Thursday, January 08, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hai...dah seminggu berada di tahun baharu ye..

Penghujung tahun lalu membawa ke awal tahun ini, kita dilanda suasana yang agak suram ya. Mengenang saudara mara kita yang bergelumang keperitan dek terjahan banjir, kemusnahan harta benda malah yang terkoban nyawa... membuat kita menanggung sama rasa kepiluan itu. Mudah-mudahan Allah menjernihkan hati semua mangsa-mangsa yang terlibat  untuk sentiasa redha dengan ujian yang dihadapi. Kuatkanlah hati mereka supaya pasak semangat hidup terus kukuh, jangan hilangkan keterujaan hidup mereka..amin...

Azam tahun baru?
hihihi...ada ke lagi orang nak berazam-azam  di awal tahun ni..
asik tak tercapai je, tu yang ramai malas dah nak berazam dah

Angah tak adalah nak berazam yang spesifik sangat, cuma mungkin sama macam orang lain, berazam untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Indahnya jika menjadi insan yang BAIK. Menjadi baik itu satu kurniaan kan? Kurniaan daripada Allah.  Maka bolehlah kita berdoa, memohon supaya Allah memelihara kita dan menjadikan kita manusia yang baik. Baik akhlaknya, baik hatinya, baik penampilannya, baik serba serbinya.

Mudah-mudahan dengan segala kebaikan itu, akan membawa kita ke jalan Syurga. Insyaallah.



Wajah pada hari pertama tahun 2015


1.1.2015 - genap 12 tahun budak berdua ni berkawen....

Jumpa lagi. Wassalam





6 comments:

❤Kamsiah❤ said...

akak doakan semoga jodoh hingga ke Jannah...

Acik Erna said...

Selamat tahun baru dan selamat ulangtahun perkahwenan angah

Kakzakie said...

Lambat sikitlah kakak wish happy anniversary Angah. Sykurlah dan 12 tahun

Moga tahun ini semuanya baik-baik belaka..

Khai♥Rin : anies said...

happy new year and happy anniversary ;-)

Ujie said...

wah..HAPPY ANNIVERSARY ANGAH & SUAMI! Sorry lewat.

gambar kat mana tu..cantik!

Nooriah Abdullah said...

kaknoor singgah follow
happy belated anniversary utk u all ya semoga berkekalan hingga ke jannah amin