Wednesday, July 21, 2004

Ramainya nak jadi penyanyi
 
Termasuklah angah! tapi angah idak le nak masuk bertanding la ni, sebab cita-cita nak jadi penyanyi ni dah lama berlalu. Seingat angah sejak pandai menghafal lagu dalam darjah 3 gitu, kalu cikgu tanya cita-cita nak jadi apa jawapannya memang 'penyanyi' he he he maklumlah anak penyanyi. upss... abah angah dulu ikut band nyanyi kat rumah org. kawen, mana nak tumpahnya kuah ye tak,  angah jadi penyanyi at pentas sekolah, lagu feberet dah tentu lagu-lagu  fransisca peter penyanyi yang paling glemer ketika itu.
 
Sebenornya bukan le nak citer pasal cita-cita yang tak jadi nyata ni, saja je nak menghangatkan suasana, almaklum le,  la ni banyak sangat pertandingan nyanyian, semua nak jadi penyanyi, budak kecik pon nak jadi penyanyi. Dalam banyak-banyak tu Malaysian Idol (MI) je yang angah suka, sebab peserta dia memang power, kalu setakat suara macam Mas AF2 tu, rasenya peringkat ujibakat lagi dah kena tendang. He he he peminat-peminat AF jgn marah ek...

No comments: