Friday, May 03, 2013

PRU 13 : Selamat Memangkah Kawan!


Saya Mesti Pilih!



Insyaallah, menjengah subuh esok angah dan che din akan pulang ke kampung halaman menunaikan tanggungjawab terhadap masa hadapan Negara yang kita cintai ini.  Semoga keharmonian dan keamanan Negara terus berpanjangan demi kelangsungan hayat sejahtera di kalangan rakyat jelata….amin..

Tiba-tiba terasa sangat mencintai Negara sendiri ..huhaa…

Ok, angah akan mengundi di DUN Manong dan Parlimen Kuala Kangsar sementara che din akan mengundi di Felda Ijok, Selama.

This is first time for che din and third time for angah. No no…bukan angah tua daripada che din, tapi al-maklum para graduan yang konvo pada tahun 1998 semua tak dibenarkan mengundi pada election tahun 1999..ingat tak? Tak mungkin anda lupa ye tak. 

Kerana frust tak dibenarkan mengundi, makanye election 2004 che din telah memboikot diri sendiri supaya tidak campur dalam urusan undi mengundi. Bagaimanapuan beliau telah insaf dan mahu menunaikan tanggungjawab pada election tahun 2008, tapi takdir menentukan beliau tidak dapat berbuat begitu kerana urusan kerjayanya yang mengekang beliau daripada pulang ke kampung halaman untuk mengundi ketika itu….hanyalah pada tahun ini, insyaallah beliau baru dapat merasa nak mengundi….tahniah che din! pilih jangan tak pilih!

Selamat Mengundi Kawan-Kawan, pesanan ikhlas angah:

kita akan kembali ke akhirat dengan hal-hal dan persoalan agama, jadi pilih lah pemimpin yang tepat - yang berjuang demi agama suci kita ISLAM. Tanam lah saham yang baik untuk kehidupan di akhirat nanti

Oh! sangat penting, jangan lupa bawa kad pengenalan ye....



Selamat Semua!

3 comments:

kasihredha said...

Selamat mgundi angahhhh
Akak pun x Sabar nak memangkah ni

Acik Erna said...

selamat mengundi angah..satu yang kita semua patut ingat kan angah..semua yang terlibat dah berusaha..pengundi dah memilih..dah Allah la penentu segalanya..

Cik Azz said...

^___^

*tak tau nak komen apa..