Saturday, January 16, 2016

Zaman bercinta adalah momen yang palsu, Eh?

 
Kau takkan kenali dia selain setelah kau serumahtangga dengannya
Hal kecik boleh jadi besar
Hal yang tak ada Kena  mengena dengan kau boleh jadi isu
Hal keluarga, sedara mara, sepupu sepipit, anak buah, hal jiran tetangga!
Tolak tepi perangai  laki kau yang suka londeh seluar dan tinggalkan tak kira tempat, bergulung di merata-rata..
Tolak juga ke tepi perangai bini kau yang pengotor letak panty liner terpakai di sana sini
Tolak tepi, sebab ini hal kecik, rasa nya tak adalah ia sampai menyebabkan pasangan bercerai berai, walaupun dah bosan mengutip seluar bergulung (tapi mungkin juga ada?)
Sebelum berkahwin, dia tak kisah kau tak pandai masak, atau kau malas masak, sebaliknya setelah berkahwin dia mula merungut dan membanding-banding kau dengan bini orang lain atau dangan mak dia atau dengan adik beradik perempuan dia
Sebelum berkahwin, kau tak kisah dia berperangai macam raja, malah kau bangga kononnya itu ciri pemimpin, bila dah berrkahwin kau mengomel semua kerja rumah kau kena buat sorang diri, laki kau goyang kaki tengok tv, memang macam rajagopal!
Sebelum berkahwin, dia tak kisah kau tak mahu bermesra-mesra dengan ahli keluarga kau, tapi bila dah berkahwin, bila kau buat hal sendiri di rumah mertua, dia akan sound kau, kritik kau, - sombonglah, tak pandai bergaullah, tak sayang keluarga kau lah segala bagai nak di komen.
Bercakap soal keluarga, Ini kau tak boleh tolak tepi, hal keluarga jangan buat main-main dan endah tak endah, ia memang selalu menjadi racun dalam inti kehidupan kau
Saat kau mahukan manis, kau dapat yang pahit, saat kau makan inti yang sedap kau tergigit inti yang pedas, kelat atau busuk! Ouch..tak bestnye..
Nampak remeh tapi itu lah yang akan me`merepek’kan kehidupan kau
Kau sentap, dia sentap. Kau dingin dia dah bersalji akhirnya langsung keras mem`frozen. Apa pon tak bole!
Jadi, tak hairanlah ada orang di keliling kita ramai yang memilih untuk  hidup bersendirian, kerana tak mahu melalui episod yang remeh temeh
Bukan sahaja mereka tak mahu berrkahwin malah bercinta pun tak mahu, sebab dari awal mereka sedar yang cinta itu selalu palsu tetapi terpaksa membutakan mata hati menerima kepalsuan itu!
Sekian, repekan Angah dipetang sabtu yang berhujan ribut di luar.
Wassalam.­­­

10 comments:

babYpose said...

Assalamualaikum, bila sampai masa akan dapat tahu, lebih tepat solat istiharah, untuk keputusan apa pun kan..

Cik Azz said...

Sebab ramai yang suka berpura-pura masa bercinta.. Semuanya nak kontrol ayu, nak kontrol macho.. Nak kentutpun tahan-tahan tapi bila dah kawen, kentut bersepah-sepah..

Sepatutnya, masa berkawan atau bercinta tu, tunjukkan diri/perangai yang sebenar.. Tengok samada pasangan kita tu boleh tahan atau tidak.. Kalau tak boleh tahan, angkat kaki la.. Kalau boleh tahan, mungkin bila dah kawen nanti, dah boleh terima segala jenis perangai buruk tu..

Masa dah kawen la sepatutnya tunjukkan dan keluarkan segala jenis kebaikan yang kita ada.. hehh..

Angah said...

wa'alaikumusalam Baby...sepatutnya gitulah

Kak Azz, hihihi..memang tahan kentut tu win sangat..kikiki

Kakzakie Purvit said...

Sebab masa bercinta semuanya indah
Oleh itu kena ambil kiralah apa pendapat keluarga
Jgn bila nasi dah jadi bubur - hadaplah tak boleh nak kata apa

Angah said...

it's true Kak Zakie..

ujie othman said...

sebenarnya...walaupun dah kawin lebih 10thn, kita masih saling cuba memahami pasangan. Sbb manusia sentiasa berubah. Yg penting, berkomunikasi bila ada isu. Kalau dpt psgn yg tak boleh ajak berbincang, doalah byk2 moga terbuka pintu hatinya. :)

Bunda_nora said...

Ramai yang cakap masa bercinta semuanya indah....bila dah kawen baru nampak true colornyer..

Angah said...

Ujie, betul sangat, ya kita patut selalu berdoa

Bunda, masa bercinta, semua Wangi-Wangi saja..memang telindung true colornya

memanda said...

Bahagia tu bile meletakkan Allah tu no 1..bukan suami bukan isteri

Angah said...

Memanda...itula khilaf kebanyakan manusia..semoga kita diberi hidayah