Wednesday, January 24, 2018

Gundahnya..hati bila perlu berpisah sementara...

Teruknya perasaan seorang Angah bila, Che Din menyuarakan bahawa beliau perlu 'outstation' selama sebulan di Genting Highland.

Pada Disember 2017, Che Din memberi 'hint' kemungkinan akan dihantar ke Genting kerana menguruskan persediaan pembukaan cawangan baharu outlet F&B nya.

Allah..punyalah Angah berdoa supaya hal itu itu tidak menjadi kenyataan. Angah tak mampu nak fikir macam mana keadaan Angah kalau Che Din tiada di sisi. (please..jangan muntah) Almaklumlah, selalunya berpisah 2,3 hari kerana Angah yang selalu pulang ke kampung sendirian. Tiba-tiba Che Din pulak yang nak tinggalkan Angah,  sebulan pulak tu! 

Mula la mari dalam fikiran, Che Din ni saja offer diri nak kerja kat awangan sana tu, tak fikir ada isteri ke? tak fikir ke tiba-tiba Angah sakit tengah malam ke? ishh...macam-macam lah fikir!

Dalam pada berdoa supaya ia tak jadi nyata, akhirnya minggu kedua Januari lalu, Che Din mengesahkan dia yang terpilih untuk naik ke Genting bersama 2 orang lagi Pengurus bahagian KL...huarghhh...doa tak makbul nampaknya.

Ya Allah..merajuknya rasa di hati, Che Din memang tak sayang kita tau!

Che Din kata, alah Genting je...berulang alik pun boleh...kalau larat...haaa...perkataan larat tu memang tau dah takkan laratnya kalau dah tengah malam nak drive  selepas kerja berdiri berjam-jam tu. Memang tak la!

Haishh...redo tak redo...terpaksa rela meredokan jugak.

16 Januari 2018 berangkat lah Che Din, ke Genting. Daripada rasa marah dan merajuk, tiba-tiba rasa kasihan pulak. Dengan tak pandai masaknya, dengan badan keciknya yang tak tahan sejuk tu, dengan harga makan luar yang mahal tu...ish..ish..semua melintas kat fikiran. Setakat hari ini, Genting tak pernah sunyi dari hujan,,,bertambah sejuklah, harap dia bertahan dan terhindar dari demam. Kalo demam lagi lah susah hati MakNgah ni...



Ok lah nanti sambung! 


5 comments:

Aryan azra said...

lama juga tu berpisah sebulan..semoga dipermudahkan urusan dan moga kesihatan angah baik2 je sepanjang ketiadaan suami disisi.

eh kalau saya sehari pun susah juga sebab semua benda nak kena uruskan sendiri

Warisan Petani said...

Sesekali berpisah tu okay juga.
Baru timbul rasa rindu

dear anies said...

x angah dia pergi pun sbb kerja kan... boleh angah trn naik genting selalu bosan2 bleh g taman tema ;-)

Angah said...

Aryan - yg jadi susah tu sebab Angah ni, tak berapa berdikari orangnya...spoil je..

Warisan - aduhhh..rindu la jugak...

Anies - hihi dalam perancangan...mungkin cuti thaipusam nanti Angah surprise kan Che Din...

Acik Erna said...

Acik dulu kalau suami kerja luar siap cuti jagi angah.dok rumah je.tapi paling lama 2 minggu tak pernah sebln