Monday, March 06, 2006

Selamat Tinggal

Saya ingin menulis begini kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Geografi:

Terima kasih kerana mengenalkan saya pelbagai karektor manusia yang bergelar 'bijak pandai',
dan saya memahami kedudukan saya dimana...dan kita tidaklah jauh berbeza...

Terima kasih atas segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya melicinkan tugas-tugas di Jabatan Geografi.

Terima kasih kepada yang sering bermurah hati menjamu makan minum setiap kali anda-anda memperolehi kebaikan dalam apa jua perkara

Hendaklan tuan/puan mengetahui bahawasanya permohonan pertukaran jabatan saya ini tiada kena mengena dengan sesiapa, saya hanya ingin mencari kelainan di tempat lain dan berurusan dengan orang lain dengan kerja-kerja yang lain.

Akhir kalam, ampun maaf yang saya pohon andainya kekasaran bahasa, rungutan, desakan serta umpatan saya terhadap tuan/puan setiap kali saya mahu melangsaikan tugas telah merobek hati dan perasaan tuan/puan, tapi saya fikir tak ade rasanya..ye tak? sebab tuan/puan semua berhati besi!

Selamat berbahagia dan majulah geografi untuk UM dan Malaysia!

Terima Kasih Semua.