Wednesday, November 28, 2018

Mengintai




Mak dan Geumbi pandang ke langit lepas
mak nampak bintang-bintang
Geumbi nampak burung-burung berterbangan


Mak girang pandang bulan

Geumbi gedik gedik ekor nak tangkap merpati
mak pegang kuat geumbi supaya tak terlepas
kalau terlepas mak takkan dapat jumpa geumbi lagi


...dah ada yang mula intai geumbi...susahnya bela anak dara!


Thursday, November 01, 2018

Final Piala Malaysia 2018: Corat Coret

Assalamualaikum everyone...apa khabor? semoga sihat sejahtera semua hendaknya..

Eheh
Gagah  lagi Makngah
diusia begini meredah jem dan lautan manusia
untuk ke Stadium Shah Alam  malam Ahad  lalu. 

Semangat negeri punya pasal wehh..bukan selalu Perak masuk final...kaedahnya.

Sebelum tu nak IMBAS:

Bila sebut pasal bola Angah teringat kata-kata ini,

"apa bendala yang minat sangat game bola tu, bola sebijik berebut 22 orang, tak berfaedah langsung"

"peminat bola ni, letak bola sebijik, satu stadium tak solat!"

Dua statement ni, Angah tak kan pernah lupa kepada 2 orang 'bijak pandai' yang menuturkannya.

meh Angah nak  cakap sikit :-

- bola sebijik, berebut 22 orang - ish ish..kerana Bola Sebiji tu la kita boleh nilai kemuafakatan, strategi dan kebijaksanaan sesebuah pasukan untuk mencipta dan mencapai goal. Dalam hidup seharian pun, ini lah perkara-perkara yang perlu kita adaptasi untuk kejayaan diri. SKILL tu yang penting.

- tak solat? ish ish..tak pernah masuk stadium ka...jangan la menuduh...
Games selalunya malam akan start selepas waktu Isya
Stadium mana kat Malaysia ni yang tiada Surau?
Untuk penonton yang datang awal, kalau tiada surau pun, ramai yang solat kat ruang legar stadium, beralas kain, suratkhabar, yang tak beralas pun, ada je yang  solat
isu solat ni bukan ikut apa minat kau je. Kalau memang jenis tak bersolat, duduk rumah pon kau tak solat! reti??

Inillah ruang legar di belakang tempat duduk penonton, sepanjang masa ada je penonton yang solat...
Hihhihihi,,,maafkan Angah, bukan apa tetiba terkenamg kat orang-orang bijak pandai tu...ish spoil mood je

                                                           @@@@@@@@@@@

ok la let's talk about the games, bukan pasal siapa juara tapi kisah yang tak terlihat di dalam lensa tv.

Angah gerak dari rumah lepas waktu asar, seperti imaginasi awal, memang jalan tersangat sesak, mangkor rasanya nak menyampai kaki ke Shah Alam tu. Menuju 6 KM dari stadium, trafik langsung menyiput...ada yang dah mula parking di bahu jalan dan berjalan kaki. Masing-masing dengn jersi dan bendera negeri...suasana macam pesta. Angah pun parking punya jauh, menapak ke Giant sebelah stadium tu untuk Maghrib dan dinner...

Berjalan menuju stadium..wah..macam-macam gerai jualan ada, betul-betul meriah...lenguh juga kaki haih nak nyampai ke stadium. Di sana sini bertebaran warna kuning dan putih...terserap haba juang plak rasanya.

Nampak padang ni, terus menyentap semangat!
Dah masuk lewat, jangan mimpi nak duduk selesa, berdiri je la kami...pemain dan bola pun nampak sayup kut celah celah kepala orang..


PENONTON/PENYOKONG

Pennton kedua-dua pasukan memang sangat terbaikkk..baik kuning mahupun putih tak berhenti bersorak memberi semangat kepada Seladang dan Penyu. Angah memang sangat percaya bahawa sukan adalah medan penyatuan jiwa. Adegan menge'boo' pasukan lawan dan pengadil kerap juga terdengnar, Angahpun sama naik, sebab ref agak teruk mutu pengadilannya semalam...huhaaa.






 
Nak beri anugerah penyokong  terrbaik kepada Che Din la...sebab setia walaupun berdiri...
masa Seladang ketinggalan 2-0 Angah fikir nak balik je, kakipun dah lenguh berdiri, tapi Che Din tak mahu berganjak, dia percaya selagi tak berbunyi wisel penamat, segalanyaa berkemungkinan terjadi....wow..memang betul sekali! berbaloi tonton sampai habis....



Untuk warga Perak....

Lagu yang mengantar rasa semangat yang membara...

 



Tahniah kepada kedua-dua pasukan, semangat juang tinggi daripada semua pemain-pemain akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga..


Wassalam