Tuesday, May 24, 2016

Jaga Kata-Kata

Assalamualaikum semua...
 
My friend kan, yang mana dah pi Haji atau dah pi Umrah tu  selalu berpesan, kalau berada di Tanah suci,  mulut kena jaga. Jangan suka suki nak cakap itu ini, takut-takut terlepas cakap atau tercakap benda yang bukan-bukan ...ha...betul sangat tu
 
Sebenarny, walau  di mana-manapun dan apa jua keadaanpun kita sebenarnya perlu sentiasa menjaga kata-kata
 
 
'berkatalah yang baik-baik atau diam' - kata-kata ini patut menjadi motto hidup kita...kan kan kan...
 
 
Ni saja nak cerita, kejadian petang semalam di office...
 
Sambil sembang-sembang santai...Kak  Bai tegur Angah, 'tak makan ubat ke..' teguran tu merujuk keadaan Angah yang dah 'sengau' sebab dek selsema.
 
'saya kalau kena  demam ke selsema ke tak nak la ambik ubat, bior dia hilang sendiri je, sebab dah banyak sangat makan macam-macam ubat' jawab Angah...
 
Kak Bai pun mengangguk je sebab dia faham maksud Angah - dengan penyakit endometriosis, fibroid lah sys lah, memang agak  banyak ubat yang Angah makan..itulah maksud Angah ...
 
Tapi tu lah..perkataan 'tak nak' tu bagai memakan diri. Walaupun Angah tidak bercakap dengan nada dan niat nak 'arrogant' dengan Allah..tapi nadanya seolah benda tu Angah boleh kawal sendiri..haishh...
 
Balik ke rumah petang tu, kepala punya berdengung...sakit tak reti nak cakap, selalu kalau sakit kepala akibat selsema,  minum air 100 plus sakit akan lega, tapi kali ni tak lut lah air tu. Berkali basahkan kepala pun tak jalan, minum air suam banyakpun tak hilang sakit.,adehh..
 
Sampai ke malam..akhirnya tak bertahan..makan jugak ubat klinik...sambil menyesal dengan kata-kata sendiri ketika bersembang dengan Kak Bai tadi...sob sob sob...mintak ampun...
 
Begitulah sebagai manusia, kadangkala kita akan tergelincir pada 'kebiasaan' . Iktibarnya-  janganlah terlalu yakin pada perkara-perkara yang di luar kawalan, ada waktunya benda yang 'biasa' itu, jika tidak diizin Allah, ia takkan terjadi seperti yang kita mahukan.
 
wassalam.
 
 
 
 

8 comments:

Bunda_nora said...

Betul tu kadang kita ni terlepas cakap...walaupun tak bermaksud nak sombong diri atau ego...

Tapi kadang keadaan dan situasi buat kita begitu, lepas tersedar..rasa menyesal dan berasa bersalah sendiri...

Tak perlah asalkan kita terus tak sedar diri langsung sudah, Allah maha mengetahui apa yang terdetik dan tersirat...

Allahuakbar...

Kakzakie Purvit said...

Betul Angah... kakak setuju benar sebab kita ni kadang bercakap diluar kesedaran akal tapi ikut rentak kebiasaan apa lagi org itu teman yg sudah arif dgn perangai kita. Tapi bila Allah tak izinkan kita tersedar.

Pengalaman. Kakak jenis takut kucing. Walau kakak tak pernah dera/pukul kucing bahkan beri makan lagi adalah, tapi kakak memang jenis takut kucing kena uji masa di Masjidilharam (tak ingat masa tu kakak umrah ke haji) Masa tu ada kucing, dlm hati kakak "janganlah dia dtg kat kakak". Tapi nak tahu dia dtg dekat kaki kakak masa solat sampai kakak batal solat tau. Nampak kan, itu balasan kakak ketika di sana sampai kakak solat taubat tau Angah.

Cik Azz said...

Moga cepat sembuh Ngah..

Akakpun kalau selsema, selagi boleh tahan, akak tahan. Memang tak nak makan ubat takut nanti asal sakit sikit je, terus cari ubat. Tapi tu la, bak kata Angah, kadang-kadang kita tak boleh nak lawan takdir.

Acik Erna said...

Betul.la angah..dimana pun kita berada kena jaga tutur kata kan.semoga cepat sihat ye angah

Afif Rayyan said...

Kat tengah hutan pn kena jaga cakap.m x psl jmpe yg bkn2

Husna Rahman said...

masyaallah betul tu..walau diamna shj jagalah kata2 kita..kita bukan hanya takut mansuia je tersinggung lbh2 lg takut Allah yang "tersingung"....

btw syafakallah kak..

dear anies said...

betul... tp kita ni selalu khilaf...da puas jg pun boleh terlps jg

Angah said...

semua..
marilah kita berdoa semoga Allah pelihara lidah kitan dan juga haati kita...