Monday, November 19, 2012

Meraikan Kejayaan


Angah ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang di umum hari ini. Sekalung tahniah dan semoga makin kuat berusaha untuk terus Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Disebalik kejayaan mereka ini, tentu lah para Ibu Bapa yang tak putus-putus bedoa dan memberi dorongan  demi kejayaan anak-anak. Tahniah juga buat para Ibu Bapa.

Pagi ini opis angah havoc sikit, maklumlah ada beberapa orang staf yang memiliki anak-anak yang menerima keputusan UPSR. Semua tak senang duduk, sekejap-sekejap call anak, sekejap sekejap call lagi sehingga lah dapat tahu keputusan baru lah semua nampak lega. Yang anak-anaknya mendapat 5A, senyum meleret si ibu sampai ke petang.

Kelakar pun ada melihat gelagat Ibu Bapa ni, ada yang bercerita – 5-6 bulan yang lepas semua meminta anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, siap berjanji pula, kalau dapat result cemerlang, mintalah apa-apapun pasti dapat….hari ini, menjelang petang tadi, sudah ada Ibu Bapa yang tepuk dahi, sebab anak-anak menuntut janji…bukan koman-koman yang diminta. Ada yang minta kalung emas dan yang paling popular tentulah talefon bimbit…yang pintar punya…umakaihhhh…demand!

Tahniah tak terhingga teristimewa buat Kak Ira, cucu sulung mama yang berjaya dapat 5A. Erm...agak-agak kak Ira nak minta apa dari Makngah ye...:D

Tahniah Kakak! semoga terus berjaya dan berjaya...



7 comments:

~ Cik Azz ~ said...

Tahniah untuk anak buah Angah tu..

Anak buah akak dua orang amek UPSR ni.. Tapi result dorang takde la 5A.. apapun alhamdulillah sbb bukan 5B yg dorang dapat...

Acik Erna said...

Tahniah pada semua yang berjaya cemerlang

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

tahniah untuk ira (^__^) tq angah atas doa untuk is tu.. terharu~~~ (T___T) moga angah jugak beroleh bahagia hingga ke syurga... amin

Madam Lala said...

waa... tahniah kakak!!!

good job...

Ujie said...

Tahniah utk anak sedara Angah!

Saya dulu dpt sume A gak..tp takde hadiah apa2 dr family. Mak ayah mmg tak jnji apa2. Masa tu family bkn sng mcm family skrg. Dah dpt rm20 dr sekolah pun happy je. :)

Waqheh said...

yer tahniah. anak jiran gua nangis tak habis lg sebab mis 1 A..idak dpt la 5A...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

angah, xleh jalan lagi dah rajin 'kemas' rumah, sekarang dah leh jalan bertambah2 la kekemasan rumah kami tu.. hehe (^__^)