Wednesday, March 20, 2013

Oh Kasihan!

Assalamualikum....lama tak bersiaran. Apa kabor? Harap semua sihat-sihat hendaknya. Huhu..tiba-tiba rasa rindu nak mencoret rasa dalam blog terchenta ni...ahaiii la.. angah hoi..



Hujung minggu ni stat cuti sekolah kan? walaweiii seronoknya....angah akan bercuti di kampung halaman sepanjang minggu cuti sekolah itu....'amboiii...macamla dia ada anak yang nak dibawak berjalan...'..SEE? angah nak bercuti time cuti sekolah pun orang kaitkan dengan anak..sedey!

Tak ape la, tak koser nak kecik hati dah, angah senyum je....tapi tu la, senyum pun hati terguris jugak.

Angah selalu fikir bahawa angah ni seorang yang kurang bernasih baik berkait bab-bab zuriat ni
Angah selalu rasa tension
Angah selalu rasa marah, geram, benci, fedup, meluat, dan lain-lain rasa  yang seangkatan dengannya

Boleh mental tau kalo asik memikirkan kata-kata orang, bayangkan dah 10 tahun kawen ni, orang masih Tanya – dah cek kat hospital ke, ada apa-apa masalah ke? Adoiiiii dah 10 tahun kot…takkan angah tak usaha pulak


Angah pernah tak nak balik kampung tau? Sebab tak nak terserempak dgn org-org keliling. Malu, Malas, boring  ah.. macam-macam rasa lah. Makna kata angah saja lah yang bermasalah!

Tapi angah selfish! 
Hanya fikir perasaan sendiri. Seketika bagai tersentak dari lamunan, tatkala bayangan wajah mama dan abah muncul  angah terkedu, lalu hati jadi luluh bila memikirkan apa yang angah rasa mereka juga merasakannya, apa yang angah alami , mereka turut mengalamainya, mungkin mereka juga sudah penat sepertimana angah penat

mungkin mama ngan abah lagi penat, sebab mereka tinggal di kampung, mungkin hari-hari mereka akan bertembung dengan orang-orang keliling yang sangat 'ramah' tamah dan suka mengambil 'berat' hal-hal tepi kain orang....

Sebagai anak tentu angah mahu mereka cool bila terjebak dengan pertanyaan tentang ‘cucu’ dari anak mereka yang dipanggil angah ini. Angah harap mereka kebal telinga, hati dan jiwa raga

Mulai hari ini angah perlu cool, tenang, bijaksana dan berhemah, supaya mama n abah  fikir angah adalah anak  yang kuat dan berperibadi tinggi. Supaya mereka tenang dan tidak merasa sedih memikirkan nasib angah, supaya mereka tidak bimbang angah akan bertutur dalam nada kasar ketika menepis hal-hal berkaitan zuriat. 

Oh maafkan angah wahai mama n abah, kerana angah mama n abah pula kena menanggung beban perasaan. Kasihan!

Sungguh! Angah simpati dangan mama dan abah!

Wassalam.

11 comments:

Ujie said...

kan? dah lama kawin mestilah kita dah berusaha mcm2. tak payahla tanya dah pegi check, dah mkn biodex dll tu. tak sesuai dah.

apapun, teruskan usaha dan kuatkan hati ya Angah. Bukan semua pasangan ditakdirkan ada zuriat. Itu kena terima. Enjoy hidup kita apa adanya...

*disebabkan cool, ada yg kata saya mmg tak nak anak..tak suka budak. agaknya nak saya nangis hari2 baru puas ati.

Hariah Ahmad said...

sabar kak.
suara2 sumbang ni memang kekadang buat kita bengang & rendah diri..
biarkan diorg.. janji kita anak beranak hepy udah le..

p/s: kak, diorg sengal..abaikan. ngeh2.. :)

Angah said...

Ujie, harus gamaknya dorang ni suka tgk kita sedih, macam satu kejayaan buat mereka kalo kita ni berduka...adui...apa punya orang daaaa

Hariah, akak dah 10 tahun kawen ni, kira dah puas bersabor dah dik...

~ Cik Azz ~ said...

Akakpun ada gak sorang kawan yg macam Angah ni.. Diapun dah lama kawen tapi takde anak jugak...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tau..

Akak doakan moga suatu hari nanti, Angah akan beroleh jugak zuriat sendiri.. Amin...

Angah said...

Kak Azz, terima kasih banyak-banyak kak....amin....

dela said...

sabar ye... pedulikan kata2 orang... janji kita bahgia!

Zareda Norman said...

Angah

Berbsnyak doa
Mintak dikuatkan iman
Mintakdiberikan rezeki
Mintak sejahtera dunia akhirat
Minta dilapangkan segala kesulItan

Insyaallah Allah Maha Mendengar.. :-)

secangkir madu merah said...

Sabarlah wahai angah.. belum ada rezeki lagi tu.. jgn jemu berdoa ya..

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Assalamualaikum...

Allah tidak akan menurunkan sesuatu musibah / ujian itu jika tidak setanding dengan kemampuan hambanya. Pasti ada hikmahnya. Pasti kita mampu tanganinya.

Ingatkah lagi pada kisah Nabi Zakaria yang tidak dikurniakan zuriat ? dan akhirnya dengan berkat kesabaran dan yakin kepada Allah. akhirnya Allah kurniakan baginda seorang putera yang bernama Yahya.. rujuk surah : Al - Anbiya ' ayat 89-90.

Manusia itu makhluk yg sentiasa buat silap dan menyakitkan..maafkan mereka kerana tidak mustahil kita juga seperti mereka.

Allah itu Maha Mendengar Maha Penyayang..kita usaha. kita berdoa dan seterusnya tawaqal padaNya..hasilnya
serahkan pada Dia. Dia lebih tahu yg terbaik utk kita hambanya. Yakin dan ikhlaskan padaNya.


Boleh jadi yang kita suka memberikan keburukan yg banyak dan boleh jadi apa yg kita tidak suka memberikan kebaikan yg banyak..

saya mintak maaf, sy xlayak utk berikan nasihat sbb belum
kawin tapi kite sesama wanita insyaAllah saye faham

saituasi yg dialami =)

Angah said...

Terima kasih banyak:
Dela
Kak Zar
Kak Yatie
Nur_Ma

Angah sangat suka bile kawan-kawan kat sini sangat memahami, t/k untuk semua doa kalian...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

xpela angah.. anggap saja mereka tak faham dan doakan mak ayah angah kuat... jika mereka faham, bahawa semua tu Allah yang aturkan, dan sudah tentu apa yang diaturkan oleh Allah itu yang paling hebat, tentu mereka tidak akan sanggup tanya macam tu (^___^) kuat ye angah (^__^)