Tuesday, November 15, 2005

Aidilfitri Ini (II)

Suami,
tak senang perut pergi bekerja
sekeliling rumah senyap sunyi
tak ada bunyi dimalam aidilfitri
esoknya, seusai jemaah raya
dihantarnya angah ke pudu raya
balik lah wahai isteri
dirumah sini tak ada orang
abang pula yang tak senang hati bekerja
sehingga lanjut usia malam
bimbang tetamu yang tak di undang
yeyeyehhhhh yeyehhh
akhirnya angah beraya juga dikampung pada 1 syawal

mak,
tersenyum sungguh comel
sambut angah di stesen bas kuala kangsar
apa tak nya,
ada teman nak 'begonjing' didapur
almaklum le adik-adik melawa layan rakan taulan
manakan mahu duduk didapur
angah dan mak lah yang tak kering tangan

adik-adik,
baru terasa raya,
ye lah kalau tak cukup sorang
rasa tak berseri pula
ke sana-sini bertiga
memang bes lah w/pun tak de duit raya
ye ke gitu...

raya ke 3,
bongsu balik ke upsi
isnin dah mula peperiksaan
angah juga balik ke kl
jumpa suami pujaan
esoknya baru suami cuti
pagi raya ke 4 gerak ke rumah mertua
disambut linang air mata
maklumlah orang tua...

petang raya ke 6,
sampai semula kerumah mak angah
bawak menantu mak balik
haiii...susahnya mak nak jumpa menantu dia
dah jumpa tu pakat pi semua rumah sedara mara
ramai yang tak pernah jumpa suami angah itu
angah memang nak sorok suami....kata deme...

mak-mak sedara
opah-opah sedara
lama tidak bersua
baru nak berkenal mesra
anak cucu menantu

horeyyyy raya kali ni memang bes......

Wednesday, November 02, 2005

Aidilfitri ini

Alhamdulillah
dapat ku ladeni ramadhan mulia dengan sihat tubuh badan
tirai al-mubarak hampir ke penutup
menyingkap pula tabir syawal yang dinanti
semoga semua diberkati.

Suami,
ini kali ketiga beraya bersama
walau seringnya kau ditempat kerja
aku tunggu jua
walaupun orang pelik dan tertanya-tanya
biarlah.. asalkan kita bahagia
bukan senang memberi kefahaman
kalau dihati tiada belas kasihan

Mak,
angah tetap balik
tunggu sajalah
tak cepat -lambat
tak lambat-cepat
gitulah...

Adik-adik,
buah hati angah
tahun ni tak de duit raya kot!
boleh gitu?
ala...hai
jumpa nanti ya

Mak Mertua,
tak kisah anak mak nak balik rumah mak dulu
lin ikut aje
mak kan dah tinggal sorang
saya ni menantu yang memahami
tak gitu...

Tuhanku,
selamatkanlah kami dunia dan akhirat
lindungilah orang-orang yang kami sayangi
bantulah saudara seagama kami
dimana jua kami semua berada


Salam Adilfitri Buat Semua, Maaf Zahir Batin, panjang umur kita bersua