Friday, April 07, 2017

Berertinya Sebuah Senyuman

Bagi manusia yang bekerja, waktu pagi adalah detik yang paling meruncing dan mencabar. Nak urus itu dan ini, nak urus diri sendiri lagi...haishh..kelam kabut.

Nak-nak orang yang tinggal di perumahan yang tinggi-tinggi ni (baca: Flat). Beratus-ratus unit, sedangkan lif ada dua unit jek..(jengkel!) belum lagi kalau rosak satu, tinggal satu saja yang berfungsi...korang agak?? 

Angah tinggal di unit teratas. pagi ini satu lif rosak. Bila lif yang elok berfungsi itu sampai ke level Angah, di dalam lif telah penuh dengan orang dari level bawah... korang rasa mampukah Angah tersenyum kepada diaorang! ohhh tidak! malah hati rasa memberontak..mood memang ke laut. Kerana tak mahu menunggu, maka menyelitlah Angah dicelahan-celahan manusia yang masing-masing cuba mengecilkan diri.

Lega bila dapat turun ke parking. 

Keluar dari pagar kawasan perumahan, di jalan besar bertembung pula dengan kesesakan. Motosikal pun gagal menyelit kerana kenderaan empat roda terlalu memadatkan jalanraya, dicampur lagi dengan pejalan kaki yang ingin menyeberangi jalan...uiii hiruk pikuknya! Rasa-rasa dapat kah wajah ini memulakan senyuman? tidak lah juga jawapannya...

Tetapi rezeki Allah tiada terduga (mendapat sebuah senyuman itu juga suatu rezeki kan?)
tatkala berusaha menyelit-nyelit dan alah-beralah dengan pejalan kaki yang nak ke seberang sana dan sini, tiba-tiba seseorang memberi laluan sambil tersenyum manis...Ya Allah! terus hati ini menjadi sejuk.  Berbunga-bunga rasa di kalbu.

Subhanallah...sejenak menginsafi diri, manusia yang senyum itu meminpin tangan anak kecil untuk menyemberang jalan, dalam hiruk pikuk itu, mampu pula dia beralah dan menghadiahkan sebuah senyuman...

Angah yang dah termalu alah, segera membuang muka 'cemberut' dan tersenyum kembali kepada dia...

Allah...


Begitulah Indahnya Sebuah Senyuman....

3 comments:

dear anies said...

bukankah senyuman itu satu sedekah? ;-)

Wak Lat said...

salam hari jumat ye cik kak angah tuuh., ;p

Unknown said...

Kak.. senyuman itu sedekah..

nota kaki.. lamanya tak bercoret-coretan.. akak sihat ?