Saturday, April 12, 2014

Apa Khabar Hujan?

Apa khabar hujan?
setelah sekian lama tidak bersua 
aku gembira
kita bisa bertemu lagi
bersatu dalam syukur dan tawa ria

Apa khabar hujan?
harap berita gembira yang kau bawa
setelah puas aku berduka
kering kontang di dalam dada
nyahkan segala hiba

Apa khabar hujan?
tempiasilah hati yang rindu ini
dengan titis-titis mendingin jiwa
sejuk dan basahmu membugar raga
bersama kita merentas nestapa

Apa khabar hujan?
tak puas-puas aku bertanya
kerana lamanya tidak bersua
kerana lamanya rindu ini berkelana

                             .............adinaduana/bersuahujan/12042014.......

7 comments:

zino said...

Wahai hujan turun juga di kawasan tadahan... Hujan dah lebat tapi catuan masih di teruskan

Cik Azz said...

Moga hujan yang turun membawa seribu keberkatan... Amiinnn...

Kamsiah yusoff said...

disana kemarau disini hujan..:)

kulim,kedah...hujan memanjang..

Kakzakie Purvit said...

Hujan membasahi bumi
belas mendengar tangisan insani
sayangnya tak mampu menaikkan prestasi
tahap takungan air bagai tidak terisi
hingga catuan di sana-sini
sabarlah hati...
bersama kita kembali
mengingati-memohon Robbul-izzati
atas segala ujian ini..

mdmlala said...

hujan manyiak syiok ooo...
apa kabau tuan Tanah?

ANIM said...

hujan membawa rahmat...
seronok liht tumbuh2an dan rumput kembali menghijau..

Ujie Othman said...

Puisi yg cantik!

Skrg kat tmpt saya tiap ptg hampir wajib hujan.