Monday, September 20, 2010

RaYa@2010

Salam...semua, ari ni opis dah meriah seperti sediakala. Dah habis dah kisah beraya di kampung halaman semua kembali menggalas tanggunjawab mencari rezeki. Ramai yang berpuasa sunat, alhamdulillah semoga syawal memberikan seribu rahmat kepada kita.

~~~~~~~~~~~~~

Lima ari balilk kampung rasa tak cukup! berebut rumah sape nak lebih... hahaha tiap-tiap kali balik cam tu la...
Raya kali ni penat bebenor rasenye..sebab memang berjalan sakan, kat umah cuma mandi, salin baju dan tido je selebihnya beraya ke sana ke mari, baik sebelah mentua baik sebelah angah...sian sang kancil che din kena lanyak...

macam banyak benda nak story...huhuhu tengok gambor je lah!


Hari pertama di kampung angah

With Che Din, Abah & Mama

Che Na & Che Eja



Raya kali agak mewah sebab adik-adik semua dah bekerja, alhamdulillah rezeki Allah beri. Mekacih Che Eja sebab sponser selai baju raya utk angah dan selai t-shirt utk che din. Mekacih Che Na kerana sponser kuih-kuih raya dan duit raya utk bebudak kampung, semoga Allah memurahkan rezeki korang..

"kat umah mentua tak sempat nak amik gambor ramei-ramei sebab tetamu datang tak berenti dan kami pun berjalan tak berenti :)"

~~~~~~~~~~~~~~

Dalam beraya tu sempat jugak mengambil angin petang di Teluk Batik pada raya ke-5 (more picture nanti angah uplod kat FB)


Memula tu nak mandi, tapi pantai dan airnye tak berapa bersih ermmm bersantai aje le, sambil makan nasik minyak yang mama bekalkan

Sebaik dapat berteduh di wakaf ni, si meow ni pon datang...bukan main gemuk lagi , manja plak tu. kami ingat nak bawak balik je sebab tukang sapu kat situ kata meow ni tak de tuan, tapi mama  tak kasi, takut bergaduh ngan si Jemay kat umah katanya :D


Hari raya ke-6 angah dah balik KL, sambil lalu  singgah la jugak kat umah sedara mara mana yang sempat

Sekian...habis dah kesah beraya di kampung...:)

No comments: