Monday, April 29, 2013

Kerja Sebagai Ibadah

Assalamualaikum…


Tajuk macam serius...tak serius sangat...saje nak mengmomel sikti di pagi Isnin yang sejuk dingin ini.

Bercerita hal kerja, bercerita hal pejabat. Kadang-kadang atau sebetulnya selalu-selalu – ada yang suka merungut

Contohnya:
‘banyaknya kerja aku, orang lain free je, macam tak ada kerja
Sehinggalah bila orang tu tak ada dan kita terpaksa ganti…baru kita tahu bahawa org tu punya kerja pun sama banyak ngan kerja kita..see?

Kita ni dalam bekerja no. 1 kena bersyukur. Bersyukur kerana kita ada kerja berbanding dengan org lain yang masih menganggur, yang masih tercari-cari kerja untuk menyara hidup. Kita kena bersyukur kerana berbanding orang lain yang terpaksa bekerja pada taraf rendah sedangkan berpendidikan tinggi, bersyukurlah kita dapat kerja yang setaraf dengan pendidikan kita.

Kedua, niat datang bekerja kena baik, niatkan bekerja itu kerana Allah. Supaya kerja kita dan rezeki yang kita dapat itu berkat. Bila kerja dan rezeki  berkat insyaallah kita akan seronok bekerja walaupun penat. Kita tak akan merungut-rungut bila banyak kerja.

Ketiga, jangan buruk sangka dengan rakan sekerja apatah lagi dengan bos. Seringkali kita dengar ‘ ish bos ni, asal ada kerja je bagi kat aku, macam tak ada orang lain kat pejabat ni semua suruh aku’. Tengok tu, kita dah mula buruk sangka, mana kita tahu bahawa bos tak bagi kerja kat orang lain, kita tahu ke? Jadi, anggap lah selagi bos ada bagi kerja itu menandakan bahawa kita masih diperlukan di tempat kerja itu.

Setiap pekerja ada skop kerja masing-masing, aku buat A, kau buat B. Aku buat bidang ini, kau buat bidang itu. Masing-masing buat kerja masing-masing.

Tapi jangan lupa dalam senarai kerja kita di no. yang terakhir  akan ada  kerja yang berbunyi ‘kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa’, selalunya senarai terakhir ini lah yang buat kita selalu tak puas hati. 

Memang tak dinafikan bos pun selalu tak pasti kerja-kerja sebegini nak beri khusus pada siapa, sebabnya ia kerja yang umum. So bos selalunya beri pada staf yang senang disuruh, yang  dirasakan dapat dan mampu buat kerja tesebut. Kerja ini lah selalu menjadi punca tak puas hati dan pertengkaran di kalangan staf.

Di pejabat memang wujud staf yang pemalas. Bila bos suruh di culas, dia malas buat, atau kalau buatpun – sambil lewa dan lambat hantar pada bos. Bos pula sekali dua boleh tegur, lama-lama dia pun malas nak marah-marah, jadinya dicari staf yang tak banyak songeh, staf yang sekali suruh terus buat. Lama-lama kerja-kerja sebegini terus menjadi KPI staf tersebut. So seronoklah staf yang pamalas tadi.

Kepada staf yang malas tu jangan ingat awak menang dangan sikap awak itu. Sepatutnya sebagai pekerja kita perlu fikir soal pahala juga. Tengok balik dalam sehari berapa kali awak lambat masuk pejabat? berapa kali awak keluar awal pada waktu lunch, berapa kali awak balik awal untuk elak jalan jammed? awak jangan ingat itu bukan hutang! semuanya akan dipersoalkan. Jadi ringan-ringankan lah tulang tu untuk tolong bos, tolong rakan sekerja lain dalam membuat kerja-kerja yang umum ni, insyaallah dapat pahala, dan mungkin boleh cover hutang -hutang masa ya   awak telah curi  tu....ok bebeh!

Happy Working!

Monday, April 15, 2013

Sepohon Tapi Tak Sewarna

Assalamualaikum kawan-kawan,
Saja nak kongsi tentang pokok ini yang sungguh banyak di sekeliling bangunan pejabat angah. Anda tahu pokok apakah ini? :D

Ada yang kata Areca Catechu, ada yang kata Betel nut, tapi orang kampung panggil Pinang Raja

Menurut staf yang senior di sini, Buah ini diangkat sebagai sejenis herba

 dan elok dimakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan terutama untuk organ dalaman wanita...

 Makan buah yang muda ya! rasanya kelat-kelat gitu...

sebenarnya nak tunjuk yang pokok ni berbuah tak sama usia walau dari pohon yang sama....yang hijau masih muda, yang merah sudah tua...unik pulak kelihatannya...

kawan-kawan yang ada info lebih tentang buah ni, harap boleh berkongsi....TQ



Monday, April 01, 2013

Cerita Cuti Angah

Assalamualaikum...

Apa  ada pada seminggu? Berada di kampung halaman dalam masa seminggu bagai tak terasa panjangnya waktu. Sangat singkat. 

Alangkah bahagianya dapat berlama-lama di desa tercinta, rasa tak mahu kembali ke KL. Tapi apa nak buat, rezeki sesuap nasi tertulis di sini bukan di sana. Nak tunggu pencen dan bersenang-lenang di sana alahai…lagi 22 tahun…ermmm lama lagi haha….entah-entah bila sampai waktu, hati tak ingin lagi pulang ke desa, maklum…hati manusia kan mudah berubah.

Apa kahabar kawan-kawan? Harap semua berada dalam keadaan yang indah-indah sahaja, moga kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan istiqamah dalam mencari redhaNya.

6 hari 5 malam berada di kampung sejak ahad lalu dan pulang semula ke KL malam sabtu  baru ni.  2 malam di rumah mertua, 3 malam di rumah  ibu bapa sendiri (pasti lebih di rumah sendiri haha masih belum boleh  berlaku adil pada che din sejak dulu)

Hanya sempat bawa keluarga  mertua bejalan-jalan di sekitar Taiping dan melawat  saudara-mara sebelah arwah bapa che din di seluruh pelosok Felda Ijok dan Selama.

 Keluarga Che Din - Mak, kakak dan dua anak buah...ada lagi ahli keluarga yang tak dapat dibawa, maklum le...tak muat dalam sang Kancil Ce Din...kui..kui...Maknye asik tanya, bila kami nak beli keta besor sikit...

heheh...Che Din memang dah tak berambut langsung...selai pun tak ade..

******

Di kampung sendiri pheww…PENAT, al-maklum bila 3 beradik  plus seorang mama berkumpul, kerjanya memikirkan nak berjalan sahaja…nasib baik semua boleh memandu, kalau tidak  boleh pengsan che din mendrive kami ke sana ke mari.

Maka sempatlah kami berjalan-jalan ke negeri Perlis. Apa lagi yang dituju kalau ke Perlis. Yes, Wang kelian, Padang Besar dan Gua Kelam.

Apa yang best? Ternyata kepergian Ke Gua Kelam paling menarik hati dan meninggalkan momen manis  dan terasa comel bile berada di dalam gua itu...kenapa rasa comel lak?(tak tahu nak explain..heh)

ni sekitar kawasan di luar pintu masuk gua



Ni di hadapan pintu gua...moh masuk!

Dalam gua


 Ni di bahagian luar pintu belakang, setelah melalui jalanan dalam gua...

Berjual-beli di Wang Kelian dan Padang Besar….bolehlah…tapi rasanya kat mana-mana pun boleh dapt barang-barang yang ada kat situ, kat SAKAN Kuala Kangsar pun boleh dapat kut..cuma harga brooch dan barang kemas tipuan sangat lah murah, boleah berhabis duit untuk barang-barang ni aje, yang lain tu biasa je... well tak apalah, janji dapat berjalan-jalan tengok negeri orang.







Selainnya sempat menziarah keluarga adik lelaki angah si Faeez di Taman Botani Ipoh dan jalan-jalan sekitar bandar Ipoh, Kuala Kangsar, dan tak lupa pekan Manong sendiri...yang menggamit memori...

Huh, hitam legam dan rasa rentung uols...panas banor cuaca di kampung saat ini. duduk dalam rumah pun rasa membahang. 

Apa lagi, dek panas punya hal, sebelum berangkat ke KL petang Jumaat tu, kami sempat 'berkubang' di Lata Ulu Kenas perhhh...nyaman..


senyum manis untuk kawan-kawan semua! dadaaaa..

Ok, sampai di sini sahaja...jumpa lagi...ceria-ceria selalu...