi kawan-kawan...
macam lama sangat pulak sentapnye...kikikiki
dah sampai bulan Jun dah!

Apa kabor kawan-kawan? Angah doakan semua berada dalam keadaan yang baik, sihat dan menyenangkan. Cuti sekolahkan? Bercuti ke mana bawa anak-anak? harap semua happy-happy belaka...

Salam Sayang Untuk Semua

Mari kita berkongsi doa yang baik ini, semoga menjadi  amalan kita bersama:



Sampai Jumpa Lagi!

Friday, May 17, 2013

Sentap Pulak Pagi Nie!



'Aku ni bukanlah sengaja nak menyombong atau nak belagak tak tentu pasal, tapi kalau dah pagi-pagi kena tembak dengan benda yang sensitif, depan orang ramai pulak tu aku memang naik darah! Tapi aku tak gamak pulak nak tembak kau semula. Cuma aku diam dan tak dapat berpura-pura memaniskan muka, yang aku jawab pun nada  acuh tak acuh bah kan berbunyi dingin  saja. 

Bila keadaan aku begitu, kau kata aku tak tahan bergurau pula, haih! Kau dah lama tahu yang aku ni belum beranak kan? Tapi tak payahlah nak tunjuk
Prihatin’ sangat depan orang ramai. Aku fikir kau ni memang tak beradaplah.  Kau buat mood aku spoil sepanjang hari. Maaflah, aku tak berniat pun nak buat kau terasa dengan sikap membatu aku tu, tapi kau patut letak diri kau dalam ‘kasut’ aku.

Aku kenal kau memang peramah, baik dan aku selesa bersembang dengan kau, tapi mungkin kejadian pagi ini ibarat ‘salah masa dan salah tempat’ so lepas ni aku tak dapat lari dari rasa berhati-hati terhadap kamu wahai kawan!

Aku tak suka betulah berada dalam mood yang ‘busuk’ ni, kau punya pasal lah ni! Kau tahu tak, bila mood aku tak baik aku berpotensi menjadi ‘harimau’ terhadap semua orang, itu yang aku tak suka!!!!

Oh tuhan bilakah situasi-situasi begini akan berkakhir, bosan tahu!'

Gerrrrr...cakar muka kang nak!

x2x $2l!=2  / 17052013