Monday, July 08, 2013

Selamat Datang Ya Ramadhan

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Mari kita rebut peluang ini!

1) Menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

2) Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

3) Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

4) Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala. 

5) Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

6) Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.

7) Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

8) Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.

9) Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas






#  Buat kawan-kawan yang angah sayangi , selamat menjalani dan menekuni Ibadah di Bulan Ramadhan. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan keimanan yang teguh dalam menempuhi bulan yang mulia ini. Ampun dan Maaf angah pohon dari kawan-kawan semua sekiranya ada mengguris hati kawan-kawan ye...


Wassalam

18 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ingatan buat kakak ni Angah. Mengharap semua yg terbaik di bulan mulia yg akan dtg kan...

dear anies said...

mudah2an ramadan kali ini menjadi milik kita amiinnnn

Acik Erna said...

assalam angah..acik pun sama mohon maaf jika ada komen yang menyinggung perasaan
selamat menjalani ibadah puasa angah

kasihredha said...

selamat bpuasa angahhh

secangkir madu merah said...

Selamat menjalani ibadah puasa juga buat Angah & suami moga2 ramadhan kali ini dapat kita menyempurnakan ibadah dgn lebih tekun dan tawaduk..

Cik Azz said...

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ni Angah.. Maaf jika ada salah silap selama kita kenal kat alam maya ni ya..

Moga Angan dan keluarga sihat seadanya.. Amin..

Ayah Angah apa khabar..? Dah operet dah, kan..? Moga ayah Angah terus sihat..

Bunda_nora said...

salam ramadhan dari bunda, peringatan untuk kita semua...

Rinna said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa utk Angah sekeluarga..

ANIM said...

Salam ramadan angah. Moga ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

Adriannasyaz said...

Salam ramadhan dan salam kenal..

Sya folo blog Angah..klu sdui snggah ke blog sya ya :D

Mazni said...

Selamat berpuasa Kak Ina...raya nanti datang umah eh?

matahati-aishahazhar said...

selamat berpuasa angah..

Ujie Othman said...

Saya pun...mohon maaf jugak ya Angah.

belogkiter said...

Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian

Hanis Azla said...

Salam ramadhan angah..

terima kasih atas perkongsian yang baik ni..

MulutPayau said...

Selamat menjalani ibadah puasa utk Angah dan keluarga..

Abang Karu said...

selamat berpuasa :)

mdmlala said...

selamat berpuasa dear..