Tuesday, November 15, 2005

Aidilfitri Ini (II)

Suami,
tak senang perut pergi bekerja
sekeliling rumah senyap sunyi
tak ada bunyi dimalam aidilfitri
esoknya, seusai jemaah raya
dihantarnya angah ke pudu raya
balik lah wahai isteri
dirumah sini tak ada orang
abang pula yang tak senang hati bekerja
sehingga lanjut usia malam
bimbang tetamu yang tak di undang
yeyeyehhhhh yeyehhh
akhirnya angah beraya juga dikampung pada 1 syawal

mak,
tersenyum sungguh comel
sambut angah di stesen bas kuala kangsar
apa tak nya,
ada teman nak 'begonjing' didapur
almaklum le adik-adik melawa layan rakan taulan
manakan mahu duduk didapur
angah dan mak lah yang tak kering tangan

adik-adik,
baru terasa raya,
ye lah kalau tak cukup sorang
rasa tak berseri pula
ke sana-sini bertiga
memang bes lah w/pun tak de duit raya
ye ke gitu...

raya ke 3,
bongsu balik ke upsi
isnin dah mula peperiksaan
angah juga balik ke kl
jumpa suami pujaan
esoknya baru suami cuti
pagi raya ke 4 gerak ke rumah mertua
disambut linang air mata
maklumlah orang tua...

petang raya ke 6,
sampai semula kerumah mak angah
bawak menantu mak balik
haiii...susahnya mak nak jumpa menantu dia
dah jumpa tu pakat pi semua rumah sedara mara
ramai yang tak pernah jumpa suami angah itu
angah memang nak sorok suami....kata deme...

mak-mak sedara
opah-opah sedara
lama tidak bersua
baru nak berkenal mesra
anak cucu menantu

horeyyyy raya kali ni memang bes......

No comments: