Friday, June 12, 2020

Soalan yang tiada jawapan

Kelmarin dolu..(ini kisah Disember 2019 daaa...)
 
Seketul budak bertaraf cucu saudara sebelah Che Din, berusia sembian tahun bertanyakan tentang anak kami...
Beberapa tahun sebelum ini, anak buah Angah sendiri juga ada bertanya akan hal yang sama, dia juga di bawah usia sepuluh tahun. Lagi parah, awal tahun ini anak buah Angah berumur tak sampai.empat tahun.juga pernah bertanya perihal sama....aduhh pening, uphamol pun tak buat kebah ni   .

Situasi kelmarin;
Si cucu suadara ini, menonton tv bersama Angah, Toksu dia (Che Din)  dan Moyang dia (mak Che Din) sambil sembang sembang segala hal termasuk kisah kucing2 yang Angah bela (Geumbi dan tiga ekor anaknya)

Tiba tiba "mana anak toksu...?"
.....Glurp...kelat air liur yang ditelan!
"Ada.." kata Toksunya
"Ada berapa"
"Dua"
"Mana, tak pernah tengok pun..?"
" tu, si Geumbi dengan anak dia"
Ketawa si cucu..."main main la Toksu ni...

Ya, kawan kawan semua, jika lima ke sepuluh tahun dahulu, sudah jenuh kami menjawab soalan orang dewasa. Selepas berbelas  tahun anak anak kecil pula yang kami perlu berhadapan, dan situasinya ternyata lebih sulit untuk memahamkan mereka dengan cara yang berhemah .

Sulit

Ada sesiapa boleh bantu?
Kirimkan solution anda...cehhh..gitew sekali mintak bantuan
 
 
Jumpa lagi!

4 comments:

Aryan azra said...

Orang-orang yang hebat diuji dengan ujian yang hebat, inshaaAllah segalanya ada hikmahNya kan

Unknown said...

Kadang2 dengan budak2 ni kita kena jujur bagaitau. Supaya besar nanti diaorang lebih peka dan sensitif dengan perkara2 macam ni.

Diaorang dah patut diajar untuk memahami keadaan.

Orang tua2 sekarang masa kecik dulu diaorang diajar supaya " .. tak payah ambik tahu. Tu hal orang dewasa..awak kecik lagi."

Sebab tu bila dah tua suka hati je nak tanya bila nak mengandung, bila nak beranak, bila nak tambah anak..

Ujie Othman said...

Angah, saya pun pernah dapat soalan yang sama daripada dua orang anak saudara kecil (perempuan).

Yang seorang, belum sempat saya menjawabnya...dua abangnya (yang bersekolah rendah & menengah) cepat2 menekup mulut si adik. Terharu pulak rasa..abang2nya memarahi si adik. Saya kata..takpe, jgn marah dia.

Yang seorang lagi (anak saudara lain, di rumah lain) berbisik soalan sama kepada saya. Saya katakan padanya...bukan semua orang ada anak. Bergantung kepada rezeki daripada Allah. Dia diam..saya pun tak pasti dia paham atau tidak. Yang pasti..saya jawab yang betul supaya dia tak keliru.

anak kecil mindanya penuh pertanyaan, kita perlu isi jawapan terbaik.

Angah said...

Diana...susah, sebab yang tua pun asik nak menanya hal sama je..

Ujie..kekadang lucu, tapi terguris juga bila perlu melalui detik2 awkward begini..