Thursday, January 31, 2008

BALIK KAMPUS UM 2008, JOM!
Semua bekas graduan UM dijemput hadir!

Khas buat bekas graduan FSSS,

Pemanis kata selamat datang
kepada semua sekelian yang ada
ibarat sireh pulang ke gagang
kami menanti berlapang dada


Pemimpin terbilang negara ramai yang lahir daripada gedung ilmu FSSS
sekadar menyebut bebrapa nama - Abdullah Ahmad Badawi, Azmi Khalid, Mahadzir Khir, Zahid Hamidi, Adnan Ya'acob, Rosmah Mansor, Khoo Kay Khim, Nik Safiah Karim, Aziz Deraman hinggalah Shuhaimi Baba adalah produk FSSS.

Welcome home....

Belayar perahu ke pulau bentan
muatan berikat si daun lalang
nama yang baik jadi ingatan
disebut orang berulang-ulang


JOM!!!

Monday, January 07, 2008

Salam Tahun Baru

Dah seminggu 2008 berlalu
baru hari ni dapat menyapa kehadirannya.
Salam untuk diri sendiri
salam untuk semua yang bertandang.
Semoga semilir 2008 menyapa dengan tenang
buat kehidupan kita semua.

Ada baiknya menjejak seimbas laluan 2007:

Penghujung Desember 2007,
sahabat-sahabatku telah membentang keazaman masing-masing bagi tahun 2008
tidak ketinggalan juga peristiwa-peristiwa pahit yang ditempuh sepanjang 2007
aku hanya tersenyum, tertawa dan sesekali ketawa berdekah-dekah, sahabat-sahabatku ini memang lucu kalau bercerita.
Apapun bagiku, mereka adalah lambang insan-insan yang sangat berkobar semangatnya untuk memperbaiki diri pada setiap tahun mendatang.

Aku pada 2007?
ermmm..ada sekumit manis, ada sekumit pahit, selebihnya biasa-biasa aje
ada harapan yang tak dapat dicapai
ada harapan yang tak mahu lagi kucapai
dan ada harapan yang masih ingin kucapai. PASTI!!

Ok, jumpa lagi untuk cerita-cerita 2008.

Wassalam