Saturday, May 29, 2004

Bunga-bunga keinsafan dan kemaafan

Baru aku perasan, bahawasanya menulis BLOG ini seumpama menelanjangkan akal, budi, perinsip malah diri juga. Kenapa? sebabnya apabila kita menulis kita menulis dengan perasaan. Jika kita menulis kala kita gembira maka bahasa yang kita guna adalah yang ceria-ceria saja. Jika kita sedang marah maka keluarlah ayat-ayat yang kurang manis dan enak, ketika murung dan bersedih pula maka tercalitlah bait-bait keharuan disulam irama pilu dan mendayu.
Bagi orang yang membacanya sedikit sebanyak akan mengenal karekter kita melaluia apa yang kita tulis.
Aku sebenarnya cuba memberi amaran kepada diriku sendiri supaya tidak terlajak perahu yang mana akan menyusahkan aku untuk menariknya semula.
Semalam aku menulis dengan marah. Hari ini aku ingin padamkan marah itu kerana orang yang aku marah itu mungkin sudah sedar akan keterlajakannya kerana aku lihat dia berwajah sedih mungkin kerana penangan ke'lesar'an mulutku, jadi aku juga harus insaf dan memaafkan dia. Maka untuk aku memadamkan terus marahku pada nya aku harus padamkan entry ku semalam!
Kepada mereka-mereka yang pernah aku marah dalam blog ini, dan entrynya aku belum padam itu bermakna mereka belum meminta maaf dengan aku!

No comments: