2020
Assalamualaikum semua...
Kurang dari 12 jam lagi maka berakhirlah tahun 2020. Terasa baharu semalam kelam kabut kesibukan meledani Disember 2019; pejam celik pejam celik, tup tup Disember 2020 juga hampir berakhir hari ini.
Begitulah masa, dengan tajam memancung detik hidup kita.
Selamat tinggal 2020, tahun dicanang dan mula disebut-sebut sejak 29 tahun lalu; dengan jenama 'Wawasan 2020' yang membuat semua makhluk di Malaysia ketika itu teruja menggambarkan segala macam kemajuan dan kecanggihan di alam ini.
Pun, ketentuan Yang Esa mengatasi segalanya...2020 berlalu dengan penuh pencaroba yang tak terduga dan mewarnai jagat dengan rona kesuraman.
Selamat datang 2021,
masih meminta agar kau berbaik-baik dengan aku.
Buat semua,
Selamat meneruskan kehidupan
selagi hayat dikandung badan.
5 comments:
thn 2020 akan di kenang kerana negara dilanda corona virus..smoga thn baru 2021 akan lebih baik dan dipermudahkan segala urusan...aamiin
Happy new year.. semoga 2021 yang baik baik aje :)
Selamat tahun baru 2021 Angah.
Moga tahun ini dan tahun seterusnya kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
.
Tahun 2020 tahun duka buat akak dan keluarga kerana kehilangan Bonda tercinta. Sedihnya masih lagi terasa hingga sekarang.
Mama tisya..aaminnn..tq
Nardthenerd, salam kenal, aaminn..
Kak Azz...miss you, Takziah buat akak dan keluarga..
angah sihat ke tu? mana entry baru?😊
Post a Comment