Wednesday, December 31, 2014

Terima Kasih 2014


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa kabor? Harap sihat-sihat semuanya ye…

Dah akhir tahun dah hari ni kan…well well well ..masa sangat pantas berlalu, sangat cepat beredar sangat laju mengalih waktu…

2014 bakal menjadi kenangan, mana yang baik diteruskan mana yang buruk eloklah ditinggalkan.

Esok tahun baru, tahun baru yang akan mengubah umur, umur Angah, umur anda, umur kita semua.  2015 bermakna Angah akan menjengah usia 4 series…holaaaaa dah tua nya Angah…:D

Ikut hati, sebagai orang yang belum punya zuriat sendiri, peningkatan umur merupakan detik yang agak menakutkan. Takut mengenangkan -  jika harapan tinggal harapan…

Tapi tak mengapa lah…redha bahawa bahagian hidup manusia ini plotnya berbeza-beza. Semoga kebahagian menjadi milik setiap insan ynag sentiasa bertaqwa kepadaNya.

Melalui ujian yang pelbagai, menemukan Angah kepada kesimpulan bahawa, keadilan dalam hidup bukanlah mengikut apa yang kita mahu kerana kita ada pencipta. Sang pencipta yang menentukan baik dan buruk untuk kita dan pasti setiap kejadian yang menimpa akan ada hikmah di sebaliknya. Cuma kadangkala hati kita yang tidak terdidik untuk menerima ujian dengan penuh hikmah.

Mohon Allah mengampuni  dan memelihara kita semua.

~*~

Selamat Tahun Baru buat semua, kawan-kawan dan pembaca yang sudi berziarah di Angah’s Corner. 

Semoga perkenalan dan silaturahim yang tercipta d maya ini berterusan hingga ke akhir usia. Mohon maaf seandainaya ada yang terluka hati, maaf juga andai ada komen-komen yang tidak berbalas, bukan apa Angah ni bukan setiap masa melayari blog sendiri…tu yang kadang-kadang dah lama baru dapat mengemaskini segala komen-komen anda…Maaf ye..

Didoakan agar anda semua Berjaya dalam setiap yang dilakukan dan sentiasa berada dalam redha Illahi.



Wassalam.


~ selamat tinggal 30-an...~


5 comments:

Acik Erna said...

selamat tahun baru angah..
4 siries tu tak apa pun angah..tak sedar masa berlalu..acik dah nak pencen pun tahun depan

Khai♥Rin : anies said...

salam 2015 angah! ;-)

Sanisah eeiyss said...

angah!!!

xnampak macam 4siries pun~

comeyyy ja (^____^)

Ujie said...

serius, tak mcm org 4series pun!

bab zuriat ni, mmg risau bila umur meningkat. Tapi kalau dah takdir, saya redha.

Angah said...

tq semua...