Tuesday, August 16, 2011

Zakat ohhh Zakat

SHAH ALAM – Mekanisme pengagihan zakat di negara perlu dikaji untuk dinikmati golongan sasar dengan mudah tanpa melalui sebarang karenah birokrasi.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa melui pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke RM200.

“Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri.
“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan juga canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya.

Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak mampu membantu fakir miskin.

“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan.

“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu, sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim.

“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang.

“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan di sinilah kita tewas,” katanya.


Petikan Akhbar Sinar Harian 15/08/2011

Angah: adakah 12 org islam yang berbuka dan mendapat bantuan daripada gereja tempoh hari, adalah golongan yang tidak dapat dijejaki dan dibantu oleh pihak PPZ? ataupun ia hanya provokasi pihak tertentu untuk melemahkan Islam di negara ini?

6 comments:

Waqheh said...

kalo agihan zakat disalur cara yg betul. dan setiap umat islam keluar zakat. takan ada fakir miskin..

Angah said...

betul tu Wagheh.semoga Allah melapangkan jalan untuk menangani masalah ini

secangkir madu merah said...

utk memohon zakat bagi yg sepatutnya dapat pun bukan mudah.. byk prosidur yg harus ditempuh sebelum dapat, memang payah utk mendapatkannya bagi yg benar2 memerlukan tapi yg peliknya yg dtg collect zakat bukan org2 susah... tak faham apakah prosidur yg telah ditetapkan bagi fakir miskin utk layak mendapat zakat..

Angah said...

kak yatie, munkin sebab banyak sangat prosedur tu yang buat org miskin tidak dapat pembelaan..

Cyah said...

Dari situ kita dapat melihat ISLAM dipandang rendah.JIKA ISLAM dipertabatkan & diletakkan sbg asas, insyaAllah segala urusan dipermudahkan.

JAIS adalah antara satu agensi sahaja. Kementerian Kebajikan yang ditubuhkan selama ini pun ada juga tanggungjawabnya. Apa lagi kita yang mungkin saudara malah jiran-jirannya perlu memainkan peranan.

Masih belum terlambat untuk kita membatu pada mereka yang kurang..

Angah said...

Cyah, betul tu kalo semua yg ambil dan jalankan peranan masing-masing, masalah ni mungkin bole dibendung