Tuesday, May 07, 2013

DUN Manong - Selesai Memilih


Alhamdulillah
Selesai sudah tanggungjawab kepada agama bangsa dan Negara. Dengan izin Allah, siapa yang patut menang sudahpun menang, yang kalah sila redha dengan ketentuan.

Rupa-rupanya balik kampung untuk mengundi lebih meriah dari balik untuk raya, percaya tak? Hihi meriah sebab dapat berkumpul bersama-sama sanak saudara dan ada jumpa rakan-rakan sekolah yang satu pusat mengundi.  Kalo beraya kena ziarah dari rumah ke rumah, tapi bila mengundi ni kita berjumpa di satu tempat beramai-ramai…fuhhh havock..mungkin ada yang ambil kesempatan untuk reunion sesama rakan taulan ye tak.



Punyalah semangat nak mengundi, angah and the gang adik-beradik dan sepupu sepapat merupakan pengundi terawal yang datang.  Itu pun dah panjang rakyat jelata yang berbaris, nasib baik pengundi dibahagi kepada tiga lorong mengikut kategori umur, kami satu gang ni mengundi dilorong 3, lorong orang muda katanye…tak sampai 5 minit dah selesai mengundi.


Di bawah nii lorong 2 untuk pengundi lingkungan usia 40 an - 50 an, yang gelak tu Mak Teh angah,  adik Mama.



Di bawah ni pula lorong 1,  untuk warga emas lingkungan usia 60an++ termasuk mama angah yang bertudung biru. eh eh..dah warga emas dah mama angah  ni...


Masih bersemangat walaupun berkerusi roda


Pusat mengundi ni adalah sekolah rendah angah…so bila berjalan-jalan dalam kawasan sekolah ni mula teringat-ingat....sempatlah bernostalgia….


Ok, ini sajalah cerita PRU 13 dari DUN Manong, panjang umur kita jumpa lagi 5 tahun....


Wassalam

* kelihatannya konsep 1 Malaysia bagai tiada berfungsi, result PRU 13 sah menunjukkan 'aku undi kaum aku - kau undi kaum kau'



3 comments:

Ujie said...

Saluran saya paling panjang...lebih 40 minit Q. Kali ni ramai org muda turun ngundi.

Saya tak jumpa kwn lama, sbb dulu sekolah tmpt lain. Tapi meriah gak sbb borak dgn pengundi2 lain..melayu...cina.

~ Cik Azz ~ said...

Tempat akak ada 5 saluran.. Mengundi sampai pukul 2 petang je sebab takut hujan waktu petang tu nanti peti undi susah nak bawak keluar..

Akak pergi dalam pukul 10 lebih.. Beratur sekejap je.. Jumpa la dua tiga orang kawan yang jaga kat kawasan mengundi tu.. Takde nak borak2 pun, just salam je pastu balik.. Masing2 ada hal..

Kakzakie said...

Kakak mengundi di kampung juga tapi tak jumpa kawan sebab kakak mengundi dah lewat benar sebab hantar anak kakak balik asrama dulu. Tapi bagus pergi lewat tak perlu Q terus masuk..