Friday, June 11, 2004

Petang ini indah!

Mentari kian suram di hambat sore yang redup
aku masih dikantor ini,
meneliti blog handai dan taulan
bukan aku tidak boleh balik,
bila-bila saja aku boleh balik
tapi aku sengaja menhambat janji Deen,
bahawa setiap kali dia berkerja pagi,
maka pulang petang dia akan mengmbil aku di sini
tapi sehingga jam ini dia belum menjemput ku.
oh dia lewat kerana managernya meeting
supervisor lagi sorang cuti kecemasan,
seperti biasa Deen akan jadi galang gantinya.
Deen menelefon resah kerana managernya belum pulang meeting
dia suruh aku pulang dulu, aku kata tak mahu
sebenarnya aku bukan mengada nak boncing motor dia
sebenarnya aku telah berjanji dengan seorang insan baik hati
yang hendak menyewakan rumahnya kepada kami
aku perlu melihat rumah itu hari ini
kerana tuan rumahnya sudah hendak pindah besok
segalanya hendak konfirm hari ini.
Aku mesti tunggu Deen disini!
Ya Allah mudahkanlah urusan kami

No comments: