Monday, July 17, 2017

Raya 2017

Salam Syawal ke 23

Amboi amboiii.....terlewat benor hendak bercerita pasal hari raya Angah tahun ni.

Ok la tu daripada tiada baikla citer jugak...

Raya Angah macam biasa je...segalanya macam biasa

Biasa-biasa sahaja.


Raya Pertama:

Pulang ke desanya bersendiri, menaiki ETS seperti kelaziman (harga tiket naek eh??)
Raya pertama hanya bertiga bersama abah dan mama. Semua adik beradik lain beraya di halaman mertua...

Raya Kedua:

Kedua-dua adik perempuan sudah pulang...barulah meriah... bff dah berkumpul...langsung agendanya pulang ke Kampung Halaman abah di mukim Senggang.

Ternyata benarlah, menyulam silaturahim itu dijanjikan nikmat yang terindah...happy bila dapat jumpa saudara mara. Semoga ukhuwah akan bertemali sehingga ke akhir usia walaupun lapis lapis yang tua semakin berkurang, kerana sudah dijemput Illahi.



Zara...seronok ye jalan-jalan di kampung atuk...





Raya Ketiga:

The big reunion keluarga moyang di sebelah mama...
Moyang lelaki Angah ada 4 beradik, jadilah berkumpullah kami di Mini Arena Manong








Tapi jujurnya Angah rasa tujuannya kurang tercapai.
Apabila berkumpul, Ramai yang mencari, bertegura sapa, memeluk cium di kalangan keluarga 'semoyang' sahaja....ye lah, sebab lapis cicit ni, memang tak berapa  kenal dengan dengan keluarga adik beradik moyang yang lain. 

Mungkin kita kena plan acara yang lebih merapatkan perkenalan, mungkin berbentuk acara sukeneka ke...dsb


Raya Keempat:

Di rumah sahaja, melayan tetamu, masih ramai saudara mara yang datang bertandang. Jam 1 petang  Angah bersiap-siap mahu pulang ke KL dengan ETS jam 2.40pm  (terasa lamanya meninggalkan Che Din :P)

So, Che Din tak beraya ke?...ish...raya le..

5.7.2017 bersamaan Syawal ke 9....baru le Che Din dapat cuti... pulang semula ke desa berrsama suami terchenta... kira 2 kalilah Angah beraya...


Mari sambung raya....

alhamdulillah, kami 5 beradik dapat berkumpul di rumah adik lelaki Angah si Yang Eiz, di Ipoh.


 Yang Eiz @ PakLang...rambut pun dah tak de..





Syawal ke 11

Baru lah pulang ke rumah Ibu Mertua ku. 



 Pusing keliling kampung...


 Bawak cucu sedara mandi manda di Bukit Merah

 Tapi Angah split, kerana teringin hendak ke Pulau Orang Utan...best gak naek bot..






Begitu lah raya Angah tahun ini....

Puas beraya!

Alhamdulillah. Syukur nikmat diberi Illahi.



2 comments:

aryan azra said...

salam syawal..selagi masih syawal masih boleh cerita pasal raya kan, saya pun masih banyak cerita raya ni.

salam perkenalan, saya follow sini, tq sudi singgah blog saya

tiga lalat said...

meriahnyer moyang cucu cicit semua kannns., ;p