Monday, November 28, 2016

Cherating Kuantan Pahang

Memilih untuk bercuti apakah yang menjadi fokus anda?

Kami ni selalu fail, sebab dua orang suami isteri ni selalu main redah je. Lepas tu mula mengomel itu ini sebab tak best

Tetapi kalau laut yang menjadi pilihan, pada akhirnya ia tidak akan mengecewakan kami. Kerana laut ada aura indah yang  tersendiri.

24-25 November 2016


Che Din dapat off duty untuk 2 hari. Dia offer 'nak pi jalan-jalan tak?..owh..what should i say darling.....jom jom..

Destinasi? Laut sahaja yang terlintas di kepala Angah. Google pantai yang cantik, tak nak yang jauh sangat...penat wehh dua hari je..Teluk Kemang PD dah banyak kali pergi, Teluk Nipah, Pangkor pun dah banyak kali...akhirnya decide nak  merasa pergi ke Pantai Cherating...Kuantan, Pahang.

Jadi untuk pertama kalinya , sampailah kami ke Pantai cherating...

Satu yang patut anda fikir bila hendak ke pantai adalah apakah kaedah percutian yang hendak anda lakukan?

Berehat di hotel? atau menikmati keindahan pantai?

Kalau ingin berehat anda boleh lah menginap di hotel yang mahal dan cantik dengan pool dengan kerusi sandar  yang menghadap laut..gah gitu..kelihatannya

Tetapi bagi orang yang bajet kecik macam kami ni, fokus utama adalah menghabiskan masa meneroka panorama yang indah, maka kami memilih Chalet-Chelat bajet berdidnding kayu tepi pantai  yang di namakan Ranting Beach Resort.



 panas lit-lit kata orang utara...


 untung tunggul ni..masuk blog hihi..

 saat darat, laut dan langit bersatu....indah

 ombak kecil mula menderu tatkala air mula pasang di sore hari..

 cantik Chelet ni, nampak baru. Ini bukan Angah punya Chalet...tumpang landing kerusi dia je...

 Che Din...sila sit-up...perut sudah maju ke hadapan..

 happy..

Selepas bersiar-siar berkenal-kenal dengan pantai, Angah telah berendam sehinggalah mentari menghilangkan diri. Saat matahari terbenam itu, terbit kegaguman yang tidak terperi kerana diberi kesempatan menikmati keindahan ciptaan Ilahi. 

Mentari mula menurun

...tapi tu la, Angah bergambar pakai headphone Oppo... pakar selfie anda...so gambar suasana alam gagal di potraitkan dengan cantik!
:P

Ini Chalet kami menginap..usangkan? hihihi...

Che Din memerhati Angah berendam...ruginya  dia tak nak mandi laut ish ish..


~~@@@~~


Esoknya...dalam jam 7 pagi Angah dah meredah gigi pantai buat kesekian kalinya...

 Mentari muncul lagi...



Dalam jam 9 pagi, air dah mula menyurut...memaparkan pasir-pasir


air yang surut telah mendamparkan kerang-kerangan di pasiran...

punya seronok mengutip, sampai yang masih hidup pun Angah kutip, pulak tu perasannya waktu Angah dah bawak balik ke Chalet, nak cucikan pasir-pasir...sekali.. ada dua tiga ekor yang bergerak-gerak...adeh..kena hantar ke pantai semula...


 Pemandangan dari luar Chalet Angah

Cop Mohor...tanda dah sampai...

Dalam jam 11 pagi Angah dah bersiap-siap utnuk pulang ke KL


 Selamat tinggal langit Cherating

 hihihi...happy nya la budak ini!


 Anak owner Chalet..selpie satu dik!

Di sepanjang jalan besar terdapat banyak gerai keropok lekor, mesti mau!sedap uolls..
kat sini pun sempat...

Oh ya, makanan di restoran sepanjang jalan besar ni sedap-sedap belaka. especially menu-menu ikannya...segar dan manis..berbaloi...walaupun harganya harga KL


gitulah cuti kami. kami bercuti awal, sebab bila cuti sekolah staf-staf lain yang ada anak pulak nak bercuti...

Wassalam


7 comments:

dear anies said...

Waahhh brcuti smpi cherating....cheratingarea mn tu? Sy g dulu kaw pantai dia pasirnya agk hitam...

Bunda_nora said...

Cantik2 pemandangannya tu, tenang jer hati kan... Subhanallah. Ha Ha Ha.. tak sia2 jadi tunggul kannn..

Angah said...

Anies, tak pasti lah kat mana, tapi penginapanya di Ranting Beach Resort area Cherating Bay View

Bunda..hihihi..tunggul memang cantik kalu di fotokan untung la dia..

Cik Azz said...

Best jugak tu pergi sana. Akakpun suka tengok laut. Damai je rasa hati.

Akak tak pernah sampai sana lagi. Nak kena bermalam tu yang leceh sikit tu. Haha.

Angah said...

Kak Azz, berada di pantai, kita jadi leka...deram derum ombak tu nyanyian yang paling win lah bak kata..

Kamsiah Yusoff said...

sama la kita Angah..kalau bercuti tak pilih hotel mahal2...sbb nak lelapkan mata ja..so pilihan terbaik adalah chalet/resort ja

pstt..kepala suami kita sama la..licin ja hehe

Angah said...

Kak Kamsiah....kepala yang licin tu la yang buat sayang lebih tu hihihii