Monday, October 07, 2013

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2013


Asalamualaikum.

Meh nak citer sikit pasal kerja angah di UM ni. Selain kerja-kerja hakiki di pejabat, staf sangat digalakkan melakukan kerja-kerja tambahan yang  bertujuan untuk memantapkan KPI tahunan masing-masing.

Salah satu tugas khidmat bakti yang menjadi rebutan staf setiap tahun adalah bertugas di Istiadat Konvokesyen sebagai  Penyambut Tetamu. Angah sejak 13 tahun bekerja di UM ni boleh kata setiap tahun angah akan  bertugas di Majlis ini. Seronok weh…sebab berpeluang masuk ke Dewan Tuanku Canselor yang bukan senang-senang nak masuk tanpa tujuan tertentu.

Yang menrik tentulah kerana Canselor dan Pro Canselor nya adalah datang dari Istana Perak….so tiap-tiap tahun le dapat tengok Sultan dan Raja Muda perak secara live....eheh..





Mantan Ketua Menteri Melaka pun Grad tahun ni...dia grad program Sarjana...tahniah Datuk Seri....

Majlis Santapan DIraja

Pada malam pertama Istiadat Konvokesyen,  menjadi kelaziman UM menganjurkan Majlis Makan Malam yang dipanggil Majlis Santapan Diraja. Merata-rata hotel Di KL ni telah menjadi  port majlis, dan tahun ini di adakah di PJ Hilton.  Maka sekonyong-konyong nya angah join majlis dinner untuk tahun ni…first time ni ..haa kat Majlis tu la angah dapat bergambor dengan Tuanku Zara Salim…



Ada artis nyanyi uollls…HEBAT, sape kenal dia ni?


Ni la penyanyi bernama Najib Hanif…very good performer la dia ni…suara dia ala-ala Tom Jones gitu





Istiadat Konvokesyen tahun ni bermula 30 September hingga 4 Oktober 2013…tapi angah memilih untuk bertugas selama 2 hari sahaja, tak larat berdiri la, lutut dah longgar, kalo 10 tahun dulu,seminggu istiadat, seminggu la angah bertugas…semangat gitu..


ok jumpa lagi...

8 comments:

Acik Erna said...

seronok ye angah..dapat tengok dan dapat bergambar lagi

Rinna said...

Caiyok laa Angah.. tahun depan boleh jadi lagi ekk.. :)

Khai♥Rin : anies said...

knapa x ajk sy skali? nk gak menyempel ;-)

Kakzakie said...

Oh... itulah sebabnya dapat bergambar dgn Tunku Zara hari itu ye:)

Ujie said...

Penyanyi tu tak pernah tau pulak saya.

Seronok nampaknya tugas Angah ni..

ANIM said...

beruntungle angah...
kak ni tunggu anak masuk UM le ya baru dapat masuk.
adik dan kakak konvo UM, kak tunggu luar je..huhu..

eira eixora said...

Angah keje UM ke? saya belajar kat UM. kalau2 terserempak tu leh tegur2. takut2 saya tak cam

Angah said...

Acik, seronok le uge...hihi

Kak Rinna, insyaallah kalo sihat tubuh badan

Khairin, hihi tahun depan la kot

kakzakie, ya benar...

Ujie, angah kenai Najib Hanif ni dgn lagu raya dia je, yg ada lirik "abang pulang, abang pulang, riuh rendah di halaman..."

Anim, insyaallah, kalo ada anak grad UM nti merasa la akak masuk DTC

Eira....studi kat fakulti mana?