Monday, September 24, 2012

Tak Cukup Darah


 Tapak tangan yang kekuningan


Tapak tangan yang kepink-pinkgan

Apabila di dekatkan terserlah satu kuning, satu lagi pink!

Tapak tangan kuning adalah tapak tangan orang yang kekurangan darah, berbanding tapak tangan pink dah tentu baerkadar darah yang cukup

Si Tapak Tangan Kuning cuba meminta belas ikhsan supaya Si Tapak Tangan Pink  mendermakan sedikit darahnya
katanya:

Pink:   'arg....tak nak bagi , tak nakbagi,  saya takut jarum!
Kuning:  ' lorh....kedekutnya...tak baik tau...saya amat memerlukannya..'

Hahaha...cerita di atas adalah lawak jenaka suami isteri di pagi hari tatkala boring berurusan di PPUM - hospital 'kesayanganku'

Si Tapak Kuning  tu angah lah
Si Tapak Pink tu che din

Ironik kan? angah ni badan besar, tegap dan montel tapi kurang darah, si kurus kecik macam che din segar bugar darahnya

Sehari dua ni angah tak sihat sikit...dada sempit, cepat mengah dan rasa gelap mata. punca nya bulan ni terlebih bleeding. Adalah puncanya tu, punca yang angah belum berani nak cerita.. 

Setelah 3 jam menunggu, darah angah di test. Dah la kuranag darah, nurse amik lagi darah angah...aduhai...




Tuesday, September 18, 2012

Cruise Putrajaya

Assalamualaikum.
Dah habis kisah syawal kan...maap lah Angah tak sempat citer pasai raya pun..tunggu raya aji pulak eh....:D

Ni nak tanya ni, sape penah gi Putrajaya....? hihihii...sape penah naik cruise mengelilingi tasik putrajaya....? 

Yey! Angah dah berjaya menaiki cruise itu...haha bajet hepy giler!  alkisah sabtu lalu, Che Din off day hari sabtu, so tak hingin Angah nak berbulan madu di rumah je so kami decide menaiki cruise ini.

Che Din tak suka sangat gi tempat air-air ni, dia fobia takut jatuh!  alahai...tapi akhirnya dia akur jugak sebab Farid kawan baik dia ikut sama. Farid bawak isterinya Ain dan anak tunggal dorang Lokman.



Lokman....kussssemangat...tak duduk diam!

Asalnya kami nak naik yang ni. harga nye RM 20.00 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak. Tapi anak Farid ni aktif sangat, takut dia terjun tasik lak, 



akhirnya kami naik kapal yang berdinding ni - harganya RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak, untuk staf gomen ada diskaun sikit iaitu RM 25 sahaja.





Penerangan oleh Pemandu Pelancong....wah...terasa betul-betul melancong!


Kapal ni penuh  sebenarnya tapi ia kelihatan kosong sebab semua penumpang keluar ke bahagian hadapan kapal, semua nak cari port baik untuk bergambar ala-ala Titanic..'You Jump I Jump'. Sampai ke sudah Angah tak berjaya menyelit ke ruang hadapan tu sebab dorang tak turun semula ke perut kapal haisss...tak kasi can betul! 
oklah dapat bergambor ngan Pilot pun jadi lah!


Ini pemandangan sekitar tasik.








Ekeleh Che Din buat muka kagum gitu, padahal hati kecut!





Selain bersaiz besar Farid juga handal berenang, tentu boleh menyelamatkan Che Din andai terjatuh ke dalam tasik... that's  why! 




Happy nye dua beranak ni, Jeles tegok Ain menten ramping.


Keluarga Ceria!




Huish feeling macam ada kat obersee...


See Ya!

Wednesday, September 12, 2012

Che Din dan Cucu

Ni Zharif, cucu bongsu Che Din (buat masa ini le)







(opah ngah pun nak interframe gak)

Angah nak mintak budak ni, tapi pasti mak dia tak bagi....nak amik anak angkat yang tak ada pertalian darah, Che Din keberatan pulak.....adusshhh cam ne ni...