Friday, June 23, 2017

Dibasahi


Basah
ditimpa hujan
aspal dingin
menyejukkan kaki-kaki perjalanan

Basah
kaki-kaki yang kerdil
mencari arah
dalam simpang siur
kesuraman
mengharap bertemu
selorong cahaya
dengan penuh harapan

Basah
membilas sang tandus
segarkan yang layu
uraikan yang terbeku
temali hati bersatu
dalam kasih yang berpadu
diiring doa restu


......adinaduana/23.6.2017

(terilham sewaktu bermotosikal dalam hujan pergi kerja pagi ini)

4 comments:

tiga lalat said...

kalo ujan basah trek susah nak drift., hehe2

selamat hariraya angah tuu., maaf zahir batin ;p

Angah said...

aipp...hati hati jgn drift sangat

Cik Azz said...

Selamat hari raya Angah.
Maaf zahir batin.

Sekarang ni memang musim hujan kot. Kat tempat akak ni selang sehari hujan.

dear anies said...

sekarang kejap hujan kejap panas...