Tuesday, November 27, 2012

Malang...

Kenduri saji lauk basi



Pengantin Berposing dengan perasaan remuk redam..katanya..


BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. (Sumber: Kosmo Online)


P/S : Angah simpati sungguh pada pasangan pengantin ni, tentu kejadian ini mencemar sedikit hari bahagia mereka. Apa lagi? saman je la catering tu!

6 comments:

Abang Karu said...

Hooo bukan mencemar sedikit tu......mencemar banyak tu namanya......rosak majlis huhuuu

Rinna said...

Kesiankan.. apo nak dikato.. adoiyai..malu2..

Acik Erna said...

betul tu angah..dah bayar banayak pulak tu..kalau tidak boleh je tak payah bayar kan

Angah said...

KJ, betul lah rosak majlis...sian tetamu, sian lagi pengantinnya

Kak Rinna, harap-harap pasangan ni tabah, semua ni ujian

Acik, dorang dah report polis, kasi ajar sikit caterer tu

Ujie Othman said...

Sgt kesian..sbb jadi pd hari bahagia.
Dugaan yg berat. hrp mereka dpt keadilan sewajarnya.

Kasih Salina said...

oooo.ni cerita sebenarnya..