Monday, January 25, 2016

Siapa Rashid?

Sepanjang hidup ini, Rashid yang popular yang dikenali adalah Rashid Sidek, bekas pemain badminton Negara. Kalau ada pun Rashid yang lebih awal popular adalah Rashid Hassan, bekas pemain bola sepak Negara, tapi mereka  popular zaman -zaman Angah kecik dulu. Haa..dari kecik minat ahli sukan je Angah ni. Artis ada ke yang bernama Rashid? tak ada kot ek.

Tapi dalam seminggu ni asik terjumpa nama Rashid disebut orang di dalam tulisan-tulisan mereka. Lalu Angah menggoogle siapakah Rashid ini?

Lorh..rupa-rupanya Rashid ni bukan manusia, tetapi  ia adalah watak 'seorang' kartun yang memiliki akaun FB. Dia mungkin dimanipulasi oleh pemiliknya dalam menyuarakan sesuatu perkara secara sindiran....Ok.. faham..faham..

Baguslah Rashid, kau pun dah popular. Post-post kau pun banyak yang mengena...semoga kau terus jadi suri teladan...

hihihi, meh tunjuk sikit rupa Rashid ni, dan caption-caption yang boleh menyayat sengat di hati...


hahaha...jadilah seperti Rashid.

Wasssalam.

* kemungkinan pemilik Rashid ini sudah ingin muntah dengan kelakuan para penggiat media sosial ...agak nya lah..angah agak je..




11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baru-baru ini kakak pergi shopping dgn anak-anak kakak tau Angah
Tiba di booth jual buku ada stand-board dia tulis lebih kurang macam inilah.
"Ini Rashid.. Rashid membeli buku di sini, Rashid tidak suka membuang duit membeli yg tidak bermakna, Rashid lebih banyak membaca buku dari berselfie. Jadilah seperti Rashid".

Femes nama Rashid ni sekarang:)

adrianna syaz said...

Hehe..glemer rashid..abes moment kat wechat pasal rashid ja ^_^

PeRdU cINta said...

Rashid yang kian popular dengan aura positifnya..yang baik kita ambil...hihihihi..mula mula bila orang sibuk siapa Rashid?..siapa Rashid?..Pc pun pelik..cakap dengan en suami..takkan mereka tak kenal rashis sidik..ke pengarah filen juga drama rashid sibir tu...atau mereka nak buat cerita atau kisah mengenai rashid ke..rupa rupanya.....Rashid lain...

Angah said...

Kak Zakie, wah..dekat booth jual buku pun dah ada kelibat Rashid ye...memang femes ni

Adriana, kann...elok la jugak, bagus Rashid ni, menynidir untuk kebaikan tak salah kot..

PC, hihihi..apahal pulak Rashid Sidek nak disbut sebut lagi ye, zaman dia dah berlalu

Ibu n Abah said...

Hahahaha
Setuju dgn pendapat Angah
Pemilik rashid dah muntah ijau dah lihat status skrg

Angah said...

Ibu n Abah, angah rasa lah. sebab angahpun rasa nak muntah tengok ada yang selpi sambil menyusu anak...ek

Cik Azz said...

Akakpun asalnya pelik jugak tengok nama Rashid dok lalu je kat timeline.. Mulanya memang tak ambil port pun.. Lepas tu disebabkan dek rimas, tengok jugak la.. Ooo, baru la tau sape Rashid tu.. Hari tu dorang masuk Majalah 3, kan..? Tapi muka di-blur-kan.. hehe..

Terjebak jugak kat vonvon yang kat fb tu.. Main-main la jugak kat situ.. Be Like Me.. ahaha..

Nora Karim said...

Hahhaha mmg ada bagusnya juga ada Rashid ni... sekurang2nya org tahu menggunakan media sosial dgn akal yang waras... heheheh

Angah said...

Kak Azz, angah tak try lagi vonvon tu..

Nora, harapnya begitulah..

iryanty ismail said...

kata2 rashid makan dalam

Angah said...

kan Yan kan..