Monday, September 28, 2015

Hujanlah..Hujanlah...

Live..

Sedang hujan di sekitar kampus

Mudah-mudahan keras sang hujan membawa pergi segala kekelabuan...

Hujan ...jam 11.40 sebentar tadi

 pagi semalam..

 pagi hari ini...sekitar jam 8 15

Thursday, September 17, 2015

Eii geramnya dekat anai-anai ni...


Abih punah!

satu album gambo kawen, satu album gambo zaman Che Din belajar, satu lagi album gambo zaman Angah  belajar

Boleh anai-anai bersarang dalam album-album gambo, ish ish ish ..patut ka tak patut. Dah la gambo-gambo tu gambo kenangan terindah..

nak kena anai-anai  ni





 Bwekkk geli tengok, banyak sangat..




ni baru satu album yang sempat di keluarkan...di mana lah Angah nak simpan gambor-gambor ni ek.


Wednesday, September 02, 2015

alahai duit simpananku

Ishh..sian la kat pegawai kerajaan kalo takat bergred C ni, dah berbelas tahun kerja, duit simpanan pun nan hado..

Ada duk menabung kat tabung haji sikit-sikit, tapi tak mau jadi banyak sebab asik bawak keluo aje. Ntah bila la dapat pergi haji nye kalo gini gaya  Angah oii

Baru-baru ni ada iklan rumah untuk dijual – bank lelong, Che Din teruja nak beli. Buatlah kira-kira, kos itu kos ini…last-last  dua-dua terdiam…sebab nya kurang-kurang kami kena sediakan 16 ribu termasuk 10% pendahuluan…MANA NAK CARIK….

Itu jam kalu..baru perasan yang kami ni tak ada duit simpanan yang banyak , cek kat tabung haji, separuh pun tak cukup…bye bye la rumah…duk garu kepala saja ja

Hermm…bahaya sungguh ekonomi kami berdua ni

Angah memang tak ada potongan gaji kat akaun simpanan lain,  selain tabung haji, jadi bila ada keperluan atau kecemasan  kadang-kadang tak cemas pun itu lah tempat yang boleh dikorek…mengorek je keje nye  kambuih 2-3 bulan, korek semula..(hihi paham ka kambuih tu apa…)

Tapi Angah ok je, tak ada le stress sebab duit simpanan tak banyak. Cuma bila ada keperluan yang besar-besar macam hal beli rumah, atau teringin nak perabot ke, sila telan ayo lior sendiri  je le..

CUMA nye…mulai sekarang kena la berhemah sikit duit gaji tu, dah sedor gaji tu tak besor, silalah jangan berbelanja yang tak perlu

Macam ginilah, ni plan untuk diri sendirilah ni:

Setelah di semak-semak, selalunya ada beberapa perbelanjaan yang sering memaksa Angah mengorek  duit tabung haji

Pertama – balik kampung
Kedua – kecemasan / kerosakan 
Ketiga – perayaan

Untuk mendisiplinkan diri dan menyelamatkan akaun tabung haji daripada kena kikis selalu, jadi Angah plan nak buat tabung bagi setiap  3 perkara di atas…

Tabung Balik kampung
Tabung Kecemasan / Kerosakan
Tabung Perayaan

Setiap kali gaji, mulai bulan ini, insyaallah  Angah akan peruntukkan sedikit duit perbelanjaan harian ke dalam setiap tabung ini…

Try tengok dalam masa 6 bulan akan datang ni..berjaya tak Angah untuk tidak mengusik akaun tabung haji…caiyokkkk


syhh..nak bisik sikit….kepada orang-orang yang banyak duit jangan le gelakkan Angah ye….hihihii

Jumpa lagi!