Monday, July 30, 2018

Lambaian Tanah Suci

Sambil sambil Chloe yang muncul dalam hidup kami laki bini...meh nak cerita pasai Mak and Abah Angah yang dah selamat sampai ke Kota Madinah pada penerbangan 21 Julai 2018.



Alhamdulillah....rezeki dari Allah, sampai serunya dan memanggil manggil Mak dan Abah untuk ke sana.

Bukan senang mengumpul duit bagi seoarang lelaki seperti Abah yang hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menampung hidup anak isteri sementelah mak pula hanya suri rumah.

Namun rezeki Allah tiada siapa yang dapat menafikannya, pun lanjut sudah usia meraka baru lah dapat mengerjakan haji, Alhamdulillah.

Dalam gembira hati dipaut sayu juga, maklumlah jauh beribu batu. Walau ada kecanggihan teknologi, Mak dan Abah bukanlah pengguna internet terlatih. telefon bimbit hanyalah untuk call dan jawab panggilan sahaja. Itu yang Angah risaukan...risau tidak dapat menghubungi mereka dan mereka tidak dapat menghubungi anak-anak..

Tapi sekali lagi kuasa Allah maha mengatasi segalanya, hilang segala kerisauan. Abah dan mak dapat rakan sebilik yang sangat baik dan muda, sudah tentu melalui mereka kami dapat update tentang Mak dan Abah. Alhamdulillah.

 Mak dan Abah sampai awal sehari ke KLIA, jadi kami telah menyewa homstay berhampiran Kompleks Tabung Haji...seronok layan cucu..


 Semoga Allah mudahkan urusan Mak dan Abah di sana..


Selamat berangkat, panjang usia bertemu ketika pulang pada 5 September nanti..Insyaallah..


Sehinga kini Mak dan Abah mengalami sakit-sakit tekak dan batuk...tapi tidaklah teruk, selain dah bershoping dan mengepos barangan dari Madinah, katanya bila sudah ke Mekah nanti tak perlu fikir nak beli barang lagi, fokus ibadah sahaja...ye la tu Mak..

Semoga urusan mak Abah tersu dipermudahkan Allah dan dapat menyempurnakan Ibadah sebaik mungkin.

 Pemandangan di Madinah...Terima kasih Roommate Abah, En. Fuad..(Baju Hijau)



 Semoga pulang dangn Haji yang Mambrur...

Wassalam





5 comments:

Aryan azra said...

Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan urusan mak dan Abah angah menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan urusan ibadah hajinya di sana
mendapat haji yang mabrur

Acik Erna said...

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kedua ibuayah angah untuk menjalani ibadah haji

dear anies said...

semoga mereka berdua beroleh haji yg mambrur dan diberi kesihatan yg baik sepanjang berada di sana aminnnn

Eeiou_ said...

Alhamdulillah. May Allah ease everything.