Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum kawan-kawan

Berlalu lagi setahun
Apa yang tercatat sebagai takdir diri, terima sewajarnya - sementelah kita ini cuma hamba
Yang berlalu biar berlalu, jadikan iktibar untuk kehidupan yang nyaman di masa akan datang
Hijrah, Ke arah yang lebih elok
Hijrah, Kepada yang lebih molek
Hijrah, Menuju yang lebih baik

Permulaan sebuah perubahan
Cermin diri, yang baik diteruskan, yang buruk tinggalkanlah
Dacing peribadi, yang buruk buat kau jatuh, yang baik buat kau tegap meniti – imbangkan
Imbuhan hati, baik akan buat kau tenang, busuk akan buat kau murung – sucikannya
Hijrah, satu kemunian
Hijrah, menuju kecemerlangan
Hijrah, penentu kebahagiaan


Salam Maal Hijrah 
adinaduana/13.10.2015/29 Zulhijjah 1436

6 comments:

Bunda_nora said...

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Angah...

Kakzakie said...

Banyak hijrah yg boleh dilakukan tidak perlu ditunggu tibanya maal hijrah kan Angah.
Salam 2nd maal hijrah dari kakak.

Khai♥Rin : anies said...

KULLU 'AMIN WA ANTUM BI KHAIR SLM HIJRAH 1437

Hanis Azla said...

As-salam angah..

Salam Maal Hijrah.. semoga tahun2 yang mendatang lebih baik dari yang sebelumnya.. Semoga segala yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNYA.. InsyaALLAH :)

Nooriah Abdullah said...

singgah ptg angah
salam maal hijrah dri kaknoor

Nooriah Abdullah said...

salam 9 muharam Angah