Thursday, January 31, 2019

Geumbi Nak Kawin!

Mula-mula dulu tak suka juga kucing betina, sebab takut beranak renek...tapi Geumbi ni semacam je kuasanya, makin lama makin Angah sayang pada dia...



Perjanjian dengan Che Din; kami akan beri peluang Geumbi beranak sekali, lepas tu kami akan Kasi dia supaya tak beranak lagi. Ye lah rumah kami ni kecik je tak sesuai bela kucing banyak-banyak.

Maka selepas berusia 7 bulan Ck geumbi dah mula menunjukkan tanda-tanda kemiangan...asik bising je mengiow ngiow..sampai rusuh hati kita mendengarnya.



Che Din kata, tunggu umur di setahun baru nak kahwinkan dia...tapi tak larat la nak dengar dia membising...akhirnya pada usia dia 9 bulan (awal Januari lalu) kami pun mula operasi mencari MENANTU

banyak servei dan ziarah juga ke tempat service kawin tu (Mating) tapi hati kami tak berkenan, sebab macam berbau dan kurang terjaga je macam...kucing jantan yang nak beri service tu pun, macam letih je...mungkin banyak sangat tuan dia ambil tempahan, so tak jadi

Akhirnya kami berhubung dengan group kengkawan yang jenis bela kucing sekor-sekor untuk diri sendiri je...dapat la..

 Tadaaaa
 Encik Baily Oyen namanya...handsome tak Menantu Makngah?

 Dorang ni masing0masing tak pernah bergaul dengan kucing lain, jadinyta ambil masa lama baru dorang ok, 2-3 hari terawal tu asik bergaduh dan mengaum marah

 Selepas hari ke empat baru boleh duduk dekat-dekat...itu pun masih ada aksi tampor menampor..adehh

 Harap dapat le cucu, macam cantik je cucu Makngah nanti hahahaaa...Karat campur Orange...agak la...

Terima kasih pada tuan Encik Baily, sanggup hantar dia ke rumah Angah...jadi tiadalah Angah berpisah dengan Geumbi...

hoyeeyyy.

5 comments:

dear anies said...

selamat terima menantu eh ehhh berapa angah letak hantaran ni? mcm mahal je hahahahahahahah nnt buat kenduri jemput kitorang tauu hahahahahah

Angah said...

hahahaaa nak gelak la Anies.....hantaran tiada tapi syarat kepada anaknda yang lahir kena bahagi sama rata...

Cik Azz said...

Wahh..
Bersungguh Angah carikan laki si Geumbi tu yaa..
Kat rumah akak bersepah kucing. Dah tak larat dah nak jaga. Pandai masing-masing la jaga diri sendiri. Akak sediakan makan dan tempat tinggal je. Lagipun kucing akak kucing kampung. Hehe.

Siti Yang Menaip said...

alahai comelnya Geumbi. CT suka kucing karat2 tu hahaha..

Angah said...

Kak Azz, tu la, kucing kampung sangat sengan membelanya...cari sendiri suami hihii

Siti, tq for caoming