Tuesday, October 26, 2010

Aku Suka! Kau?

Suka-suka akulah nak suka
kau suka?
Tak Suka?
Aku tak boleh paksa kau suka
Apa yang aku suka
Dan kau tak boleh paksa aku suka
Apa yang kau suka;

Apa yang kau suka
Suka hati kaulah sesukanya
Tiada kena-mengena dengan yang aku suka
Tapi aku tetap suka apa yang aku suka
Walaupun kau tak suka!


Sukahatiakulah!/251010/7.40pm

Monday, October 25, 2010

P Ramlee & Lena Abdullah - Gelora Jiwa



huhuuhuu...mesra orang dulu-dulu berlakon..mengeledis aye dibuatnye..:D
baru-baru ni YUNA menyanyikan semula lagu ini versi INDIE...sangat beshhh...tapi blom kelua video lagi...aye tunggu

Thursday, October 21, 2010

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Nekad!
beraninye bebudak sekarang ni, sangat mudah mengambil keputusan...tak pikir keselamatan diri, tak pikir hati mak bapak yang risau erm..kan dah... glemer  satu malaya. Owh...mungkin tak lama lagi ada produser ambil dia berlakon tak, maklum lah muka pon comel...bakat dah tentu ada...pandai 'berdrama'

Friday, October 15, 2010

Lovely Maher Zain


Pertama kali mendengar namanya angah tertanya-tanya siapakah dia, kerana kerabat di fb angah macam dah lama kenali si dia ini.
Pertama kali mendengar lagunya - the rest of my life -  di blog cik puan Pnut terus angah jatuh cinta. lalu mengongsi video lagu itu ke FB, dan  ramai yang click 'like' tanda sudah kenal dan suka

Setelah melihat rupa parasnya bertopi..'oh hensem la juga...'
Pertama kali melihat dia membuka topinye ' ohhhh memang hensem orang nye sebab dia berambut kurang sama macam 'seseorang'
:D  (senyum perasan!)


Tahniah Maher Zain! persembahan  anda di Kuala Lumpur khabarnya mendapat sambutan hangat. Nampaknya muzik anda telah mengisi kekosongan nurani rakyat Malaysia

Monday, October 04, 2010

Terbakar Atau Dibakar?

Jam berdetik sekitar pukul 12 suku tengah malam sabtu yang baru lalu. 'Polis ke ambulan tu bang' terpisat-pisat mata sebab terkejut bunyi siren tu kuat sangat, menjenguk ke luar balkoni..'weh le...terbakor..'

Rupa-rupanya kedai-kedai runcit di hujung Blok B, tampat angah tinggal dulu dah memerah dibaham api. Cepat betoi hanguihnye sebab kedai tu kayu je, kedai versi setinggan ni, tempat angah soping ikan-sayor di hujung minggu.

Gambo ni di ambik dari balkoni rumah baru angah, rasa sayu pulak hati bila tengok tempat ni hangus, ye lah hampir 5 tahun membeli barang keperluan dapur kat sini.

Ni gambor keesokan paginya. kelihatan penghuni berhampiran meninjau dan mengmbil barang-barang yang masih boleh di pakai ...

Imaginasi angah kuat mengatakan ia adalah amaran supaya baki-baki penghuni yang masih tinggal agar segera berpindah! 'dah hangus kedai ni, tak reti-reti lagi?' agaknye la..

Selak berita minggu tak de pulak keluar berita ni.

Friday, October 01, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji 2010

PENGERTIAN HAJI
BAHASA : Mengunjungi tempat yang mulia

SYARA’ : Mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa
                  tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.


DALIL DISYARIATKAN HAJI MAKSUDNYA :

 “ DAN SEMPURNAKANLAH HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH “
                                                                      Surah al-Baqarah : ayat 196


Alhamdulillah pagi tadi opis angah mengadakan majlis bagi meraikan staf-staf fakulti yang bakal mengerjakan Haji tahun ini. Akceli bakal Hajjah, sebab semua yang pergi tahun ini semua staf perempuan seramai 4 orang dari pelbagai Jabatan. Angah ucapakan selamat pergi dan kembali kepada mereka dan semoga dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat Haji Yang Mabrur...amin