https://ujieothman.blogspot.com/
https://aniesandyou.blogspot.com/
https://ieta-myblog.blogspot.com/
https://ujieothman.blogspot.com/
https://aniesandyou.blogspot.com/
https://ieta-myblog.blogspot.com/
Subhanallah.....
-dari posting terakhir pada Mac 2023 kini sudah menjengah September 2023, lajunya masa berlari.
Apa khabar kawan-kawan yang masih setia ber blogging? Doa saya semoga anda semua dalam peliharaan Allah swt., berbahagia dengan kehidupan yang dilalui dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia ini.
Saya, seperti yang dicerita dalam post Mac lalu- masih memegang positif, cuba terus positif dan sentiasa berdoa agar sentiasa positif minda, namun antara senggang waktu, kadangkala saya tewas juga.
Fasa turun naik emosi sangat colourful. Enak sungguh emosi ini mempermain-mainkan jiwa saya, haishh... hahaha...
Kawan-kawan,
Panjang umur kita jumpa lagi ya!
Assalamualaikum semua.
1 Mac 2023
Assalamualaikum semua....
harap berada dalam situasi yang menyenangkan, ceria dan bergirangan di samping yang tersayang.
Mac bermula dengan basah ya.
Di sini hujan renyai sejak subuh, dan hingga saat jemari saya menulis ini renyai masih belum berjeda.
Nyaman suasana melihat titis-titis halus merembas dari kelopak langit nan tinggi. Pun jangan pula suka-suka bermain hujan....bisa sakit kepala jika terkena hujan sebegini, kalau badan tidak tahan.
Saya ok.
Erm...maksud saya, berkaitan kesihatan saya. Penghujung Februari saya mendapat sedikit kekuatan merubah emosi saya ke arah yang lebih positif.
- tukar mindset
- banyakkan berdoa
2 perkara ini yang saya buat.
Alhamdulllah buat masa ini saya ok. Yang mendatang saya belum tahu. Jadi saya hanya mengikut peredaran waktu, di samping meneruskan 2 perkara ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memberi nasihat dan saranan, untuk saya cuba.
Jumpa lagi.
Wassalam.
Kawan-kawan...saya dah ziarah blog kawan-kawan, tapi saya tak boleh komen....tahu tak kenapa eh...
403. That’s an error.
We're sorry, but you do not have access
Assalamualaikum semua yang masih tekun membaca dan sudi berziarah ke blog ini. Semoga kalian dalam rahmat Allah SWT dan beroleh keberkatan hidup dalam meniti usia yang masih berbaki.
Wow, tersedar sudah hampir ke penghujung Januari 2023. Belum sempatpun saya mengucapkan selamat tahun barharu kepada kawan-kawan, pantas betul masa berlari, terkehel saya dibuatnya.
Imbas sedikit tahun 2022 - saat melangkah ke suku terakhir tahun itu, adalah merupakan saat termurung saya setakat ini. Pada waktu itu, saya sangat mahu 2022 berlalu pergi dengan cepat. Saya penat, saya menyampah, saya meluat.
Bermula Oktober, selepas saya berkonfrantasi dengan pihak Klinik Gyne berkaitan hal pembedahan, dengan Klinik Psikaitri yang saya rasa tidak membantu, saya diamuk bermacam emosi buruk.
Emosi buruk itu terbawa-bawa ke ruang kerja saya. Saya jadi tidak suka kepada rakan sekerja, malah saya tidak suka kepada ketua saya, gara-gara saya rasa mereka tidak memahami situasi sakit saya. Saya dibebani dengan tugas-tugas yang tak semena-mena menjadi tugas saya akibat kesilapan percaturan pihak pengurusan.
Kesudahannya, saya menjadi tidak seronok untuk hadir bekerja. Saya berkira-kira mahu memohon pertukaran ke PTj lain, sebagai protes terhadap pihak pengurusan.
Biarlah walau belum 2 tahunpun saya di sini, nak buat apa tunggu kalau hati tidak gembira. Ada terfikir, jika emosi saya yang bermasalah, pergi bertukar kemanapun kau tak akan gembira...ya saya tahu itu, tapi biarlah...itu sahaja yang mampu saya fikir buat masa ini. Kadangkala saya hanya mahu tisur sepanjang masa, supaya tak memikirkan hal-hal sekeliling.
Oh tuhan...mohon petunjuk Ya Rabb...
Saya perasan, takdir sakit ini menyebabkan saya mudah menjadi pembenci, saya benci pada semua perkara yang ada di keliling saya, saya benci pada semua perkara yang berlaku kepada saya, saya benci rupa paras saya, saya benci diri sendiri - jadi apa yang dapat membantu saya?
...rapuhnya rasa...
'langit 2023
payungi aku dengan kasih sayangmu
aku resah menilai hatiku
aku buntu memahami jiwaku
bantu aku
berbaiklah dengan aku'
Haha....
usai sesi bersama psikiatri semalam saya hanya mampu ketawa pendek; sebab tidak tahu ia berhasil atau tidak memadamkan amarah saya.
Kosong.
Dalam sesi yang dipanggil sesi temubual oleh psikiatri itu ia berkisar :
1) keadaan emosi saya ketika saya mendapatkan surat rujukan ke klinik psikiatri
2) keadaan emosi saya sekarang
3) 8 soalan test emosi yang saya isi dalam borang
4) go through jawapan saya setiap satu (3)
5) latar belakang keluarga dan akademik saya
6) kesimpulan
7) saranan beliau
Saya terus kepada (6) kesumpulan ;
- emosi saya masih terkawal
- tidak menghadapi 'depression'
- saya msih boleh menjalani hidup yang normal
- saya tidak perlukan ubat
(7) Saranan Dr. Psikiatri itu;
- Hospital tidak boleh dipersalahkan atas penyakit yang saya alami
- Ini adalah ujian
- Sekiranya ada rasa amarah kepada hospital, boileh mencuba rawatan di hospital lain
- Soal pembedahan, buat solat istikharah, catatkan kebaikan dan keburukan pembedahan
itu
.....maknanya saya ok jela kan ni...
tapi dia masih nak jumpa saya 4 bulan lagi!
....saya rasa buang masa....
Semasa temujanji pada 23 Jun 2022,
Doktor melakukan ultrasound di abdomen, dan mendapati rahim saya terlalu tebal kerana Endometriosis.
Bukan lagi fibroid, bukan juga cyst yang disebut-sebut sebelum ini....
Saya memang perasan, perut saya memang agak besar. Mak saya pun pernah tegur sewaktu Aidiladha hari tu, beliau meminyak dan mengurut perut saya..''ish ish...pasei apa melembang sangat perut ni..."
Ya, itulah Endometriosis:
Penyakit Endometriosis
Endometriosis pula ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga diluar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Ia dipanggil implan.
Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan.
Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk ‘cysts’ serta menyebabkan perekatan (adhesion) yang menyukarkan pembenihan. - Portal MyHealth
Down.
Doktor separati maklum bahawa saya agak keberatan melakukan pembedahan bagi kali ke-tiga, jadi beliau mencadangkan saya 'mencuci' rahim (D&C) untuk menyedut darah-darah yang melekat, selepas itu memasang Merina alat seperti IUD untuk mengelakkan pendarahan bagi tempoh 5 tahun, sehingga usia menopause sebenar saya.
Oleh kerana perasaan saya berbaur kerana drama 'tangisan', jadi saya tanpa berfikir panjang bersetuju cadangan doktor untuk melakukan proses D&C asalkan saya tidak dibedah.
Assalamualaikum.
Salam Jumaat penghulu segala hari.
Semoga semua dari kita yang hadir ke sini berada dalam perlindungan rahmat yang maha Esa.
Agak lama 'termenung' kisah hormon ni ya...
Sekadar memaklumkan bahawa terapi hormon terdahulu tidak berjaya. Bagai air lalu sahaja, tiada meninggalkan kesan positif terhadap permasalahan yang dialami.
27 Mei 2022, saya kembali menyerah diri ke PPUM, pendek cerita - saya diberi ubat lain untuk dicuba. CUBA...penat dengan hal cuba dan cuba sebebanarnya, tapi apa pilihan yang saya ada?
Ya, saya perlu CUBA:
Jumpa lagi...
Untuk kali ketiga.
Maknanya saya bakal dibedah buat kali ketiga.
Kerana seingat saya setiap kali sist dan fibroid membesar, ia perlu dibuang melalui pembedahan.
Terapi hormon selama 3 bulan adalah kemestian untuk tujuan mengecilkan saiz ketumbuhan.
Ia perlu supaya pembedahan lebih senang dijalankan tanpa luka yang terlau besar.
..itu kata Doktor...
Jadi saya dapat ubat ni, ubat hormon menghentikan pendarahan yang nama lainnya pil perancang dan nama sebanarnya ialah - Medroxyprogesterone Acetate.
Saya perlu makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Saya dibekalkan ubat ini untuk 3 bulan sebelum berjumpa Doktor semula.
Sebenarnya saya patut mula makan ubat ini mulai November 2021...saya bertangguh, kerana cuba menafikan bahawa saya perlu makan ubat ini. Depresi saya...
Saya cuba berharap ini semua dongengan sang Doktor kerana Doktor ingin membedah saya dengan tujuan penyelidikan dia. Seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Saya tak tuduh, tapi hakikat rawatan sebelum ni, 'serumpun' pelajar perubatan mengelilingi saya saat rawatan!
Tak mengapa saya anggap ini sedekah.
Akan tetapi pada kali ini jiwa sangat memberontak, mungkin faktor usia....minda tidak putus berfikir, mengapa saat usia pertengahana 40-an saya masih berpenyakit sama?
Sungguh saya susah untuk terima.
Pun, akhirnya saya perlu makan ubat ini kerana 'bleeding' yang berpanjangan pada bulan Februari 2022.
Maka...perlu bersedialah saya untuk pembedahan, walau saya berharap ia tidak perlu dilalui lagi, saya berdoa ada keajaiban berlaku. Saya tak mahu dibedah lagi!
Tak mahu!
Assalam....ini cerita 1 Januari 2022
Makan genaplah pernikahan angah dan che din menuju angka ke 19 tahun, mohon doa dari kawan-kawan agar kami sentiasa dalam rahmat Allah swt dan berbahagia sehingga ke Jannah. Doa kami sentiasa kuat dengan aap yang ditakdirkan untuk kami.
Terima kasih.
Terakhir harinya 2021,
tahniah, yang menempa kejayaan dan kebahagiaan
teruskan bersama kebaikan yang banyak
takziah, yang merasa kecundang dalam hidup
namun jangan pula berduka berpanjangan
Perjuangan hidup perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan
aku,
terima kasih 2021
ada manis, ada sedikit kelat
yang manis itu ubat, yang kelat itu malah ubat paling mujarab
cermin di sisi
muhasabah diri
semoga 2022
berbaik baik dengan aku
selamat jalan 2021,
tinggalkan aku dalam pelangi pengalaman penuh makna
agar dapatku singkap jendela esok dengan senyuman dan lebih ketabahan.
...adinaduana-tulistulis
31/12/21
Assalamualaikum semua,
semoga dalam kenyamanan jiwa dan beroleh kebaikan dan rahmat dari Allah swt.
...apapun situasi kita sedang lalui, mari dahului dengan rasa penuh kesyukuran dan sentiasa berdoa untuk kebaikan tanpa jemu.
Ini bukan cerita tidak bersyukur..cuma saya mahu berkongsi perasaan.
...tersepit dalam situasi sama berulang-ulang, sangat membuahkan penat. Terdetik dibenak fikir...'lagi? haihh!
Puisi ini saya tulis saat ke a'down'an
Wassalam.
Salam semua,
Apa khabar? harap semua berada dalam suasana nyaman dan tenteram jiwa raga.
Saya...semakin berganjak usia ini, terperasan saya semakin menjadi pemerhati dan pengulas, menjadi terlalu peka pada suasana dan segala macam isinya.
Setiap saat yang saya lalui samada berkait atau tidak sengaja terkait akan menjadi bahan untuk saya berfikir dan menilai setiap sudut dan inci mengikut pemahaman dan anggapan saya. Mungkin tepat mungkin tidak, mungkin ada yang bersetuju atau mungkin ada yang tidak bersetuju. Tak mengapa, saya berdamai dengan semua pandangan.
Bagus pada saya adalah dinilai pada sikap dan hasil kerja. Bukan pada lidah yang berkata-kata. Pada saya lidah selalu berdusta dan bertujuan mengaburi kebenaran.
Orang yang betul-betul bagus, dia akan memastikan kerjanya sempurna, bermanfaat, tidak menyusahkan dan memudahkan urusan orang lain dan yang penting dia tidak mencanang apa yang diusahakan. Orang begini dia faham, dia tidak perlu bercerita sebaliknya membiarkan orang lain yang menilai. Saya suka orang yang begini. Ini orang yang BAGUS pada saya.
Tetapi sayang, mutakhir ini sering pula saya berjumpa dengan orang yang terlalu 'menjual' diri. Bagus untuk orang berniaga, tetapi untuk yang bekerja di pejabat di peringkat pentadbiran tidak ada keperluan pun bagi saya.
Saya gagal mencari sebab, mengapa orang begini terlalu inginkan orang lain tahu apa yang mereka kerjain.
Mencari populariti? ya, mungkin mereka dapat itu...
Mencari pengaruh? ya, mungkin juga...
Tapi jangan lupa, yang tak kau cari juga kau akan dapat...iaitu ketidaksukaan orang terhadap kamu. Ini kerana kamu terlihat sangat mencuba untuk 'show-off' - nampak bagus.
Hei! bagus bukan untuk kau rasa, tetapi biar orang lain menilai, dengan itu kau akan lebih bernilai di mata orang.
Jadi, lek lek ok!
Pagi ini hujan lebat
Lif pulak buat hal, tak buka pintu bila sampai G, malah naik
semula ke tingkat atas, 2 kali, 2 kali you….hangat je hati.
Ngenangkan hujan, dah tentu speed akan slow, tentu jalan jem…haishhhh. Mula la mulut keluar
ayat-ayat puaka!
Eii…tak memasal pagi-pagi ni muka cemberut dan lidah khianat.
Kesian kucing-kucing di kaki lima, di parkir yang selalu tunggu, aku buat tak tahu je, padahal bekalan makanan memang sentiasa ada dalam beg. Panas hati punya pasal, pahala sedekahpun terlepas hari ni…apa punyer turrr.
Nasib baik masih sempat sampai ke pejabat on time. Sambil mengelap-ngelap kaki
yang basah, buka what-apps, kut-kut ada mesej penting. Terbaca status seseorang
tentang – kita adalah apa yang kita cakap, tutur – dan sewaktu dengannya. Jika
buruk keluar dari mulut kita, itulah gambaran diri kita. Pang! Rasa terkena
lempang di pipi sendiri lalu menyesal seluruh jiwa.
Jadi,
Sukar manapun hari yang kita lalui….ucaplah kata-kata yang
baik – masyaallah, allah…instead of bullshit, celaka, bodoh…bla bla…
Ok…happy working!
…adinaduana-tulistulis.
...macam mana eh? seminggu dua di penempatan baharu ni, terjumpa 2,3 orang manusia yang sikapnya amat menjengkelkan. Lecehnya.
...saya dah lah memang jenis yang cepat menyampah kat orang, tak boleh kontrol-itu memang kelemahan saya.
Allah...mohon kekuatan Ya Rabb...lapangkan dada, lapangkan hati dan minda ini.
TOKSIK
Mengikut En. Kamus Dewan -
Definisi : beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) beracun: logam strontium dan lantanum mempunyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
...selalu dengarkan orang beri motivasi 'jauhi orang bersifat toksik...' sebab? kerana jika berada di samping orang yang bersifat toksik, jiwa kita akan merudum, sebab si pencerita ni semua tahu, semua orang ikut cakap dia, semua orang lain tak betul...diri sendiri je betul...eh!!
...saya nak cerita, kisah saya pada minggu-minggu pertama bertukar PTj (Pusat Tanggunjawab), ada seoarng 'insan' ni, asyik bercerita tentang kesibukan dia, buka mulut je semua tentang kerja yang banyak yang dia kena buat, itu, ini, begitu, begini...
...sekali dua ok lah, saya dengar dan beri respon...tapi lama-lama saya dah tak kuasa, sebab pada akhirnya saya dapat tangkap bahawa dia orang yang sangat rapat dengan big boss PTj ini. Dia memang berniat nak beritahu, semua yang dia buat adalah untuk big boss dan big boss pun ala-ala 'tak boleh hidup' tanpa dia katanya...haihh??
Apa motif kau nak cerita semua tu...
Jujur, saya rimas.
21 tahun bukan sekejap kawan-kawan.
Jujur, saya sangat sayang dengan rakan-rakan di Fakulti lama. Saya tak kisahpun jika perlu berkhidmat di sana sehingga pencen...tetapi takdir tidak menetapkan saya berada di sana lagi, kerana baran seketul hati ini.
Dahulu, sewaktu bersatus junior, kita ikut orang lama, semua panduan kerja ikut sahaja, jika ada pembaharuan sama-sama berkongsi. Bertali aliran masa, sampai ketika kita pula menjadi senior dan ada junior yang mengikut kita, tetap masih boleh berkongsi hal-hal terkini yang memudahkan kerja. Namun ibarat psang setandan...ada yang tidak sama warna masaknya....kuning pekat, ceroi, kelabu, kusam, buruk pun ada..haih macam-macam, rencam sungguh!
Saya seorang yang suka memberi pandangan, demi kemaslahatan bersama, ada yang suka, ada yang diterima, ada juga yang tidak diterima, itu biasa...saya sentiasa berlapang dada, dan neraca minda saya selalu di radar yang seimbang.
Namun, saya tidak tahan dengan orang yang bermuka-muka, yang melempar batu sembunyi tangan, yang terlalu 'menyakat' kesabaran saya... biarlah saya pergi, sebelum terjadi sesuatu yang berkeadaan buruk.
Mungkin...jika saya punya tahap kesabaran yang sedikit tinggi waktu itu, mungkin saya masih boleh berada di sana-masih bersusah senang dengan rakan-rakan di sana...mungkin
Sedih.
Ada kawan-kawan yang cuba memujuk, tetapi saya sangat panas waktu itu...seolah saya menidakkan hati dan perasaan serta nasihat mereka....maaflah. Jujurnya kini saya merasa sedikit kesal. Betul, kini saya rasa bebal kerana meninggalkan kawan-kawan hanya kerana bermasalah dengan sesuatu yang tertentu itu...tapi benda dah berlaku, tidak boleh undur lagi, saya cuba bertenang dan tak mahu memikirkan sangat, kerana hidup perlu diteruskan tanpa mengenang-ngenang perkara lalu.
Betulkan? ok... saya pasti ok...cuma selalu rindu pada kawan-kawan di sana.
eheh.
...nah seketul dua gambo bersama sebahagian kesayangan..
Subhanallah....
lama kosong, banyak mahu ditulis tetapi tersekat di kerongkong masa yang sempit dan menyepit. Pun begitu, yang sempit mungkin akan melonggar...kerana saya memilih untuk lari dari dhimpit dan terhimpit oleh masa..
yeihah!
setelah 21 tahun berkhidmat di Fakulti terkasihi, saya mohon beralih ke PTj lain. harap masa dan keadaan akan menyebelahi saya dengan izin Allah.
ramai terkedu dengan keberanian saya bertukar angin, pada saya...saya hanya mahu mencuba dan meneroka suasana baharu, itu sahaja...
Salam.
16 Mac 2020, Malam itu setahun yang lalu, seluruh rakyat Malaysia berkenalan dengan PKP. Malam itu juga Balai Polis seluruh negara diserbu rakyat jelata yang ingin pulang ke kampung sebelum jam 12 tengah malam 18 Mac 2020, untuk elak terkurung di lokasi bermastautin.
Aku nyaris-nyaris beratur sama di Balai Polis kerana sememangnya sudah sebulan membeli tiket ETS pergi-balik KL-Kuala Kangsar bertarikh 18 - 20 Mac 2020. Tapi memikirkan takut tersadai dikampung, kerana tak dibenarkan balik KL pada 20 Mac 2020 itu, maka burn sahaja tiket itu, kerana aku akan balik seorang diri...tak sampai hati meninggalkan suami dan kucing-kucing di KL jika aku tersadai di kampung. Tapi waktu itu aku rasa mahu menangis, lantaran rindu pada mak abah yang telah 3 bulan tidak aku ziarahi.ketika itu.
17 Mac 2020, hari terakhir dibenarkan bekerja. Aku yang baharu beberapa bulan bertukar ke Unit Ijazah Tinggi, tersangat risau kerana belum mahir menguruskan kerja. Pengurusan Fakulti sudah berpesan supaya sentiasa elert dengan emel-emel dari para pelajar yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah dalam hal pengajaran dan pembelajaran. Aku risau tidak dapat menjawab persoalan mereka dengan info yang tepat. STRESS aku.
Rakan-rakan dari unit lain nampaknya lebih teruja bercerita hal-hal ikan, sayur stok makanan untuk tempoh PKP....untungla korang tak payah fikir hal kerja. (eh...dengki pulak aku)
18 Mac 2020 - bangun pagi rasa janggal, sebab lepas subuh tak perlu bersiap ke pejabat di hari Rabu!. Menjelang tengahari talian wassup mula bizi, apatah lagi emel, dengan pertanyaan pelajarnya, dengan pensyarahnya, dengan pentadbir Fakultinya....haisshhh teruk sungguh perkenalan aku dengan hal yang bernama WFH/BDR.
....ok..selamat malam teman maya sekalian, insyaallah bersambung jika diizin Illahi.
2020
Assalamualaikum semua...
Kurang dari 12 jam lagi maka berakhirlah tahun 2020. Terasa baharu semalam kelam kabut kesibukan meledani Disember 2019; pejam celik pejam celik, tup tup Disember 2020 juga hampir berakhir hari ini.
Begitulah masa, dengan tajam memancung detik hidup kita.
Selamat tinggal 2020, tahun dicanang dan mula disebut-sebut sejak 29 tahun lalu; dengan jenama 'Wawasan 2020' yang membuat semua makhluk di Malaysia ketika itu teruja menggambarkan segala macam kemajuan dan kecanggihan di alam ini.
Pun, ketentuan Yang Esa mengatasi segalanya...2020 berlalu dengan penuh pencaroba yang tak terduga dan mewarnai jagat dengan rona kesuraman.
Selamat datang 2021,
masih meminta agar kau berbaik-baik dengan aku.
Buat semua,
Selamat meneruskan kehidupan
selagi hayat dikandung badan.