Monday, June 10, 2013

Cameron Highland...lagi

Assalamualikum kawan-kawan...

Mari berkongsi keceriaan ketika angah pergi ke Cameron Highland (CH), pada cuti sekolah yang  baru lalu...
Cak! macam biasa kami pergi gamble je, tanpa perancangan awal. Dalam perjalanan pergi baru sebok call no. telefon hotel. Kalau dah walk in cenggini, memang le banyak penginapan dah penuh. Tapi angah bernasib baik dapat juga sebuah apartment 3 bilik yang masih kosong di Berinchang. Dah dapat penginapan , call adik-beradik di kampung, ajak dorang joint.



Sementara tunggu orang kampun sampai, kami berdua melawat Taman Lavender...Asyik Sekali Melihat Keindahan Bunga-bungaan di Sini


Ermm..Sedondon Pulak Dengan Bunga-Bunga...





Akhirnya, Adik, Abah dan Mama Saje Yang Free...Che Na dan Hubbynye Ada Urusan Di Tempat Lain, Begitu Juga Dengan Abang dan Adik Lelaki angah

Diaorang Sampai je, Terus Bawak Pergi Ke Penginapan, Jenuh Nak Sampai, Jammed.

Bilik Selesa Dan Luas...

Aduh...Patut  la Jem, Lupa Aih... Cuti Sekolah...Jalan Sesak Memanjang...

Kami Lepak Je Kat Apartment Hingga Ke Maghrib. Cadangnya Bila Jalan Clear Sikit, Kami Nak Meneroka Pasar Malam Brinchang. 

Dalam Jam 8.30 Malam  Kami Pun Turun Dari Apartment, Berkobar-Kobar Nak Gi Pasar Malam. Tapi Akhirnya Kami 'Berkelah' Dalam Kereta je....Langsung Tak bergerak, Punyala Jammed..Masya'allah. Ermm...Patah Balik ke Aparment, Lepak Depan TV Je La

Pagi Esoknya, Awal-Awal Lagi Dah Turun Dari Apartment....

First Time Gi CH Dengan Abah Dan Mama

Happy Time...Shopping!

Abah Dan Mama..Sebok Cari Cenderahati Untuk Kaum Kerabat di Kampung

Huhu..Mesti Cari Ni


 Cuci Mata...


Haha..Sampai Melopong Mulut Adik...Rambang Matala Tu...

Dah Shopping...Jom Balik. Abah dan Mama Ada Kenduri Kahwin Yang Perlu Dihadiri Di Kampung, Dalam Jam 9.30 am Diaorang Kena Beransur Pulang..



Di hadapan Hotel Penginapan

Lepas Shopping, Kami Berpisah Untuk Kembali ke Destinasi Masing-Masing.  Adik, Mama Dan Abah, Balik Ikut Simpang Pulai, Angah dan Che Din, balik Ke KL ikut Tapah

Angah Dan Che Din Sempat Singgah Merata-Rata Tempat Yang Menarik, Di Sepanjang Jalan Ketika Balik tu..


Ladang Teh...Tempat Yang Harus Dilewati Kalau Ke CH

Saujana mata memandang


Gitu La Ceritanya....Sampai Jumpa Lagi..Insyaallah

16 comments:

Kakzakie said...

Angah tak beli pokok bunga ke? Subur dan geram tengok pokok bunga di sana kan..

Acik Erna said...

assalam angah..tu la yang acik tak mau naik ke CH kalau cuti sekolah..tak sanggup menghadapi jalan 'jem' tu

Ujie said...

maksudnya kena ngulang pegi lagi tu...pegi time luar cuti sekolah pulak. Baru tak jem.

Sopie Ibrahim said...

best...jagung besa2 kt sana kan

~ Cik Azz ~ said...

Pergi lagi...?

Akak jugak yang dah lama tak pergi.. Punya la malas nak keluar rumah padahal jalan nak ke sana tu cuma kat belakang rumah je.. hehehe..

Angah said...

kakzakie, a'ah pokok bunmga cantik-cantik je, tapi angah bukan peminat, jadi tak beli lah

Acik, wa'alikumusalam ...hihihi dah tersampai sana...redah aje le

Ujie, susah la nka pi time tak cuti sekolah, sebab siblings kebanyakan nye che'gu...kui kui kui

Sopie, a'ah, angah sempat makan jagung bakar, tapi harga dia setongkol pun boleh terbakor poket kikiki

Kak Azz, alaaa...angah memang suka gi CH, nti mungkin nak pergi lagiiii

Zareda Norman said...

Love Cameron highlands. Apartment kat mana tu ye.. nampak selesa

rATu kEBaYA said...

best nyer ke cameron... akak ni tinggin nak g ladang teh tu.. hari tu pergi tak sempat singgah.. ruginyer rasa.

Masni Syafie said...

Love Cameron Highland =) like

nak pegi lagi...nice pic =) like jgk

Masni Syafie said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Angah said...

Kak Zar, apartment betul-betul ka area check point org bershoping, dlm kawasan berinchang

Ratu, nti pegi la lagi...best tau

Masni...tq

Rinna said...

Bestnyaa Angah.. Lama betul akak tak ke CH.. :)

Khai♥Rin : anies said...

insya allah bln depan akn ke sini...aminnnnnnnn

tenku butang said...

patung lavender tu menarik perhatiann.. kat mana tu yea? hari tu pergi x jumpa pun.. tahun lepas teman gi..

follower ke 73

done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Angah said...

Kak Rinna, pergi la ramai-ramai pasti best

Khairin, selamat melancong ke CH :D

Tenku Butang, patung comel tu terdapat di Lavender Garden, kalau naik CH ikut Simpang Pulai, you akan jumpa Garden ni dahalu sebelum Pekan Berinchang

Madam Lala said...

lamaaaaaanya tak jejak CH...!