Monday, September 24, 2012

Tak Cukup Darah


 Tapak tangan yang kekuningan


Tapak tangan yang kepink-pinkgan

Apabila di dekatkan terserlah satu kuning, satu lagi pink!

Tapak tangan kuning adalah tapak tangan orang yang kekurangan darah, berbanding tapak tangan pink dah tentu baerkadar darah yang cukup

Si Tapak Tangan Kuning cuba meminta belas ikhsan supaya Si Tapak Tangan Pink  mendermakan sedikit darahnya
katanya:

Pink:   'arg....tak nak bagi , tak nakbagi,  saya takut jarum!
Kuning:  ' lorh....kedekutnya...tak baik tau...saya amat memerlukannya..'

Hahaha...cerita di atas adalah lawak jenaka suami isteri di pagi hari tatkala boring berurusan di PPUM - hospital 'kesayanganku'

Si Tapak Kuning  tu angah lah
Si Tapak Pink tu che din

Ironik kan? angah ni badan besar, tegap dan montel tapi kurang darah, si kurus kecik macam che din segar bugar darahnya

Sehari dua ni angah tak sihat sikit...dada sempit, cepat mengah dan rasa gelap mata. punca nya bulan ni terlebih bleeding. Adalah puncanya tu, punca yang angah belum berani nak cerita.. 

Setelah 3 jam menunggu, darah angah di test. Dah la kuranag darah, nurse amik lagi darah angah...aduhai...




7 comments:

secangkir madu merah said...

Awak sakit apa Angah? Rajin2 makan ubat ya.. jaga kesihatan.. awak pun pergi PPUM ke? Akak hampir setiap minggu pergi sana, temani emak yg ada appointment. Entah2 kita pernah berselisih bahu.. hehehehe

Angah said...

angah pun belum pasti sakit apa sebenornya kak.

angah memang appt. kat PPUM, kt bahgn gyne.

mana tahu, kita memang pernah berselisih bahu agaknya :D

Madam Lala said...

madam pulak low blood pressure...
rendah sgt.. smpi nk pitam..
la ni dah ok.. Alhamdulillah...

Angah said...

Madam, macam mana boleh pulih? angah masih rendah sangat tekanan darah ni

cyah said...

saya suka menderma darah..:)
tapi tuu arr bila nak derma darah masa tu la bercita-cita nak melarikan diri.. hihi.. smuanya gara2 jarum suntikan tuu..walhal dah 4 kali derma..

tak tahulah masa bersalin nanti.. sure 2-3 kali doktor akan cucuk dan ambil darah.. huakkk..

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

is pun spesis kurang darah.. hehe (^___^) mang camtu le warnanya...

Angah said...

cyah, semoga selamat semua nya..

Eis, makan bayamg hijau banyak2