Wednesday, March 02, 2011

Menyorok, Tersorok Atau Disorok?

Apahal la pulak...benda yang hari-hari duk pegang duk bukak duk simpan, tetiba pada satu masa hilang! jenuh cari tapi tak jumpa.

Pernahkah tuan/puan mengalaminya?

Ni la yang jadi kat angah semalam kat opis, sampai naik rungsing, naik pening macam rasa nak muntah!

Al-kisahnya, fail yang hari-hari angah duk kemaskini hilang dari pandangan. Tak kurang 4 ke 5 kali kirai kabinet, haram tak jumpa! Kabinet lain yang tak berkenaan pun habis kena kirai, idok jumpa jugak.

Aduhhh...mula hati ini mengesyaki macam-macam, ada org lain ambik la, ada org nak sabotaj la, tak pasai-pasai  buat dosa je mengesyaki yg bukan-bukan.

Teringat kata orang-orang tua, kalau kita mencari sesuatu tapi tak jumpa, tinggalkan dulu, buat la kerja lain dulu, buatlah apa-apa yang lain selain mengingatkan benda yg tak dijumpai tu. So angah pun rilek-rilek dulu...

Nak jadi cerita budak Ida,yang memang rajin interframe dlm mana-mana wayang kat opis ni baik hati nak tolong cari...angah kata kalo ko jumpa memang la ko terer. Berpeluh juga la ketiak  dia memunggah kabinet huhuhuhu...

Akhirnya! memang la budak Ida ni boleh jadi superhero, JUMPA fail tu! padahal angah dah cari dah kat tempat yang sama!huhhuhuuu...terpaksa la angah menadah telinga mendengar dia berkata-kata dengan RIAKnye sebab jumpa fail tu ....adoiiila..

Amik ko angah! kan dah berdosa mengesyaki yang bukan-bukan! Ampun, ampun, ampun...

Yang baju hijau ni la budak tu! hihihi... apapun tocei Ida!

6 comments:

zino said...

hantu mak limah surok kot hehe

Angah said...

hahaha memang lah hantu kak limah ni, pandai pulak dia menyakat org senegeri dia ni..

~ Cik Azz ~ said...

Mau bepeloh ketiak tu dok mencari... ya tak...? Hahaha..

Mujur ada org yg rajin nak tolong carikan..

Angah said...

cik azz, memang berpeluh! peluh penat cari, satu hal, berpeluh takut satu hal...

Zareda Norman said...

kena banjer makan tu.. saya pun nama Ida jugak tau.. ahhahha

Angah said...

aduiii...ida jugak...kikiki mai la aye banje eskrem