Thursday, November 01, 2007

Bakarlah aku
Dengan api amarahmu
Biar hangus
Segala dosa-dosaku
Yang tak pernah bisa
Kupohon ampun darimu.

Tuesday, October 09, 2007

bulan ni kami dapat dekan baru....
jadi, amalan pun baru
suasana pun baru
dapat amanat baru...

untuk dekan baru...terimalah pantun ini,

Terima kasih atas teguran
kelak ia menjadi kebaikan
salam perkenalan di bulan Ramadhan
semoga ukhuwah akan berpanjangan.


ni untuk dekan lama yang tak akan kami lupa,

Seperjalanan masa pernah bersama
budi dan jasamu takkan dilupa
salam dihulur maaf diminta
moga kenangan kekal selamanya

babai...

Thursday, October 04, 2007

Lately ni asik boring je pi kerja.. naper ek
Lately asik boring je bangun pagi untuk kerja...apesal ek
Lately ni asik datang lambat je ke opis... ntah naper ntah
Lately ni makin tak besh rasanya nak nengok org-org kat opis ni...hiiii nyampahnya....

hu hu memang parah dah ni, tapi rasanya lebih parah kalu suatu hari nanti aku akan kata...
ish boringnya dapat gaji
naperla tiap-tiap bulan dapat gaji
apersal la aku dapat gaji

ehek..merapu. Sekian saja aku untuk hari ini.

Monday, September 17, 2007

BUKAN MAKAN SEBARANG MAKAN
KUINI PENAMBAH SELERA BERBUKA
BULAN RAMADHAN BULAN KEBERKATAN
KURNIAAN KASIH YANG MAHA ESA

KURNIA KASIHNYA YANG MAHA ESA
MEMBERI RAHMAT KE SELURUH ALAM
SEPURNAMA RAMADHAN KITA BERPUASA
TINGKATKAN IBADAT DI SEPANJANG MALAM


Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga Kita Diperteguhkan Keimanan
Dan Ketaqwaan Kepada Illahi

Monday, July 16, 2007

Hi hi hi..ekekekkeke
hingaq satu fakulti ni bila nama teman masuk radio kekkekekekk
yup! sajak sungai budi menang saguhati...eheks...

Wednesday, June 27, 2007

Sungai Budi
Kutebar jala kasih
Di lubuk akal budimu
Biar menjalar ke segenap muara hatimu
Dengan santun bicara dan tertib berbahasa

Marilah kita dayung
Sampan kehidupan ini
Dengan kemudi ampuh
Agar terjaga susila
Terhindar dari onak yang cela

Sungai budi
Jernih warnamu berkaca
Telus mempamer dasar rasa
Suci tidak ternoda
Kerana dipagari pekerti
Di tebing sahsiah terpuji


chek hantaq sajak ni kat klasik nasional nu...harap depa bacakan la.. na..

Thursday, April 19, 2007

Terkenang...

Aku percaya sesiapa yang seangkatan dengan aku pernah dengar lagu Antara Gadis nyanyian kumpulan Dinamik, kebetulan selepas maghrib semalam aku terdengar lagu ini di KLFM. Aku pun tersenyum meleret kerana ada kenangan pada bait-bait lagu ini.

Awal tahun 1991, di Sek. Men. Sultan Tajul Ariffin Manong…
Lin! untuk engkau, Zam menghulurkan sampul putih kepadaku. Apa ni? tanyaku, bukaklah baca sendiri, suruhnya.

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku ...-

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu…
Daripada : JBH
Aikk…dia ni tak putus asa lagi, tak tahu ke aku dah tawar hati dengan apa yang berlaku tempoh hari. Hiii menciknya! Dah naik cekang muka aku ni asik nak buat muka sombong dan ala-al cuka gitu…tapi dia ni asik senyum simpul kat aku, ini yang buat aku tak tahan ni…sabo sabo…aku kena maintain..

Zam…! Bagi balik kat dia. Kenapa plak..ujar Zam. Entahlah aku keliru, aku tak paham, diakan dah ada Ida kenapa kacau aku lagi?
Ida? Hey..hey ni apa pulak ni, tetiba aje nama Ida terbabit ni
Ida jumpa aku minggu lepas, terang-terang dia cakap dia girlfriend J.
Ha? Kah kah kah…
bersungguh Zam ketawa- kau ni Lin…dengan Ida pun kau nak ambik hati. Ida tu dengan semua student lelaki yang hensem macam aku ni dia mengaku girlfriend sambung Zam sambil menunjuk dirinya dengan bangga…ciss…nyampah aku bercakap dengan si Zam ni.
Ko jangan nak goreng aku Zam, Ida tu cakap serius gila kataku.
Hek eleh ko ni…Lin, eh ko ni betul-betul dah tak suka J ke atau ko merajuk sebab cemburu?
duga Zam.
What? hey…aku ni bukannya berhajat sangat nak ‘berteman lelaki’ tau, Ida nak sangat ha amik aku bagi free. Aku ni bukan apa, tak kuasa lah nak berebut lelaki ni. Cintan cintun ni tak masuk carta utama hidup aku tau, lain la kalau Raja Nazrin Shah yang nak kat aku, evailebel you..ekekekekek…
Huk-aloh mu ni…berangan nak kat raja muda la pulak, ko cium tapak kaki Permaisuri Bainun pun blom tentu dia pandang ngko
balas Zam

Tak nak bagi balik, nanti aku cakap kat J yang kau ni tak sudi pegangpun surat dia ni kata Zam sambil menarik sampul putih itu dari tangan aku.

Aku hanya memandang kosong bila Zam berpaling dan melangkah meninggalkan aku. Baru aku nak melangkah Zam berpusing balik. Lin, ko kenalkan Ida tu siapa, dah tak boleh pakai dah dia tu…apa kelas J nak kan si bohsia tu, kitaorang kawan dengan diapun sebab kesian je, budak perempuan mana ndak kawan ngan dia dah terang Zam. Aku hanya mengakat bahu, Zam mengeluh lalu pergi.

Sebenarnya bukan hal Ida saja yang buat aku hilang hati pada J, mengenangkan ibu bapa aku yang garang, yang tak suka aku main-main dalam hal pelajaran membuatkan aku rasa ini bukan masa untuk berpeleseran dan berfoya –foya di alam cinta. Aku juga tak mahu J terus meletak harapan terhadapku, al-maklumlah perjalanan kami kan masih jauh…

Beberapa minggu kemudian J mengutusi aku lagi, kali ini dia menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana berasa dirinya mengganggu aku, aku pun senang hati..dan akhirnya ia berlalu begitu saja..oh tidak.. aku sangkakan dah tamat ropenya ada plak sambunganya lagi. Selepas beberapa tahun kami meniggalkan alam persekolahan tetiba aje dia muncul balik dan caranya macam nak menyambung silaturahim ehem ehem…dah alang-alang aku pun tak dak boyfriend walaupun tak berapa suka aku layan la jugak..eii..lama la jugak ye..makan tahun la jugak uihhh berpura-pura jugaklah aku ni…ha ha haa
Aku ingat dengan cara ini aku boleh tanam semula hati aku padanya NAMUN takdir telah tertulis dia bukan jodoh aku dan aku bukan jodoh dia…dan kala itulah aku benar-benar dapat menamatkan episod hidupku bersama dengan J.. ini betul-betul dah TAMAT.

Ahaaa panjang pulak aku bercerita pasal si J ni, tak sengaja tergamit memori dolu-dolu…’Antara Gadis’ punya pasal ahaksss. Apapun aku patut ucap terima kasih pada J, sekurang-kurangnya aku kenal la jugak apa itu ‘cinta monyet-monyetan’ ye dak?

Wednesday, April 04, 2007

Dalam duk panas terik tetiba hujan turun
dalam duk hujan lebat, timbul panas pulak
la la la la..cam tu la kehidopan ini
ibarat laut ada pasang surut
sekali ombak mengganas
teroleng-oleng perahu bila kemudi bertingkah arah
cam tu la...ye lah.... cam tu lah! memang cam tu

Tuesday, March 27, 2007

Perang: PTK vs D*N*I*


Yeahhhhh dah selesai perang untuk tahun ni hu hu hu...dah bley simpan itu senjata
simpan sat ja, result blom tau lagi. kalu menang ..alhamdulillah, kalu kalahpun alhmadulillah...boleh mengulang, bley masuk exam hall lagi ihik hiksss.

Yeahhhh kat rumahpun perang gak...tapi perang ni tak dak peluru tak dak pakai senjata
ni perang duk senyap-senyap TAPI dingin nya membakar sukma..
hish aku tak bekenan la kalu ada adegan-adegan macam ni melintas dalam drama hidupku ini
aku tambah buhsan bangatnya kalu adegan-adegan ni berulang-ulang kali datang menyapa mata, hati dan perasaan hiiiiii muakkkknyaaaaa
Oii cik tuan pengarah dah tak dak cerita lawak-lawak ka yang bley buat aku gelak...hu hu hu dengki la tu tak leh nengok aku bergumbira, suka sangat buat aku terkurung dalam nestapa...mencikkk

Wednesday, March 14, 2007

Gara-Gara....mAlAs

gara-gara malas berjalan
dah lama aku tinggalkan rutin wiken
gi jalan kat mid veli, gi lepak-lepak, bace-bace free kat MPH
bukannya apa aku dah MALAS bile jumpa kengkawan mesti nak jawab soklan ' hai sorang je..mana husband..'

gara-gara malas eksesais
berat aku naik,naik dan naik.....sebab dah lama berenti main badminton
malaslah! nak lompat pun dah tak larat, asik sakit badan je

gara-gara malas dan malas
aku jadi tak produktif, buku catatan harian pun aku dah tak de napsu nak mencoret-coret
kesian kat adinaduana da'great

gara-gara malas dan malas dan malas
aku hanya lepak depan tivi sambil mengunyap
tivi ni plak banyak benor rancangan hiburan, kurang rancangan ilmiah
jadinya tak semena-mena sekarang ni (dah tua-tua ni...) ihiksss
aku boleh fanatik kat sorang vocalis ni....ahakss
yang harunya baru-baru ni vocalis ni kawen..aku jadi tak menentu plak...ada rase kejeles-jelesan yang bangatnya...bolehke gitu..memang haru


malassssnyeeee










Wednesday, February 14, 2007

Inikah janji?
kala berpimpinan tangan
kau dengarkan bisikan
kita tak akan berpisah
walau diduga ribut dan gelora.

Janjikah itu?
kala gusarku bertandang
kau yakinkan
bahawa kau akan sentiasa di sisi
walau bahtera kasih dilanda badai.

Berjanjikah dikau?
kala diijabkabulkan
kau lafazkan kata setia
bahawa aku amanah dari Nya
bersaksikan yang Maha Esa.

mengukir janji../23/1/07

Wednesday, December 13, 2006

Hape ke banyok benor sawang-sawang yang berselirat ni
abis dikepung-kepungnya JIWA & PERASAAN ku ini
ahhhh aku lemas aku rimaaasss

Monday, December 11, 2006

Ibarat pisang goreng..
tengah panas memang sedap dimakan
dah sejuk liat semacam nak kunyahpun sakit ati!

Thursday, October 19, 2006

Nak Balik Raye....

Alhamdulillah pada tahun ini cik din dapat bercuti pada hari raya...jadi tak perlulah angahjawab soklan-soklan cepumas seperti tahun-tahun sebelum ini..yeeeehaa

Tapi kan...alaaa....a ada saje problemnya. cik din dapat cuti 4 ari aje, 2 hari di Kuala 2 hari di Selama, alaaa malamnya hanya ada 3 malam aje. dirumah sape yang tido 2 malam ni

cik din tak nak o-som, tak aci betoi, nak duk kat umah dia 2 malam - mana aci

takkan kena buat surat rayuan kot...tak pun malam ni angah tiup ubun-ubun dia dengan selawat supaya dia lembut ati nak balik umah mak angah utk 2 malam...ok tak?

ermmmm macam susah je

Friday, October 06, 2006

KEBIMBANGAN

-Memenatkan
-Menyebabkan pelbagi masalah lain
-Mengunci mulut seseorang utk bercakap dan mengemukakan pendapat
-Menyekat kemahuan
-Memendekkan umur
-Menyakitkan

...oleh itu jangan selalu dibelenggu kebimbangan...buang ia jauh-jauh, kalau rumit carilah jalan penyelesaian yang terbaik

Thursday, September 21, 2006

....usah kata nak merencanakan hidup untuk tempoh 5 tahun lagi, untuk 5 hari yang akan datangpun aku sudah buntu...

ahhhh tak payah rancang-rancang..entah-entah usia ketika itu pun belum tentu aku sempat sampai. Apa yang datang sekarang ni hadap sajalah!

HILANG FOKUS TERHADAP HIDUP

PUNCA
-Tekanan - Kerja
- Rumahtangga
- Keluarga
- Kawang-kawan
- Orang di sekeliling

SYMTOM
- Suka menyendiri
- Hilang nafsu bekerja
- Merasa tidak selamat
- Marah
- Berperasangka buruk
- Menangis tak tentu pasal
- bercakap sendiri


PENCEGAHAN / RAWATAN - Tak tahu!

sesiapa yang boleh bantu...sila tinggalkan pesanan anda untuk saya.

terima kasih.

..saya juga ingin membantu org lain. semoga dapt manfaat bersama.

Thursday, August 17, 2006

MASA

umur dah makin berat ke separuh abad...tua la tu...walau rupa paras boleh menipu
tapikan, ada semacam satu benda atau perkara yang sama aje.
jauh manapun pergi, lama mana pun MASA beredar, ramai manapun org yang ditemu...ada sesuatu yang tidak berubah...naper ekkkk

Wednesday, July 19, 2006

How come......!
carelessnya...ya tuhan apersal ngan aku ni

sat tadi bebudak yang guna recycle envelope terjumpa envelope yang masih berisi surat sib baik le surat 2 hari lepas kalu 2 bulan lepas...alamat terencat akal le aku nak menjawab kat bos, ni yang aku tak suka buat keje rekod surat nih!!! tak de keje lain ke nak bagi kat aku uwarraggagg...

dah la pepegi tadi aku dah buat gempak, dapat email kematian pensyarah di Jab. Asia Timur..aku dah siap announce kat bos besor, tengok email sekali lagi la....bapaknya meninggal bukannya pensyarah tu..uwaaaaaaa malunya aku


kenapa...mengapa......la la la la......kene service otak nih!

Tuesday, May 30, 2006

Mohd Faeez (Yang Eiz)

Dah besar dah dia
terasa baru semalam mencubitnya kerana tak pandai membaca
terasa masih basah air matanya tatkala merajuk
aku memang bengkeng, patutle gagal temuduga menjadi guru
itu dulu...lama dulu

dah besar dah dia
dah habis sekolah
alhamdulillah cepat pula dapat kerja
dah kerja banyak pula simpan duit
dah banyak duit
boleh lah meminang anak dara

Taniah
bakal jadi suami orang
bakal jadi jadi menantu orang
bakal beri mak menantu baru
insyaalah moga cepat jadi bapak orang

dah besar dah dia
rasa baru semalam jerit kat dia...
...Yanggggg...pegi kedai..yanggg balik mandi

Yang,
moga diberkati Illahi
atas keseluruhan hidupmu


Semua Yang Terbaca Catatan InI, jemputlah kerumah ayah bonda saya pada 11 Jun 2006, untuk meraikan perkahwinan adik saya ini.

Thursday, April 20, 2006

Pengalaman itu mendewasakan
tapi ada pengalaman-pengalaman yang tak ku harapkan ia berlaku dalam hidupku
aku mengharapkan yang baik-baik saja, yang wangi-wangi saja, yang indah-indah saja
...kata orang kalau kita baik, yang datang dalam hidup kita juga adalah yang baik-baik belaka
harapnya begitu lah..amin.