Thursday, November 29, 2012

Cari Bahagia


Aku sedang mencari bahagia
bahagia yang bisa membuat aku
selalu tertawa
dan senyum manis sentiasa

Bahagia itu di mana?
lelah ku cari namun
tidak ketemu jua

Oh! rupanya...
bahagia itu hampir
sangat hampir
ia hampir di jiwa
sila rasainya

adinaduana/bahagia/29.11.2012

Tuesday, November 27, 2012

Malang...

Kenduri saji lauk basi



Pengantin Berposing dengan perasaan remuk redam..katanya..


BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi. (Sumber: Kosmo Online)


P/S : Angah simpati sungguh pada pasangan pengantin ni, tentu kejadian ini mencemar sedikit hari bahagia mereka. Apa lagi? saman je la catering tu!

Thursday, November 22, 2012

Surat Cinta





Kartu bernada rindu
buat sang kekasih
yang sentiasa hampir di hati


Seuntai kata bernada mesra
menyapa ke dalam jiwa
bagai terdengar suara yang lunak manja
leka bercerita
tentang rasa bahagia


Dialah pujangga cinta
yang ku tunggu hadirnya 
sampai bila-bila.


adinaduana/SuratCinta/22.11.2012


Monday, November 19, 2012

Meraikan Kejayaan


Angah ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang di umum hari ini. Sekalung tahniah dan semoga makin kuat berusaha untuk terus Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Disebalik kejayaan mereka ini, tentu lah para Ibu Bapa yang tak putus-putus bedoa dan memberi dorongan  demi kejayaan anak-anak. Tahniah juga buat para Ibu Bapa.

Pagi ini opis angah havoc sikit, maklumlah ada beberapa orang staf yang memiliki anak-anak yang menerima keputusan UPSR. Semua tak senang duduk, sekejap-sekejap call anak, sekejap sekejap call lagi sehingga lah dapat tahu keputusan baru lah semua nampak lega. Yang anak-anaknya mendapat 5A, senyum meleret si ibu sampai ke petang.

Kelakar pun ada melihat gelagat Ibu Bapa ni, ada yang bercerita – 5-6 bulan yang lepas semua meminta anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, siap berjanji pula, kalau dapat result cemerlang, mintalah apa-apapun pasti dapat….hari ini, menjelang petang tadi, sudah ada Ibu Bapa yang tepuk dahi, sebab anak-anak menuntut janji…bukan koman-koman yang diminta. Ada yang minta kalung emas dan yang paling popular tentulah talefon bimbit…yang pintar punya…umakaihhhh…demand!

Tahniah tak terhingga teristimewa buat Kak Ira, cucu sulung mama yang berjaya dapat 5A. Erm...agak-agak kak Ira nak minta apa dari Makngah ye...:D

Tahniah Kakak! semoga terus berjaya dan berjaya...



Wednesday, November 14, 2012

Saturday, November 10, 2012

Sembunyi

Apa ada dibalik kata-kata
bait-bait yang bertinta
yang kau saja tahu makna
- haruskah mereka cuba meneka
dalam samar bayangan rasa
membuat tertanya-tanya

Menitip puitis
yang kadangkala ditemani tangis
siapakah yang sudi membaris
mengubat hati yang terhiris
- ah..hati ada masa tidak kalis
dalam menilai mulut yang manis

Kata-kata hanya kata
yang mengerti hanya kau sendiri
walau ada kala
kau juga tak pasti
malah ada waktunya
kau sendiri tak mengerti
jadi...
sudah,
 keluarlah
jangan bersembunyi lagi!




adinaduana/sembunyi/10.11.12/2.45pm

Friday, November 02, 2012

Festival Sastera Kanak-Kanak 2012

Mari, mari, mari....mari datang ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Bawak anak, cucu, cicit, adik, kakak, abang semua terutama yang suka kepada buku.

Sekarang, di Fakulti angah ni  sedang berlangsung acara jual-jual untuk kanak-kanak, untuk orang dewasa pun ada...apa tunggu lagi Jom!

Festival bermula 01 hingga 06 November 2012. Esok, Sabtu akan berlangsung acara perasmian. Festival ini adalah anjuran PERBADANAN KOTA BUKU. Fakuilti angah hanya menjadi lokasi sahaja.

Jom tengok gambor! (setakat hari ini punya)












pelajar-pelajar Fakulti Sastera berpeluang berniaga




Gerai Aiskrim ! Paling menjadi tumpuan







Demo lukis-lukis...boleh cuba sendiri




Ni booth buku yang paling laku setakat ni, sebab buku dia murah-murah belaka





Eh! KARANGKRAF pun ada buka booth tau. Mai la datang esok dan ahad, ekceli sampai rabu depan. Mai jangan tak mai!


Ni yang paling ramai peminat!

Esok dan lusa ada UPIN IPIN pulak. 

Ada peminat Ain Maisarah? Penulis novel Jutawan Gedik,  beliau akan ada jam 3pm hari ahad ni....sukenye....