Monday, July 19, 2010

Friday, July 09, 2010

KeSuNyIaN...

Kesunyian itu sungguh mengasyikkan, menyamankan, menenangkan TETAPI sesekali ia amat  menyeramkan...

Ruang pakir yang kosong, sebulan yang lalu dan sebelum-sebelunnya penuh sesak, berebut dan kadangkala sampai bergaduh

Kebanyakan tuan punya rumah telah berpindah...sebahagian  yang kosong dan berkunci, dua tiga kali pandang sangat serammm. Dalam pada berkunci ada jugak yang telah dikopak dan diumpil oleh tetamu tak di undang...Aye takut rumah yang masih ada penghuni pon di umpil, masyaallah...mintak dijauhkan.

Sebulan yang lalu dan sebelum-sebelumnya aye amat panas telinga bile ada suara-suara jiran yang terpekik marah anak, yang melalak nak jadi penyanyi, yg bergaduh bagai...owhhh sekarang aye sudah wrindu pada semua itu...dah.. dah brg yang lepas jgn di kenang! ehehehee :-)

P/S: Pendatang Asing! sila buat tempat ini seperti tampat orang okeyyyy...jgn nak bersidai, memandai dan mengintai...

Wednesday, July 07, 2010

Sambal Tumis Tempoyak


Bahan-Bahan

1.Ikan Bilis (mama aye suka udang, ikut suka le)
2. Tempoyak (opkos la.. kan)
3.Bawang besar (potong bulat, empat sagi pon bole..ikut suka)
4.Serai (bubuh le banyak mana suka, selalunya ikut sukatan tempoyak, dalam 2-3 batang)
5.Cili padi (ramuan penting ni, tak de tak kick le)
6.Minyak masak (untuk tumis, mama aye tak pakai minyak dia pakai ayo je, jaga kesihatan!)
7.Air (untuk bancuh tempoyak)
8.Serbuk kunyit (dapat kunyit idup lagi besh, tapi aye tak de, kunyit mati pon bole)
9.Garam (secukup rasa, kalo tak nak cukup pon ikut suke)

Cara-Cara


Mula-mula basuh semua bahan (ni korang tahu kan eheh)

Tumbuk pecah-pecahkan ikan bilis,cili padi dan serai
Goreng dgn minyak masak, di mulai dengan ikan bilis, sampe naik bau, pas tu, masukkan serai  dan cili padi tadi, udoh betambah naik baunya; masukkan bancuhan tempoyak bersama serbuk kunyit (nak bubuh kunyit kendian pon boleh)
Lepas sebati di dalam kuali atau periuk anda, masukan bawang besor yang di potong bulat atau yang potong ikut suka kome tadi...bior le masak sampe naik minyak...
last sekali bubuh le garam....
Hidangkan besama nasi putih panaih dan ulam mentimun...daun salad pon sodap...












Yummiii...
Dah nama pon org perok, pepagi makan tempoyok pon idak ape...