Wednesday, April 22, 2009

Sudah Sampai Janji

Saat kematian menjemput, tidak sesaat dilewatkan dan tidak juga sesaat dicepatkan, itulah janjiNYA yang mengakhirkan sebuah hayat hidup anak adam di dunia fana ini. Al-Fatihah buat insan bernama Zul Azman Zakaria, seorang staf akademik di salah sebuah jabatan di fakulti angah ni.

Jam 5.00 petang semalam angah didatangi Kak Hanim, secretary Dekan, yang meminta fail peribadi Saudara Zul Azman Zakaria yang dalam simpanan angah. Kata kak hanim urgent sebab nak cari no. telefon isteri saudara zul. Rupa-rupanya saudara zul rebah kerana sakit dada dan sedang berada di PPUM setelah dibawa oleh rakan sejawatnya. Oh ye ke kata angah, angahpun bagi la. Ehhh tak sampai 2 menet kak hanim datang balik, cakap saudara zul dah maninggal, innalillahiwainnaillahirojiun. Kak hanim ni plak sememeh sket dah terkedu tak tau nak wat pe, tak pe la meh angah cari no.phone wife dia, tapi tak de, yang ada nama ngan alamatnya je...kecoh la sket suasana opis sebab nak cari no. Phone wife dia, staf lain pun dah mula berkumpul dekat angah nak tau cerita...dapat no. Phone wife dia dari fail Ijazah Tinggi tapi dah tak berfungsi...alamakk...jiwa raga jantung tangan kaki angah dah berdebar-debar, last sekali angah tepon operator mintak tracekan by name, dapatla no. telefon kampung wife dia. Dipendekkan citer dapatlah angah cakap ngan abanngya...dan maklumkna hal kematian tersebut... PERTAMA kali dalam hidup ngan memaklumkan kematian kepada waris, aduhhh rasa seram sejuk, sampai saat angah menulis ni pun debarnya masih ada!


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


TERKESAN

Sangat menginsafkan pabila mendapat tahu orang yang kita kenali telah tiada di dunia ini. Sepanjang malam angah membanyangkan bagaimana perasaan yang dilalui isteri arwah saat menerima berita kematian suami tercinta. Terpamer-pamer di ingatan saat kecoh-kecoh menncari no. telefon waris si mati, kalau lah terjadi pada angah - sedangkan angah ni bila merajuk atau kecil hati dengan che din mesti matikan handphone, kalau boleh tak nak dengar sore dia, bior dia risau tak dapat kontek angah, huuhhhh kalau waktu itu jadi apa-pa kat che din dah tentu menyesal seumur hidup! Huhhuhu janji...tak mo tutup handphone lagi.....janjiiii.

Friday, April 17, 2009




Last Friday angah and che din tengok movie ni kat The Summit (hu hu hu dah seminggu baru sempat nak citer). OK citer ni, best la, sebab angah tak tertido pun lam panggung ekekekek.


SELALUNYAKAN 30 menet je angah berdaya menengoknya, lepah tu lelapp le. Last movie yang angah tengok kat panggung Transfomer, last year kot. citer tu bukan main hingor bingor lagi tapi angah tetap terlelap, jenuh kena siku ngan che din hehehehehe.







ni adegan yang paling besh



faktor heronye...pojaan hatiku..


Angah kasi 4 1/2 * untuk movie ni...






Monday, April 06, 2009

Sepohon rindu
Merendang di permatang kasih
Tidak pernah rapuh
Halus reranting cintanya
Walau diterpa angin waktu

Senja ini
Semilir bayu meniup lembut
Membelai ikal rambutku
Selembut jemarimu menyisir mesra
Seperti
Waktu-waktu dahulu

Friday, April 03, 2009

Selamat Datang Baby Aqeef...
Ida selamat melahirkan baby sulungnya pada 25 mac yang lalu du HUKM

Baby Aqeef selepas 5 jam dikeluarkan dari perut mamanya...kusss semangat


hu hu hu amik berkat ni


Puan Ida, sila berpangtang elok-elok ye...