Saturday, February 03, 2018

Erti Berdikari

Alahai..MakNgah sejak hari pertama tinggal seorang diri...isu sampah di dapurpun jadi kalut. Nampak sangat tidak berdikari!

Tambah lagi satu penyakit, penyakit nerves; semua benda nak buat, di dahului dengan rasa nerves. Nak tido nerves, hari pertama dan kedua langsung tak boleh tido, lampu terpasang, sendal pintu dengan benda berat, buka radio supaya tak dengar bunyi krok krik kat luar rumah...adeh..sampai rasa sakit kepala.

Pergi kerja awal pagi, hari masih gelap, tunngu bas...semua ditemani rasa nerves . Balik kerja nak bukak pintu rumah pun nerves...adehh...tak boleh jadi ni..bahaya untuk kesihatan jantung!

Angah ambil masa bertenang dan cuba berfikiran positif. Angah pahatkan diminda dan hati bahawa ini 'hint' dari Allah supaya Angah patut lebih bergantung pada yang Esa berbanding suami.

Alhamdulillah, Angah lebih ok sekarang...walau masih ada sikit sisa-sisa  rasa nerves di sana sini...

Insyaallah, masa akan merawat segala kekekokan ini menjadi 'alah bisa tegal biasa'

Jumpa lagi!

3 comments:

ShirVen said...

Lelama ok lah rasa tu, byk2 berdoa, insyaallah ok lah ☺

Aryan azra said...

InshaAllah nanti akan ok tu angah, samalah macam saya kadang suami outstation rasa takut sangat duduk dirumah bersama anak2 je, pasang surah di telefon sepanjang masa, entah apa yang ditakutkan pun tak tahulah itulahkan sebenarnya kebergantungan kita hanya pada Allah saja

Kamsiah yusoff said...

boring,sunyi..semua ada,kan bila dok sorg2...jgn dilayan sangat rasa takut tu..