Thursday, December 24, 2015

Jom Banyakkan Berselawat



Assalamualaikum kawan-kawan,

Selamat bercuti, selamat memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Dikongsikan yang berikut untuk ingatan kita bersama...


  Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]


Waktu Afdhal Berselawat

·        Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:

·        Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.

·        Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.

·        Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.

·        Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.

·        Di akhir qunut dalam solat.

·        Di dalam solat jenazah.

·        Ketika masuk dan keluar dari masjid.

·        Setiap waktu pagi dan petang.

·        Hari Khamis malam Jumaat.

·        Sepanjang hari Jumaat.

·        Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

 

Perkongsian :http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html

 

Wednesday, December 16, 2015

Dah Buang Sys dan Fibroid


Assalamualaikum....Aumm Cak! hii..
 
hai...apa kabor kawan-kawan, di doakan semoga berada dalam peliharaan Allah azzawajalla hendakknya
 
Hampir sepurnama blog tak berupdate ye, blog pon MC macam tuannya...ni la kisahnya...
 
Hari ini genap 3 minggu diri ini di operasi kerana membuang segala neka tumbuh-tumbuhan yang menginap dalam sistem peranakan sejak 2012. Myomectomy nama pembedahan tu.
 
Setelah bersetuju untuk membuat pembedahann, maka berlangsunglah pelbagai prosedur, ct scan, rawatan anemia, rawatan hard bleeding dan suntikan lucrin.
 
Suntikan lucrin ni paling memeritkan, ia diberi 3 bulan sebelum pembedahan dengan tujuan mengecutkan fibroid dan sys. Suntikan ini berfungsi menghentikan period dengan kata lain memenopause sementara sehingga hari pembedahan. Sementara menopause tu, maka tiada peningkatan saiz fibroid, sebab fibroid ni mendapat zat untuk membesar daripada hormone yang menghasilakan darah period.
 
Yang peritnya bukan sebab menopause, tapi simtom-simtom menopause tu yang tak tahan, kaki bengkak, sakit segala sendi...badan jadi panas tak tentu hala, selang setengah jam badan akan lecun dengan peluh walaupun berada dalam aircond...tak selesanya rasa..Allah saja yang tahu
 
Ini kali kedua membedah untuk membuang tumbuh-tumbuhan tu, tahun 2009 membuang sys di dalam ovary, kali ni agak sulit sikit sebab bukan sys saja, malah fibroid. Bedah pun membabitkan banyak luka, perut opkos luka, rahim pun luka sebab fibroid tu duduk dalam rahim..fuhh...
 
Hasil dapatannya, sebiji fibroid sebesar 5cm dikeluarkan dari dalam rahim, berbiji-biji saiz kecil di perrmukan rahim, sys di dalam ovary dan dinding rahim...meriah betul...
 
Sedikit info tentang cara pembedahan yang melibatkan Rahim atau ovary, ada orang hanya ditebuk 3 lubang di perut, ada orang di bedah melintang di bawah pusat dan angah dibedah secara menegak. Doktor kata, cara pembedahan yang berbeza itu adalah disebabkan bentuk dan kedudukan rahim....azab sikitlah bedah menegak ni, nak bergerak susah, luka pun lambat baik, tapi itu saja cara terbaik dan sesuai dengan kedudukan rahim angah ni.
 
Pasrah dan redha dengan apa yang dah berlalu, bedah kali pertama, bedah kali kedua.... namun sangat berdoa untuk tiada yang kali ketiga...serik tau bedah...sakit
 
opss..dah lah mengenang sakit tu ye dak, semua nampak ok sekarang, harap ok sampai bila-bila. namun treatment suntikan lucrin tu akan masih berlansung untuk tempo 6 bulan akan datang, ia untuk mengelakkan kebarangkalian fibroid dan sys tu berulang dengan cepat...well...gitu lah...mak pasrah..
 
Ok kawan-kawan, panjang umur jumpa lagi.
 
Wassalam.
 

Wednesday, November 18, 2015

Tahniah Kak Chik ~UPSR 2015~

Tahniah kepada semua pemilik keputusan UPSR yang diumumkan semalam.


Cemerlang, sederhana atau yang biasa-biasa, itu adalah kejayaan anda.

Kejayaan yang berhasil dari ketekunan dan pengorbanan masa juga tenaga bahkah yang terpenting adalah doa anda dimakbulkan Allah, tahniah sekali lagi.

Tahniah juga untuk ibu bapa yang menjadi pendorong dan pemangkin semangat anak-anak – anda sungguh bertuah kerana memiliki anak-anak untuk di didik.

Jumlah A yang dimiliki adalah kayu ukur bahawa anda boleh! Tapi ia bukanlah penentu kejayaan dalam seluruh kehidupan, masih jauh lagi denai yang berliku perlu dirintis untuk bertemu dengan kejyaan yang hakiki.

Lop, Kak Chik dan kak Yong - Tahniah uolss...

Sayangku Kak Chik, semoga terus istiqamah dengan semangat juang di medan pelajaran, doa dan harapan Makngah dan Pakngah semoga Kak Chik sentiasa di pelihara Allah sehingga ke akhirnya.



Hadiah, sila mintak daripada Pakngah..hihihi


Sebab Pakngah kan kawan baik kak Chik...:D

#menumpangkasihanakbuah

Monday, November 09, 2015

Angah ok apa...

Assalamualaikum...

Meh nak bermadah cili sikit di petang hari ni,

Jangan terjemah aku dengan jangkaan awalmu
Selangkah kenali aku kau akan tahu bagaimana aku
Bersangka baiklah selalu
Bicara orang jangan dikira
kerana bibir yang berkata-kata selalunya berdusta
dan berniat memporak peranda
Bersangka baiklah
timbang dengan akal budi bukan dengan iri atau benci
Jangan mencipta dosa
kerana ia adalah perit yang tertanggung
selagi kau tak minta ampun”




* Che Din kata, mungkin aura Angah ni kuat sangat sampai ada orang seram...kikiki..aura la sangatttt



Thursday, November 05, 2015

Cameron Highland 2015

Assalamualaikum...

Bestnya kalau ada rumah sebijik, sendiri punya kat tempat sejuk-sejuk macam CH ni kannn
uii nyaman tak usah cerita, rasa nak bergolek-golek kat ladang teh, kat taman lavender, eh semua tempat la best..






 Che Din pasrah je, nak buat macam mana...bini suka bergambor...sabor ek..




 eh eh..suruh berlakon dia pandang kemera pulok..


hihihi..Che Din malas nak layan dah...
 

 muka yang belakang ni kelakar..



lepas tu kan, bila ada kat tempat sejuk ni, kulit pun rasa putih melepak..haha..sawan betoi angah..

Jumpa lagi insyaallah

Thursday, October 29, 2015

UM Convocation 2015

Dah berlalu dua minggu baru dapat update pasai konvo UM, begitulah radar hidup ku semenjak dua menjak ni, hilang fokus...dan tak terfokus...nadanya... hiii..

Assalamualaikum kawan-kawan, harap sihat-sihat hendaknya.




Saban tahun Angah akan ambil peluang untuk bertugas di Majlis Konvokesyen, ternyata ia adalah perkara yang menyeronokkan.

Istiadat yang penuh protokol akan mendidik kita bagaimana meng- organised sesuatu majlis, berurusan dengan pelbagai golongan, terserlah adab tertibnya..

Yang nak dicerita bukan soal bertugasnya tu, tetapi yang lebih manis adalah hubungan sesama rakan sekerja se-universiti  ni.

Dalam tugas harian, masuk opis keluar opis, hanya untuk urusan tugas sendiri, atau hal peribadi sendiri jarang memungkinkan angah berkenalan dengan rakan-rakan dari fakulti atau bahagian lain.

Namun dengan adanya Majlis setahun sekali ini, ramai kenalan baru yang Angah temui semasa bertugas sebagai Penyambut Tetamu di majlis Konvokesyen UM. Rakan-rakan yang ditemui di majlis ini, pada akhirnya akan meluaskan jaringan persahabatan dan memudahkan lagi urusan kerja harian. Itulah yang bagusnya.

Ini sebahagian daripada rakan-rakan dari fakulti lain, yang berjumpa seahun sekali di Majlis Konvo UM:

 ni Kak Gi Fakulti Perubatan

 Ni Liza, Unit ICR

 Ni Che Nab, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 Eheh, ni bukan rakan, ini Pengarah Muzik S Atan yang bermain muzik mengiringi sepanjang Majlis Konvo berlangsung
 Ni John, budak Internship dari Korea

 Kak Izan, Ketua Penyambut Tetamu

 ni Kak Nor, Fakulti Perubatan



Insyaalah, ada umur tahun depan kami berjumpa lagi...


Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum kawan-kawan

Berlalu lagi setahun
Apa yang tercatat sebagai takdir diri, terima sewajarnya - sementelah kita ini cuma hamba
Yang berlalu biar berlalu, jadikan iktibar untuk kehidupan yang nyaman di masa akan datang
Hijrah, Ke arah yang lebih elok
Hijrah, Kepada yang lebih molek
Hijrah, Menuju yang lebih baik

Permulaan sebuah perubahan
Cermin diri, yang baik diteruskan, yang buruk tinggalkanlah
Dacing peribadi, yang buruk buat kau jatuh, yang baik buat kau tegap meniti – imbangkan
Imbuhan hati, baik akan buat kau tenang, busuk akan buat kau murung – sucikannya
Hijrah, satu kemunian
Hijrah, menuju kecemerlangan
Hijrah, penentu kebahagiaan


Salam Maal Hijrah 
adinaduana/13.10.2015/29 Zulhijjah 1436

Wednesday, October 07, 2015

Color's of my life

Mewarnakan impian
dengan sejuta warna

Pink purple cintaku
Merah semangatku
Kuning keceraiaanku
Biru ketenanganku

Namun Kelabu sering seiring
tamsil sebuah kehidupan
ada suka ada duka
itu biasa..
kipidap!

adinaduana/6/10/2015


Monday, September 28, 2015

Hujanlah..Hujanlah...

Live..

Sedang hujan di sekitar kampus

Mudah-mudahan keras sang hujan membawa pergi segala kekelabuan...

Hujan ...jam 11.40 sebentar tadi

 pagi semalam..

 pagi hari ini...sekitar jam 8 15

Thursday, September 17, 2015

Eii geramnya dekat anai-anai ni...


Abih punah!

satu album gambo kawen, satu album gambo zaman Che Din belajar, satu lagi album gambo zaman Angah  belajar

Boleh anai-anai bersarang dalam album-album gambo, ish ish ish ..patut ka tak patut. Dah la gambo-gambo tu gambo kenangan terindah..

nak kena anai-anai  ni





 Bwekkk geli tengok, banyak sangat..




ni baru satu album yang sempat di keluarkan...di mana lah Angah nak simpan gambor-gambor ni ek.


Wednesday, September 02, 2015

alahai duit simpananku

Ishh..sian la kat pegawai kerajaan kalo takat bergred C ni, dah berbelas tahun kerja, duit simpanan pun nan hado..

Ada duk menabung kat tabung haji sikit-sikit, tapi tak mau jadi banyak sebab asik bawak keluo aje. Ntah bila la dapat pergi haji nye kalo gini gaya  Angah oii

Baru-baru ni ada iklan rumah untuk dijual – bank lelong, Che Din teruja nak beli. Buatlah kira-kira, kos itu kos ini…last-last  dua-dua terdiam…sebab nya kurang-kurang kami kena sediakan 16 ribu termasuk 10% pendahuluan…MANA NAK CARIK….

Itu jam kalu..baru perasan yang kami ni tak ada duit simpanan yang banyak , cek kat tabung haji, separuh pun tak cukup…bye bye la rumah…duk garu kepala saja ja

Hermm…bahaya sungguh ekonomi kami berdua ni

Angah memang tak ada potongan gaji kat akaun simpanan lain,  selain tabung haji, jadi bila ada keperluan atau kecemasan  kadang-kadang tak cemas pun itu lah tempat yang boleh dikorek…mengorek je keje nye  kambuih 2-3 bulan, korek semula..(hihi paham ka kambuih tu apa…)

Tapi Angah ok je, tak ada le stress sebab duit simpanan tak banyak. Cuma bila ada keperluan yang besar-besar macam hal beli rumah, atau teringin nak perabot ke, sila telan ayo lior sendiri  je le..

CUMA nye…mulai sekarang kena la berhemah sikit duit gaji tu, dah sedor gaji tu tak besor, silalah jangan berbelanja yang tak perlu

Macam ginilah, ni plan untuk diri sendirilah ni:

Setelah di semak-semak, selalunya ada beberapa perbelanjaan yang sering memaksa Angah mengorek  duit tabung haji

Pertama – balik kampung
Kedua – kecemasan / kerosakan 
Ketiga – perayaan

Untuk mendisiplinkan diri dan menyelamatkan akaun tabung haji daripada kena kikis selalu, jadi Angah plan nak buat tabung bagi setiap  3 perkara di atas…

Tabung Balik kampung
Tabung Kecemasan / Kerosakan
Tabung Perayaan

Setiap kali gaji, mulai bulan ini, insyaallah  Angah akan peruntukkan sedikit duit perbelanjaan harian ke dalam setiap tabung ini…

Try tengok dalam masa 6 bulan akan datang ni..berjaya tak Angah untuk tidak mengusik akaun tabung haji…caiyokkkk


syhh..nak bisik sikit….kepada orang-orang yang banyak duit jangan le gelakkan Angah ye….hihihii

Jumpa lagi!

Wednesday, August 26, 2015

Oh Malaysiaku

Suram

Tidak teruja

Semangat entah ke mana

Itu yang di rasa…

Kasihan negaraku Malaysia

Semarak merdeka hilang bisa

Gagal menyengat jiwa

Kenapa?
*******

Minta maaf, ini yang Angah rasa, kawan-kawan bagaimana?

Berbaki kurang 6 hari menjelang Hari Kemerdekaan Negara, tapi suasana sambutan bagai tidak terasa.

Apakah kerana GST?

Apakah kerana KONTROVERSI?

…..apapun negara kita hanya satu, Malaysia hanya satu, tolong jangan berhenti mencintainya.



#mulai tahun ini sambutan hari merdeka tidak akan mempamerkan jumlah tahun kemerdekaan kita, ia akan di sebut ‘ Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2015’  ia untuk mengelakkan Sabah & Sarawak dari rasa terpinggir…

...ini hanya rasa peribadi Angah....

Wassalam

Thursday, August 20, 2015

Kembali Merindu

Dah lama meninggalkan rasa rindu yang satu ini
bukan berpatah arang cuma tak mahu membeban jiwa

namun lewat hari-hari terkebelakang ini
hati kembali dijentik, hati kembali diusik
oleh rindu itu
rindu pada lafaz,
rindu pada ucap,

'Selamat datang ke dunia sayang,
selamat membajai cinta mak dan abah,
selamat datang perrmata hati,
selamat datang wahai putera,
selamat datang wahai puteri,
selamat datang wahai anak'

Selamat
sel
se..

yang nyata rindu terus merindu
rindu terus menjadi duri
menikam sanubari

akhirnya aku terlena
bersama derai air mata

.............adinaduana/18-8-2015

* lama dah avoid dari bertemu dengan baby, tapi baru-bari ni, ada seorang staf yang baru habis cuti pantang bersalin datang ke opis membawa babynya....uiiii tak dapat menahan keterujaan nak mendukung baby....wanginya bau baby...comelnya baby...ulit baby...haaa.. lepas tu mulalah beremosi...

ko ni angah..!

Monday, August 17, 2015

Keserasian

Bukan senang mencipta keserasian antara sesama manusia, terutama dalam hal-hal tugasan di pejabat. tugas lain-lain, cara kerja lain-lain, peel lain-lain,kehendak lain-lain. Betullah,tu! takkan sama pulak eh?

Nak ceritanya, hal kerja di pejabat,

Hal staf dan pegawai,

Orang kata, staf perempuan dengan pegawai perempuan selalu tak sebulu, betul ke..

Mungkin ada betulnya, menyorot enam ke sepuluh tahun yang lalu - ada juga Angah berkonfrantasi dengan pegawai, sebab tak puas hati dengan cara kerja, dia sebagai pegawai tak puas hati dengan kita, kita pun sebagai staf tak puas hati dengan dia. Ada lah jugak sehari dua tak bertegur sapa....tapi tak lama la, sebab kerja kita direct dengan dia....mana boleh dingin lama-lama...tak jadi kerja nanti.

Oh ye, sejak tahun 2000 hingga Julai 2015 ni pegawai Angah semua perempuan, bersilih ganti, 
memang Angah mengadap bos perempuan je...kesabaran dan toleransi kena tinggi, sebab mood ada pasang-surutnya...

Namun sejak tahun 2010, Angah rasa sangat nyaman dan damai datang berkerja, pegawai yang satu ini agak lain, walaupun jantinanya sama dengan pegawai-pegawai sebelumnya.

Inilah kebahagiaan di tempat kerja bila berada dalam situasi 'keserasian' dalam setiap hal...Alhamdulillah Allah mengurniakan seorang pegawai yang sangat bertolak ansur,baik dan sangat memahami.


Inilah Puan Zurina Shaik Osman, nama diberi, orangnya manis, semanis perilakunya. Memang satu 'pemberian' lah bila dapat pegawai yang baik begini...kerja jadi senang, itu yang penting.



Tapi jodoh kami tak panjang, biasalah di UM ni pegawai-pegawai akan di reshuffle  dalam lingkungan 5 ke 6 tahun. Maka 15 Ogos 2015 yang lalu, berakhirlah perkhidmatan Puan Zurina di Fakulti Angah. Selamat Berjuang di tempat baru Puan!

Segala budi baik dan tunjuk ajar puan akan Angah jadikan rujukan dan panduan.



Selamat Maju Jaya!

Friday, August 07, 2015

Renungan




Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...


Angah: perkongsian daripada:-


TQ

Monday, July 27, 2015

Bersatu Di Aidilfitri

Assalamualaikum

Salam Syawal kawan-kawan. Apa kabo? harap-harap sihat hendaknya. Raya kali ni berserta musim buah-buahan, makanya ramai le yang masuk opis dengan keadaan demam, sakit tekak tak sedap badan dan sebagainya. Apapun kalo ada kawan-kawan yang taksihat tu Angah doakan semoga cepat sembuh ye...

Sedikit catatan Aidilfitri Angah untuk tahun ni...

Ini keluarga Angah, keluarga Angah tak besar mana, ada 17 orang je semuanya:

Mama & Abah ber- 2

Adik-beradik 5 orang

Ipar 5 orang

Anak buah 5 orang



Inilah keluarga Angah, bukan senang nak dapat berkumpul semua, terutama Yang Eiz yang bekerja di Istana Kinta... Alhamdulillah Adilfitri 2015 menyatukan kami semua, walaupun dapat berkumpul ni dah hari raya ke lima

Pasangan sepupu ni Aqil & Sayang, ..leka bermain dengan Ayam Serama, maklumlah nak bermain dengan adik,  adik baru tak ada, sepupu baru pun tak ada...


Insyaalah tahun depan ada dua orang sepupu baru akan lahir...mudah-mudahan...Che Na ngan Adik Eja duk mabuk-mabuk...seronoknye.... 

Jumpa lagi. Wassalam

Thursday, July 16, 2015

Dah Nak Raya!


Assalamualaikum kawan-kawan,

Semoga bergembira di Hari Raya
Berhati-hati di jalanraya
Ingat orang yang tercinta


Wassalam....

Tuesday, July 07, 2015

Bismillah Lima

Assalamualaikum Kawan-Kawan semua, apa kabor?
Harap sihat walafiat hendaknya, harap makin kuat zahir dan batin mengabdi diri dalam maladeni babak ketiga Ramadhan dan bergembira hingga ke akhirnya.

Ok, hari ni nak cerita sikit tentang perkembangan diri angah sejak bergelar pengidap Fibroid. Angah mendapat Fibroid tanpa tahu sebab musababnya, yang mana akhirnya Angah mendapat conclusion bahawa ia adalah permainan HORMON.

Dalam pembacaan Angah terhadap penyakit ini, rata-rata mengatakan punca yang paling utama terjadinya Fibroid adalah memakan  Daging Merah. Setelah ada Fibroid pulak, ia menjadi kepantangan paling utama untuk dielakkan jika tak mahu Fibroid makin membesar dengan jayanya

Namun ironinya sebelum ada Fibroid pun Angah BUKAN lah pemakan Daging Merah sangat-sangat, jadi, kenapa Fibroid boleh hinggap juga…?

Inilah keajaiban sistem badan kita. Setiap dari kita ini tidak sama.

Maka, setelah ada Fibroid, langsunglah Angah tidak menjamah Daging Merah. Tapi yang peliknya Fibroid Angah grow jugak…see?

Sehinggalah Angah mengidap Anemia akibat bleeding yang teruk setiap bulan. Angah disarankan memakan makanan-makanan yang boleh menambah darah, salah satunya adalah Daging merah. Tapi Angah sangat takut untuk makan Daging Merah kerana takut Fiboid makin teruk.

Akhirnya Angah bertemu dengan seorang pengamal perubatan Akupuntur, sambil membuat akupuntur, dia memberi petua kepada Angah supaya makan je Daging Merah bersama amalan Bismillah Lima. Katanya, badan kita ni tak tahu apa makanan apa yang sesuai atau tidak, jadinya dengan mengamalkan Bismillah Lima ini, Insyaallah setiap yang kita makan itu tidak akan menjadi racun dan tidak akan memudaratkan kita. Mudah-mudahan dengan izin Allah.

Kepada kawan-kawan yang merasa tidak sihat badan, sakit-sakit ke, marilah kita amalkan Bismillah Lima ini, mudah-mudahan dengan kehendak Allah kesihatan kita akan bertambah baik…

Wassalam.




Bacaan dalam Rumi
  1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
  2. Bismillahish Shaafii
  3. Bismillahil Kaafii
  4. Bismillahil Mu’aafii
  5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Makna Ayat
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara khasiat Bismillah
  • Penawar bisa diri
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Penawar bisa-bisa badan
  • Penawar bisa batu merian
  • Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya


Thursday, June 25, 2015

Bertambah Usia Dah...

I’m officially 40 years old today…

Haha jangan gelak ya kalo  nahu bahasa omputih tak berapa betui kat atas tu…kemain nak speeking ek

Alhamdulillah syukur nikmat Allah..masih diberi hayat ini dikandug badan.

Teringat 10 tahun lalu ketika nak masuk umur 30 tahun, bukan main takut lagi, tak tahu apa pasal, rasa macam dah masuk alam tua sangat…gitulah tak dapat terima kenyataan, tapi kini nak masuk umur 40, rasa cool je..alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih suami, terima kasih abah-mama, adik beradik dan sahabat handai. Seronok bila pagi-pagi dah dapat mesej wish birthday dan doa-doa mewangi untuk Angah, semoga doa-doa kalian diangkat ke langit..

Semalam, Angah tertido awal sebab loya-loya angkara makan ubat tambah darah Iberet, terjaga dah jam 12 suku. Bangun masak nasi untuk sahur. Kat depan tengok Che Din tengah layan movie, dia hulur tisu kat angah, angah amik lepas tu dia tangkap tangan angah, dia goncang-goncang sambil cakap ’tahniah tahniah…umo baru…’ ahooooiii…wish besday rupanya…ingatkan dia dah lupa…tq Che Din.. I lup you lah!

Ramai yang doakan kesihatan angah…terima kasih sangat-sangat..memang  Angah sangat-sangat mendambakan kesihatan yang baik, semoga Allah memakbulkan doa-doa kesayangan semua ye…amin.

Jumpa lagi Insyaallah.

Wassalam



Wednesday, June 17, 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum,

Adik beradik, Saudara mara, Guru-guru, Sahabat handai, Rakan taulan dan Kenalan di alam maya:

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, diberikan sihat tubuh badan dan ketabahan untuk menyempurnakan Ramadhan kali ini.

Mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata, terkhilaf bicara, buruk niat di jiwa, buruk sangka di minda…maafkanlah saya dan saya maafkan anda semua.


Harapan dapat memulai Ramadhan dengan hati, jiwa dan diri yang bersih…Semoga Allah merahmati kita semua…amin.




Selamat Berpuasa dari kami berdua! 

Jangan naughty naughty tau...

Jaga diri baik-baik

Ingat Allah selalu

Wassalam.


Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman CT SCAN


Berdebar!

Betul, takut sangat rasanya bila diberitahu angah kena jalani  CT SCAN. Mulalah pencarian maklumat-maklumat berkaitan, yang tak bestnya rata-rata mengatakan CT SCAN ni agak menyakitkan…

Kebetulan ada pulak  rakan sepejabat pernah buat CT SCAN kerana masalah di abdomen, apa lagi beriya agah interview dia, aduh, dengar cerita dia lagilah perasaan takut datang menyerang. Rasa nak cancel, tak nak buat sebab takut! Tapi bila mengenangkan inilah proses permulaan untuk remove fibroid dan mengenang  kesakitan yang perlu dihadapi kalau tak buang, angah gagahkan diri jugak, redho ajelah..mak pasrah nak…

Isnin, 8 Jun 2015, lebih kurang Jam 12.00 tengahari angah pun sampailah ke Unit Radiologi PPUM seorang diri…goyah jugak hati ini, rasa nak cabut lari dari PPUM pun ada… ( teruk punya penakut) tapi Alahmadulillah, prosesnya tidak lah menggerunkan seperti yang dibaca dan didengari.

Nama angah dipanggil ke Bilik rawatan, Nurse suruh buang semua logam-logam dan yang seangkatan dengan dari tubuh badan. Oleh kerana baju angah ada sedikit batu-batuan, maka angah disuruh menyalin pakaian hospital. Angah diberi segelas air berperisa oren, besor jugaklah gelasnya…rasa penuh perut

Lepas tu mula proses mencari urat, urat angah ni halus benor, jenuh kena tepuk-tepuk di doctor baru timbui uratnya. Pasang jarum dilengan kanan untuk proses melalukan ubat.

Kemudian dipanggil ke bilik sebelah, Nurse suruh baring, untuk  masuk ubat cecair ikut belakang dan memakai tompon.

Angah dah cool sikit masa ni, dah hilang rasa takut..petuanya kena bertenang dan mulut jangan berhenti berzikir…alhamdulillah

Tak lama menunggu nama angah dipanggil untuk masu ke Bilik SCAN. Bila Nampak alatan bergelung tu, eiiii…tetiba rasa gerun balik…staf radiologi tu mungkin perasan angah takut kot, jadi dia explain apa yang angah akan alami ketika proses scaning tu…jadi angah kena bersedia dan diminta bertenang…

Angah diminta baring menghadap gelung tu, tangan kedua-dua dikuak lentangkan ke atas, dan dilaang bergerak . Badan angah mula disorong ke dalam gelung. Mesin tu bercakap weh..hihihi…  ‘tarik nafas, tahan…bernafas biasa…’ kata mesin tu, dalam kiraan 50 kot, badan angah disorong keluar gelung.

Step kedua, doktor datang masukkan ubat cecair pada lengan yang berjarum tadi, masa ni ada rasa tak selesa sikit…badan tiba-tiba meruap panas, tekak rasa pahit dan rasa gatal dibahagian belakang badan (simptom ini memang petugas radiologi dah beritahu tadi)

Selepas masuk ubat, badan angah disorong semula ke dalam gelung, kali ini lama sikit, mungkin doctor sedang menyukat-nyukat size fibroid dengan detail kot dekat skrin, and then keluar semula. Angah ingat dah selesai, rupanya kena masuk gelung sekali lagi…agaknya untuk dapat gambaran lebih jelas kot…so lebih kurang 20 minit jugak angah bergelung di dalam tu…dan keadaan angah adalah agak loya-loya sedikit….kesan ubat la tu

Yey selesai. Masa Nurse nak cabut jarum, dia tanya ada rasa gatal tak, angah cakap ada kat belakang badan dan peha. So Doktor datang cek, dia kata angah alah pada  ubat semasa scan tadi. Tapi tak serius,  sikit aje…supaya tak teruk dia bagi angah sebijik pil untuk hilangkan gatal tu dan diminta duduk di sekitar bilik rawatan tu selama 20 minit.  Nasib baik gatal tu tak melarat dan angah dibenarkan balik…yahoo

Begitulah ceritanya pengalaman menjalani CT SCAN, tak adalah teruk sangat...ok je. Saat ini berdebar pulak nak tunggu resultnya yang akan diberitahu ketika appointment dengan klinik Gyne 18 Jun nanti…angah harappppp sangat rahim angah tak perlu dibuang…mudah-mudahan


Ok! Insyaallah, jumpa lagi, wassalam…